Thursday, June 30, 2005

maafkan aku wahai insan-insan



satu nyawa satu badan : telah pernah aku korbankan untuk kebahagiaan insan-insan dalam kehidupan aku ini. aku biarkan hari siang dan malamku jadi pengisi kesempurnaan mereka hanya kerana atas satu nama : KEIKHLASAN

aku kongsi rasa kasih, rasa sayang, rasa rindu, segalanya ... dengan penuh prihatin agar tiap insan di sekeliling aku ini tahu yang mereka punya aku untuk berkongsi segala rasa. tapi, yang aku perolehi hanyalah derita semata. bukan balasan sebagaimana yang aku berikan namun cukuplah dengan satu ingatan yang berdirinya aku di sini juga seperti mereka : seorang insan yang punya hati dan perasaan.

mujur aku 'lelaki' itu. yang tebal semangat biarpun kadangkala tersungkur jua. mujur aku 'lelaki' itu. yang mampu berfikir biarpun kadangkala terjerumus jua.

saat ini wahai insan-insan, maafkanlah aku kerana aku bukan seperti dulu lagi yang bisa kalian kongsi hati dan jiwanya. aku kini bagai seorang pejuang yang meniti jerangkap dengan penuh ketelitian, cukuplah bila beberapa kali aku 'mati' dulu. tak tertanggung azabnya bila disentap sebuah rasa hipokrit manusia.

aku sedang senyum dari dalam jiwa. aku bahagia dengan apa yang aku miliki saat ini, jangan diganggu diri aku kerana aku tak pernah mengganggu kalian. aku senyum di sini atas ukiran diriku sendiri, aku korbankan segalanya bagi melihat diriku tersenyum dengan lebih bermakna kali ini.

maafkan aku sekali lagi, hati ini bukan lagi untuk dikongsi oleh sesiapa ... hanya untuk mereka yang aku tahu hati budi : biar sejuta tahun untuk aku mengenali.

buat insan-insan yang telah pergi dari dalam hidupku, yang tinggalkan aku dalam kebingungan, yang kini kembali mencari ruang ... MAAFKAN AKU : di sini tiada lagi harapan buat kalian kerana hati ini telah bersempadan.

Wednesday, June 29, 2005

aku dan hariku



Hariku bermula lagi. Satu hari yang panjang pastinya. Subuh tadi sebaik jer sarapan nasi tomato lauk ayam merah, sotong kicap ngan telur dadar (macam banyak jer...hehehe) aku borak kat dapur ngan mak : topiknya ialah KAWIN. Adussss satu topik panas tapi aku syukur coz mak paham sangat ngan aku, mak slalu cakap kalau dah jumpa yang berkenan di hati, cakap je kat mak, biar mak yang uruskan! Hmmm lega aku dengarnya tapi aku dah jumpa ramai yang berkenan di hati cuma aku je tak nak wat masa ni, tengok kengkawan yang dah kawin dan ada baby, jeles gak tapi biarlah aku ngan kehidupan aku wat masa ni, once dah ready, aku cakap je kat mak karang : cukup dengan pengalaman lalu, pedihnya perpisahan cinta pertama tak terbayang dek mata, tak terungkap dek kata-kata (dan sejak detik itu aku melangkah ke alam baru...alam tanpa suara, hanya tahu di kalangan mereka yang tahu) Inilah kehidupan : diujinya kita untuk melalui batasan masa.

Pagi tadi gak aku baca semua sms U....G yang masih aku simpan sejak awal kitaorang kenal tapi pagi tadi aku delete semuanya, bukan kerana benci tapi hanya mahu mengikis segala kenangan yang tak sepatutnya aku simpan di ingatan, dia lah insan pertama yang kenal ngan aku melalui blog aku ni. Dia juga banyak memberi semangat tapi akhirnya apa yang aku harapkan hanya mimpi aku di siang hari. Perhubungan perlu ada komitmen, tanpa kepercayaan tiada apa yang akan menjadi kenyataan. Aku banyak ikut kata hati aku : menilai dari pandangan mata dengan suara dari jiwa. Mungkin aku salah tapi biarlah hanya aku yang tahu siapa sebenarnya diri aku. Jauh dalam hati ini masih mahu berjumpa dengannya satu ketika nanti tapi biarlah masa yang akan tentukan semua tu. Hasrat yang dulu dah terkubur, yang tinggal hanya nisan yang tercatat kenangan aku ngan dia. Cukuplah aku mengenalinya dari catatan hariannya, cerita-cerita hidupnya, teman-teman seperjuangannya dan segala luahan jiwa dia. Aku dilahirkan 'di sini' juga di 'alam' ini tapi aku mahu jadi yang teristimewa antara semua yang mendiami 'dunia' itu. Syukur sangat bilamana aku ditemukan dengan satu 'kehidupan'. Maafkan Zac, kalau ada izin Tuhan, 1 hari nanti kita akan bersua dan waktu itu lihatlah sedalamnya di mana Zac letakkan keikhlasan Zac dalam persahabatan kita. Biar mata ini yang berbicara ....

Hmm aku pakai baju peach lembut ngan sluar coklat gelap, macam ensem jer hehehe, tau tak per. Dah siap dapat sms Syafiq ajak nonton wayang War Of The Worlds malam karang, hmm aku cakap ok je (teringat Cikgu Kimin - esok aku nak jumpa dia).

Jadual kerja rasmi bermula jam 10.30 pagi, antara lokasi hari ini :
1. Kewangan Negeri Pulau Pinang (nak claim cheque, discussion ngan CC Rahim)
2. Pen Event KOMTAR (nak bincang pojek pelancaran pecah tanah oleh Sultan Pahang)

Yang tak rasmi plak...hehehhe! (pandai makan pandai simpan la ek!)
3. Butik Kecantikan MONA (nak ambik ubat si Eton yang nak tegangkan ehem ehem)
4. Kedai Kak Ila (CD lagu aku dah siap)
5. BSN (aku simpan duit kat sini)
6. ASTRO (nak langgan untuk adik-adik aku : janji dari tahun lepas hehehe)
7. TELEKOM (bil bulan ni ngan bulan lepas hehehe)

Petang karang mayb nak g ambik Bob yang dah move dari Padang Indonesia - KLIA - Penang. Dah rindu plak nak gelak-gelak ngan si Bob ni. Malam kuar nonton ngan Syafiq je rasanya. Hmm macam banyak je tenaga hari ini...macam je la kan!

p/s : Akak Lilsy....rindu la akak, bila nak jumpa ni? Kita gi barbeque nak? Hehehe....

Tuesday, June 28, 2005

dan itu yang tertinggal ....



its GENTING .... kenangan lagi yang aku ciptakan. Sejak tahun 1996 Genting dah sebati ngan jiwa aku : di situlah tempat aku melepaskan tekanan yang ada, di situlah aku berkongsi kegembiraan dan di situlah pernah aku melahirkan kekecewaan. Sebenarnya Kota Keriangan itu 'biasa-biasa' sahaja tapi jiwa aku mudah tenang pabila melihatkan kebanyakan yang datang ke sana mencari hiburan jadi secara tidak langsung hanya dipenuhi dengan wajah-wajah gembira. Suasana sejuk...sesuailah ngan aku yang moody n panas baran hehehehe (kekadang je siot itupun bila dah tahap maksima)

Walaupun hanya 2 hari kat sini, aku puas sesangat. Hmm kekadang sesuatu yang jadi milik peribadi tak bleh nak citer kan? Hmm biarlah aku simpan kebahagiaan ini dalam hati aku. Kali ini aku rasa aku mahu semuanya jadi milik aku ngan dia. Masih terlalu baru untuk aku menyatakan apa yang aku miliki sekarang tapi aku harap kali ini biarlah kebahagiaan ini jadi milik aku selamanya.

Sebagai manusia kita berhak punya impian tapi apa yang bakal terjadi dalam kehidupan akan datang kita tak tahu tapi aku bulatkan semangat dalam jiwa aku agar semua impian ini akan aku usahakan sebaik mungkin untuk jadi nyata. Dah terlalu banyak masa 'pahit' yang datang dalam hidup aku, semakin hari semakin aku membesar dengan dunia nyata. Dan kini aku melangkah setapak lagi : mencipta satu hubungan yang belum pasti.

p/s : GENTING, di sini aku kongsi lagi sebuah kenangan bersamamu ....

Saturday, June 25, 2005

sabtu yang hangat

Semalam aku sampai umah jam 2 pagi, mandi pastu buat apa yang patut trus tido, hari ni aku bangun jam 6 pagi, kuar umah jam 7 pagi terus pecut ke EON Servis Centre nak service Atos aku, dapat number 2, lega! Jangkaan kos ialah RM150, hmm btol la kata ba, pakai keta maksudnya RM kena standby bebila masa. Pas serah kunci, aku bawak paper STAR aku ke kedai mamak kat situ, nak makan nasi kandar (nampak cam sedap jer) Aku pun duduk la kat satu table ni, tak sampai seminit datang sorang mamat mana ntah duduk selamber biawak kat depan aku, kut yer pun kasi la salam ke atau tanya bleh numpang duduk (memang la meja ngan kerusi tu bukan aku yang punya tapi hormat la skit aku sebagai 'penghuni' pertama meja tu). Aku terus baca paper, tak lama pas tu datang sorang lagi lak mamat, kawan si mamat pertama tadik, dorang sembang pong pang pong pang cam aku tak der kat meja tu! Tak tegur gak aku yang dah jadi 'batu' atau aku ni 'halimunan' agaknya. Aku pun jeling meja sebelah - kosong! Hmm aku jeling meja sebelah lagik - kosong gak! Ikutkan hati mau jer aku bangun kemudian pindah ke meja lain tapi nampak sangat aku tak hormat, tak faham aku apa la motif dorang duduk situ, aku capai handphone n wallet yang aku letak atas meja trus masukkan dalam poket aku. Sambil makan sambil baca paper aku sempat dengar gak dorangnyer perbualan - tentang kes baby yang dilarikan. Aku ikut gak perkembangan tu, actually aku tak salahkan misi yang larikan baby tu, dia tu keguguran pastu fikiran dia mungkin terganggu. Husband dia lak mungkin tahu perkara ni tapi dek terlalu sayangkan isteri...hish macam macam kita bleh pikirkan keadaan dorang sebenarnya. Kita tak melalui suasana tu so kita tak tahu apa yang dorang rasa, mungkin dalam hal ni kita kena letak diri kita dalam situasi 'fleksibel' - cuba memahami keadaan (aku rasa cam kaunselor la plak!)

Pas makan aku masuk EON semula pastu baca majalah semua kat situ pastu nak tido (betul siot, aircond sejuk giler sampai aku gigil badan) Keta masuk jam 8.30 kuar jam 10.30 hmm dua jam dorang service ntah yer ntah tidak hehehehe...namanya pun free service! Ahh lantaklah. Tadi anggaran RM150 tapi aku kena RM62 je (slamat duit aku).

Kuar dari situ aku terus drive ke Mayban Finance Jelutong, tepon Iwan suruh dia turun, hari ni besday Iwan. Pas kasi hadiah kat dia aku drive ke Lorong Kulit plak, hmm aku beli Gel Rambut ngan hmmm ini yang lazat berkrim : buah mata kucing sekilo! Ramai gak orang ari ni coz Sabtu, dah puas aku tawaf aku teringat lak sepatutnya aku tepon Abang Madi nak ambik cheque show, aku tepon dia...sib baik blom terlewat so kitaorang jumpa kat Maybank Datuk Keramat, aku tunaikan chq tu pas tu trus blah.

Sampai Tanjung Tokong, aku ke umah Razak nak ambik beg, aku kasi la salam tapi tak bejawab, tetiba aku terkejut bila burung kat dalam sangkar umah dia jawab salam aku hmmm terdiam jap aku ni, aku cuba lagik (coz macam tak caya) Betul la...burung tu jawab Waalaikumussalam. Aku kasi lagi salam, dia jawab lagi...hmm kagum sungguh aku! Last last aku bukak pintu masuk je umah ambik beg blah! Hehehe....

Sampai umah aku lepak je kat bilik ni ha, penat sangat. Tetiba masuk plak SMS 'balik cepat - anak sakit' Ishkkk sejak bila lak aku beranak ni hmm sejak bila plak aku tak jenguk anak aku yang sakit tu heheheheh aku ketawa pastu aku reply 'samekom, saya ni masih teruna blom kawin' Hehehe lucu sangat aku rasa pastu aku dapat reply 'sori - salah number' hmm macam macam hal!

Malam ni aku bertolak ke Genting, tunggu aku balik update blog ek!

Friday, June 24, 2005

c h i c k e n c h o p



sodap tue, kalau korang nak tahu, inilah makanan kegemaran aku, hmm kang kalau sesapa jumpa aku, belanja makan chicken chop ek! hehehe, tak pun sate ayam ngan daging, sure ingat korang sampai mati hehehe ..... tahu kat on the way to Balik Pulau ada gerai makan tepi jalan di tengah-tengah hutan, hmm kat situ ada panaroma cantik pastu sejuk lak, kalau gi ngan couple makan sambil tengaok sunset adussss kiranya mesra giler tu! Tapi aku tak penah la pulak bawak couple aku ke sana (ader couple ke aku ni? hehehehe)

Petang ni pas semayang Jumaat aku kena jumpa sorang Event Organiser ni yang banyak masalah, dah lima show dia tak settle payment dan aku ditugaskan jumpa dia petang karang untuk 'perbincangan mesra' hehehe apa la aku nak wat karang ni, kalau bab senyum dah lebih senyum dah aku ni ngan client hmm kena jampi serapah la agaknya karang. Tapi hati aku macam yakin je bleh settle jap lagi, tak dapat cash dapat cheque pun jadik la...hmmm tunggu berita selanjutnya ek!

Spatutnya tengahari ni aku kena cover function kat Vistana Hotel untuk Ushering lunch 1500 tetamu hotel tu, tapi waktunya jam 1-2, mana ada manpower nak wat, girls ada la boys mana ada, semuanya nak gi solat (bagus btol bebudak dancers laki ni : njoy sampai lupa diri tapi semayang Jumaat tak tinggal ek? Hmm tapi btol ke tujuan g semayang Jumaat tu noq? Hmm sendiri jawab la k!)

Wokay la .... adios dulu ek!

Thursday, June 23, 2005

aku tahu kau dan aku tidak mungkin akan menyatu..

Bagai bermimpi, satu ketika dulu riak sangat dengan aku, aku itu aku ini, sekarang? Hmm sebenarnya aku tak pernah nak berdendam, kalau dah rasa diri bagus, cukup sempurna sebagai manusia, terletak elok pada wajah dan aku ini hanya 'sipi-sipi' jer hehehhe go ahead la! Aku tak kisah, kalau dah tak nak aku idup dalam diri dia, aku bleh pergi tapi jangan la wat aku mcm hanjeng! Dulu...dia pergi aku tak halau cuma aku sematkan di hati : satu waktu nanti dia akan kembali gak pada aku.

Semalam aku dapat email dari seberang, hmm dia mohon maaf dan kononnya sedar yang selama ini aku banyak kasi dia harapan la papan la hmm kain kapan nak? Hehehhe sebenarnya aku dah malas nak layan orang-orang riak n bodoh sombong ni, dorang ingat kasih sayang ni bleh beli kat Lorong Kulit ker? Hmm tapi aku ni masih ada perasaan manusia normal, aku pujuk dia kononnya lupakan jer kisah kisah dulu hehehe aku masih ada kat sini untuk dia citer masalah (yang tak pernah abis tu). Aku ni jahat ke wat cam ni? Hmm rasanya sesuwai la kan.

Idup kita ni kan kejap je, pejam celik dah setengah tahun, tanda tanda akhir zaman pun semakin hari semakin banyak, apa la nak riak-riak ngan kehidupan kita ni? Apa la nak pilih-pilih orang itu orang ni je bleh kawan ngan kita? Bagi aku, selagi ada usia ni aku nak jalani idup aku ni dengan sederhana, sapa je sudi kenal ngan aku, sudi kongsi manis masam dunia ni, jom jadik kawan! Senang je kan? Kalau yang 'kerek' ngan aku, kerek la aku layan kang!

Smalam kena tegur aarrr tapi aku terima. Hmm katanya aku banyak berubah, so aku tanya la apa yang aku ubah? Actually memang aku banyak berubah, hati aku sejak kebelakangan ni jadi cam zalim je, aku pun tak tahu pasal! Yang aku sedar, semuanya kerana seseorang. Ahhh..nanti aku ubah jadik baik balik k?

AKU TAHU KAU DAN AKU TIDAK MUNGKIN AKAN MENYATU tapi sekurang-kurangnya hormatilah harga diri manusia lain.

p/s : Meer, hari ni Zac dah siap koleksi pic yang kat laman Meer, kengkawan semua cakap pic tu meletop la! Hmm ada yang nak kenal ni, cam ner ek?

Wednesday, June 22, 2005

harga sebuah ingatan ...

Awal pagi aku dapat satu phone call - hmm number tempat keja aku dulu (Bumiputra Commerce) hmm mulanya tak nak angkat coz seingat aku apa lagik urusan aku ngan dorang kat opis tu..aku angkat gak! Suara seorang lelaki Cina.

"Hello, Zac aaaaa?"

"Hmm...Zac, siapa tu?"

"Alex"

"Haa....apsal?"

"Hehehe, U still remember me?"

"Ingat la apek oooii, apsal ko tepon aku ni?"

"I just want to invited U to my birthday party this coming 17th July, I rent an apartment invite all frenz, U must come!"

"Wei tua tua pun ada party lagi ke? Hehehe"

"This year I'm 21 la."

"Alex, aku kena gi Pahang tarikh tu, ada function kat sana."

"I ada invited ramai kawan, ramai yang tak boleh datang. I tau birthday I tak penting bagi dorang semua tapi I saja nak celebrate, invited kawan kawan tapi semua macam tak nak kawan dengan I."

"No la Alex, mungkin masing-masing ada kerja, U kena faham jugak."

"Ok Zac, kalau U tak boleh datang, U kena beli hadiah untuk I hehehe."

"Ok, no hal, I beli kat Pahang nanti, dari Orang Asli. Hehehe"

"Zac, bila U balik U phone I ok, I belanja U makan coz U tak bleh datang on the date."

"Sure, I will call U."

"Ok la, I nak sambung keja ni."

"Ok Alex, take care!"

Gagang telefon diletakkan. Aku diam. Bisu seketika. Memang ramai orang tak nak kawan ngan Alex. Berbangsa Cina tapi personalitinya melucukan, bercermin mata tebal, bergigi jongang, pakaiannya hmm dah puas aku tegur, aku tak tahu cam ner dia dapat keja, mungkin ada kelebihan dalam dirinya. Dulu aku satu department ngan Alex, selalu gak dia ceritakan pada aku yang dia merasa rendah diri coz tak der kawan. Dalam opis tu aku je layan karenah dia sampaikan ada gak suara-suara sumbing mengatakan tak lama lagi aku akan ikut gila cam Alex. Tapi kekadang aku tengok Alex ni pun cam gila gak, cakap sengsowang, senyum sengsowang, gelak sengsowang hehehe tapi keja all out, tip top! Kalau aku minta tolong no hal, tapi kalau orang lain siap dia bebel dulu tapi dia tolong gak hehehe, dia memang melucukan! Sian lak aku dengar cerita dia tadi yang ramai member tak dapat datang besday dia karang. Aku suka kawan ngan manusia pelik cam Alex ni, banyak rahsia idup sebenarnya tapi lepas resign kami dah tak contact each other lagi sekerap dulu. Alex o Alex.

Tersentuh gak hati aku, ingat lagi dia pada persahabatan kami. Terbayang lak gelak tawa kat bank dulu, keja penuh dengan suasana hepi dan tension gak kekadang. Tapi ingatan Alex pada aku watkan aku terfikir betapa berharganya sebuah persahabatan.

MILAN's b i r t h d a y



HAPPY BIRTHDAY .... hari ni besday si Milan, jauh di Australia, petang tadik aku dah sms ngan dia, malam tadik aku dah call tapi tak dapat la pulak so aku sms lagik wish birthday. Pastinya tahun ni tahun yang penuh ngan pengalaman untuk Milan. Tapi aku tahu Milan ni tabah dan paling 'cool' ialah sikapnya yang slalu positive thinking sampaikan kekadang aku tak dapat nak terima ngan akal yang waras ni.

Milan dah pun ada syarikat designing sendiri yang dikongsi ngan kawannya, hmm awal bulan lepas dia email aku semua logo syarikatnya dan minta aku tentukan yang mana menarik dan beri komen, spatutnya dia lah yang lebih berpengalaman tapi katanya dia nak pendapat aku sebagai orang yang melihat logo dan akhirnya dia pilih gak logo tu. Aku rasa akulah manusia yang paling bertuah kalau Milan dekat ngan aku. Sukar rasanya nak menilai manusia ni, semuanya subjektif, yang tidak kita duga itulah yang sering terjadi, aku sendiri tak sangka persahabatan aku ngan Milan sampai sejauh ini, sampai tak ada rahsia dalam idup kitaorang malah sering phone cam hanya dipisahkan Penang-KL padahal Malaysia-Australia. Biarlah aku ngan Milan terus jauh dengan jarak kilometer...persahabatan ini terlalu agung bagi aku. Aku tak tahu cam ner nak nilaikan sifat Milan ni, dalam idup aku ada 2 orang je la yang aku kenal (so far) yang aku tak paham bagaimana hati dorang ni terlalu baik.....ABANG AK & MILAN. Sesekali aku pikir tempat dorang ni cam dah sah ler kat syurga hehehe tapi siapa aku nak nilaikan hari akan datang dorang kan?

Milan, seandainya saya dapat menghadiahkan awak 'dia', pastinya awak adalah insan yang paling bahagia kan?

p/s : jap tadik sempat aku tepon Abang Ozet yang tengah busy siap siap nak ke Jakarta dan Korea untuk persembahan, pastu aku tepon Abang Andy plak, baru je balik dari rumah kawan katanya...rindunya Kota Medan, tak sabar aku nak pegi bulan depan tapi pergi kali ini pergi berisi...hmmm bukan mendendam tapi memendam! Nantikan aku!

Tuesday, June 21, 2005

1001 kisah kehidupan



hari ini aku EL ... sengaja memontengkan diri dari segala kerja-kerja lazim, awal pagi lagi aku keluar, sampai je kat Prangin Mall aku terus memulakan tugasan soping-soping, aku beli birthday present untuk Iwan, frog untuk aku, Vitamin E cream untuk Eton, baju kemeja untuk aku, bekas tisu untuk keta aku, makan kat KFC, survey printer baru, jumpa Kak Yati kat Kewangan Negeri pasal cheque yang lambat giler nak keluar tu, bayar tiket parking kat kaunter MPPP, update buku Maybank, beli file kat Popular Book, hmmm jalan jalan kat Prangin n Komtar....puas! Actually smalam letih giler pas kuar ngan Syafiq nonton Pontianak Menjerit tapi ntah cam ner bertenaga lak awal pagi ni. Macam ni la idup aku bila tengah tension - aku akan makan n shopping ingat tak ingat. Lately banyak sangat perkara terjadi dalam idup aku, nak luahkan kat sini rasa tak puas nak tulis so aku simpan dalam hati je. Sib baik gak ada Syafiq, banyak yang dia dengar keluhan aku tapi kang dia masuk kuliah balik, tinggal aku seseorang...hmm tak per la kang dalam kubur pun sowang gak!

Bob sms dari Padang Indo, smalam dia ke Bukit Tinggi hari ni dia kuar nonton plak, ada movie baru katanya, beruntung Bob dapat bonda angkat kat sana, aku ni bila lagik nak holiday? Hmm pas Bob balik karang la agaknya, dah plan tapi asyik tak jadi jer cuma yang confirm nak g Medan nak hadiri majlis perkahwinan Abang Rahmat, tak sabar nak jumpa Abang Ozet ngan Abang Andy. Aku plan nak stay lama sikit kat sana, hmm mayb seminggu, nak survey movie terbaru Indo ngan novel Andrei Aksana (Meer, karang Zac cuba dapatkan novel tu k!)

Sabtu ni aku move ke Genting dua hari je, hmm situlah tempat aku bila nak redakan 'kepanasan' dalam jiwa aku ni coz kat sana ramai orang so sesuailah ngan aku yang suka mengkaji sifat manusia ni hehehe. Skarang ni idup kena rilek je, nak serius sangat pun wat pening kepala jer. Tapi aku banyak belajar la dalam idup ni jangan percayakan insan lain 100%, most of people ramainya yang HAMPEH. Dan aku percaya kehidupan adalah satu proses of learning, slagi idup slagi itu la kita tak abis belajar. Hmm cukup la aku ngan dunia aku.

p/s: biarlah hidup sunyi dari hati disakiti ....

Saturday, June 18, 2005

panas

Panas giler hari ni, mata aku lak lalok smacam jer ni. Semalaman aku tak tidur. Badan aku letih sangat, mata ni sampai naik pedih tapi aku tak ngantuk, cam ni lah bila sesekali ada masalah. Aku puas pikir smalam. Dah malas nak keja full time dalam entertainment line ni biarlah aku kembali kepada part time, orang yang tengok aku keja cam hepi je, pegi sana pegi sini, wat itu wat ini, glamour, memacam lagi tapi kalau hati dah hepi tak guna lagi kan? Actually beberapa perkara sejak kebelakangan ni yang buat aku tension tapi aku cuba wat dek je. Hmm selagi aku bleh sabar, aku sabarlah. Tapi aku tahu 1 hari karang aku akan jauh dari dunia hiburan ni gak walaupun darah seni ni dah sebati ngan idup aku.

Aku dah siap nak move to SP, aku drive Atos aku jer. Mayb tumpangkan Razak ngan Eton, dancers lelain dorang dah ada transport. Esok pagi show kat Balik Pulau, 9am semua kena standby ngan costume. Sure aku pengsan esok. Isnin aku ada janji ngan doc kat spital...hmm sakit ke aku ni? Rawatan lanjut jer. Selasa aku FREE - aku nak mula wat resume carik keja. Ahhh bercelaru benar dalam kepala aku ni. Sayang sangat ngan produksi ni tapi dah puas aku pikir, aku dalam dunia kerjaya yang tak membawa aku ke mana mana.

Smalam puas aku sembang ngan Syafiq kat phone, dia banyak gak kasi semangat kat aku. Hmm cam nak terbang ke bulan, skarang gak! Duduk sorang sorang.......

Akak Lilsy pun tak tepon, nampaknya aku tak jumpa la Akak Lilsy kat Cinta Sayang karang...aku tak kenal sesapa dah kat SP. Hmm tak per lah....

BINTANG, aku tenziiooonnn.....

Bintang,

Dah lama aku tak ngadu cerita idup aku pada ko, bukannya apa…aku mengajar diri aku untuk jadi insan yang tabah. Ko bleh tahu sendiri kan bila last aku cakap ngan ko, cuba ko baca balik blog aku ni Bintang ooiii…. Tapi aku geram la Bintang, semakin hari aku baik ngan orang, makin banyak lak dugaan datang dalam diri aku ni, kekadang aku rasa cam nak jadik gila pun ada, kepala aku macam biol ni skarang ni!

Dua tahun lalu, aku resign keja kat bank semata-mata nak tolong kawan aku set-up bisnes, aku sanggup resign tu! Ko ingat senang ke Bintang nak resign keja yang ramai orang nak keja tu? Aku ni pejam je mata kerana nawaitu aku nak bina kehidupan baru…bukan senang tapi itu bukan la masalah utama, yang jadi pening skarang ni kehidupan aku skarang ni ngan ‘artis-artis’ tak fofular tapi sikap lebih sudu dari kuah, aku dah banyak sabar ngan dorang, memacam hal! Yang paling aku tak tahan banyak sangat gossip sampaikan kekadang aku rasa tiap ari aku buat dosa kering, dosa basah yang aku buat skarang ni pun tak abis! Bintang, ko dengar tak ni?

Aku rindu la nak keja bank semula, rasanya belum terlambat kan? So aku bleh keja dalam entertainment ni part time jer, macam dulu balik, pegi keja 9-6, back as showboys pas jam 8 malam, ko rasa ok tak Bintang? TAPI aku tak akan ada life cam skarang la……aku akan kembali ke pentas (kat pentas lagi la banyak dugaan Bintang….) hmm cam ner ni?

Keja skarang buat aku jadi manusia matang tapi di sebalik tu banyak sangat gejala yang &(^&^%&%!@^%^!@ hmmm sendiri mau ingat la kan, kekadang aku jatuh gak tapi tak la sampai lumpuh cam ‘manusia-manusia’ itu. Skarang ni aku banyak bertemu ngan orang tu orang ni, pegi sana pegi sini, wat itu wat ini, tak macam dulu penglibatan aku terhad. Tapi aku tak sanggup lagi nak bertemu dengan masalah masalah yang semakin hari semakin banyak ni, hmmm bingung aku Bintang!

Cam ni lah, aku nak tido la, aku nak rehat. Kalau aku terus pikir cm ni dgn keadaan penuh tekanan, sampai esok pun tak abis!

p/s : di balik tirai ini ada cerita suka duka seorang lelaki yang masih terperangkap di dalam cermin, setiap hari dia melihat dan mencari dirinya sendiri yang kadangkala jelas dan kadangkala kabur….sampai bila semua ini akan berakhir, dia sendiri tidak pasti.

Friday, June 17, 2005

^&(%^^$%#$@#$@$

Jumaat, sejak awal pagi sampai skarang otak aku cam tak berfungsi, terlalu banyak sangat yang nak dilakukan, terlalu sedikit masa yang ada! Macam mana tu?

Awal lagi aku dah keluar dengan Bob ke imigresen untuk buat passport, kebetulan Bob nak pegi Padang Indonesia Ahad nanti, sampai kat imigresen, duit untuk bayar dancers show esok lusa aku tak tahu letak kat mana lak! Mati aku...phone umah ba cakap tak der sampul apa pun, aku rilek jap dalam keta hmmm rupanya ada dalam laci bawah tempat duduk aku, aku terus ke Maybank Datuk Keramat untuk cash cheque Elite Inovatif Enterprise (Abang Madi ngan Sham - sharepartner syarikat ni dorang ke Bali 4 hari - hmm aku dah mimpi tshirt Hard Rock Bali) Pas tu aku ke Lorong Kulit hehehe njoy sangat aku tengok pakcik tu niaga ubat, tetiba aku perasan bila pakcik tu wat lawak skit, aku yang gelak lebih dari orang hmm malu gak mulanya pastu lantaklah bukan kena bayar pun, dah aku hepi gelak la! Takkan nak simpan lak kot, kan? Bob call system down lak kat imigresen hmm aku cakap aku malas nak patah balik tunggu la karang aku nak 'soping' jap hehehe Bob call lagik ada kat Komtar tak cukup duit plak untuk tambang Air Asia hmm aku pecut gi Komtar plak! Penat giler ari ni....

Teman Bob makan, jumpa sorang akak tu tanya nak wat cd lagu tak? 16 lagu RM5 hmm orait gak tu, so aku pun apalagi terus la nulis 64 tajuk lagu jadinya 4cd baru RM20. Hmm tak sabar lak karang nak dengar dalam keta, layan boring! Ini kes cetak rompak gak ker? Ntahlah...

Pastu aku beli botol susu n teddy bear untuk Ayu, besday dia 13hb ari tu tapi veri the busy nak beli hadiah. Ramai lak besday bulan ni hmm kopak la jawabnya hehehe. Singgah Masjid Bagan solat Jumaat pastu balik umah, abang ada kat umah, borak jap mandi dan kuar balik!

Ya Allah...berserabut bila dapat tahu ada show 19hb (Ahad) jam 9 pagi standby! Hmm kat Kompleks Sukan Balik Pulau. Hmm hajatnya abis show kat SP nak pegi barbeque pastu nak tido sana, tak jadi bermalam la jawabnya, sian bebudak dancers ni sure letih tapi tak per la pas tu bleh tido ek!

Aku nak siapkan keja, jam 8 malam semua kumpul kat studio untuk training, maka pecah lagi studio ngan suara anak-anak ayam!


p/s : hati ni cam jatuh cinta jer....ntahlah!

Thursday, June 16, 2005

janji yang dituntut .....

Aku macam serba salah jadinya hari ni, dah banyak kali Kimin ajak kuar makan sate tapi slalu aku sibuk (ntah apa apa punya sibuk) Kekadang rasa syukur sangat bila ada blog ni, sekurang-kurangnya kengkawan tahu yang aku sibuk, aku tulis kat sini, segalanya...bukan sebuah cerita tapi satu kenyataan di mana aku benar-benar dalam situasi penuh kesibukan.

Tadi Kimin call lagi, hmm aku serba salah sangat jadinya, aku teringat lak pada arwah Syah, berkali kali ajak aku keluar makan dan berkali kali itulah aku tolak dengan alasan kesibukan. Akhirnya aku sendiri tak berpeluang duduk makan dengan dia sebaliknya hanya menemani dia di saat-saat akhir kehidupannya di bumi Ilahi ini. Bukannya aku mengharapkan perkara yang sama pada Kimin (soli aaa cikgu hehehehe) tapi semuanya mengingatkan aku pada satu hukum Tuhan. Sekelip mata segalanya mampu terjadi dengan kuasaNya.

Janji yang dituntut ini akan ku langsaikan .....

Tuesday, June 14, 2005

tak der keja !!!



make-over!
abang ak sampai lewat skit kat function Anugerah Sukan Penang kat Hotel EQ. PAs aku make sure rehearsal semua dah ok ngan live band so aku back to changing room, dancers semua tengah siap, malam tu aku take part as Usherer untuk Anugerah Perdana ngan Bob n Abang Ak. Dorang semua dah start makeup n pakai costume tetiba aku rasa malas sesangat, aku sms kat semua yang aku nak sms sampai la Stage Manager bising aku tak siap lagi untuk turun dinner kat Coffee House. Aku terus ke toilet (male dancer suka sangat siap kat toilet - hmm aku tahu naper! hehehe) Ya Allah Nauzubillah punya panas dalam toilet EQ - besar saja tapi tak der aircond, aku ajak Abang Ak back to changing room - lega sangat coz sejuk!

Mula la proses make-over hehehe aku ngan Abang Ak saja jer lukis misai ngan janggut kononnya pahlawan mengiringi piala pusingan tu la karang so pic tu la hasil kitaorang mencorakkan wajah hehehe ... nampak tua la pulak tapi no hal la sesekali merubah wajah, yang paling penting show jalan! Hehehe....duit masuk itu dah cukup.

p/s : Sabtu karang show kat Kelab Cinta Sayang Sungai Petani, x sabar plak nak jumpa orang SP..

Sunday, June 12, 2005

IWAN, SECRET RECIPE, TAQ, malam yang biol

Lepas Maghrib aku drive pegi umah Iwan, dah lama sangat plan nak kuar dinner, baru smalam tercapai impian hehehe, sampai kat area Perak Road hujang mula turun, aku lak lupa umah dia ni area mana so aku pun tepon la hmm siap kena perli pulak kata aku lupa dah umah dia - memang aku lupa pun.

Pas ambik Iwan kitaorang pegi dinner kat Secret Recipe hmm makanan tak sedap sangat, fish n chip tu aku rasa cam cucur pisang la pulak! Tapi dek kerana tempat tu pilihan Iwan so aku makan je la itupun tak abis, ntah la selera aku ni selera kampung agaknya, nak makan slalu nak gerai tepi jalan kalau dah masuk tahap restoren tu selera cam tertutup! Hmm banyak gak la kitaorang borak, dah lama tak jumpa Iwan. Suasana sekeliling bising la, aku jadi tak selesa, sampai la lover Iwan call so aku ajak balik la kang tak pasal pasal ada perang dunia ke lapan plak!

Aku call Bob, tanya ada kat mana, kata Bob dia ada kat umah Abang Ak, tengah siapkan hantaran kawin sapa ntah, aku cakap aku nak ke sana, Iwan lak nak ikut hmmm aku ok je, kang kalau ada problem tanggung sendiri la ek! Hmm meriahnya umah Abang Ak, sibuk benar dia siapkan hantaran akak Bob. Tak sangka ada lagi bakat tersimpan, beruntungnya manusia itu yang dikurniakan Allah segala kebolehan. Abang Ak suruh aku makan plak, dah siap hidang tapi sampai ke balik aku tak sentuh, perut aku ni bukan la tong sampah, cukup dengan fish n chip tadik, cuma jamah mempelam dari Vietnam je sodap giler! Iwan makan gak, sesekali aku curi coklat jari yang digunakan untuk hantaran tu hehehhe, aku suka coklat wei!

Pas antar Iwan balik, aku bawak Bob ngan Razak balik, tengah drive aku nampak TAQ...hmm mungkin dia tengah cuti semester, dah smakin gemuk la aku tengok dia, stiap kali nampak dia aku jadi resah, musuh yang asalnya bagai saudara kandung. Aku tak faham kenapa ada manusia seperti dia yang tak dapat terima hakikat. Tapi aku syukur dia dapat gak sambung study sebagaimana yang dia mahukan sayangnya dia masih dengan kehidupan yang dulu yang satu hari akan membinasakan hidupnya sendiri, aku harap dia cepat sedar. Aku tahu bagaimana dia menjalani hidupnya sekarang tapi siapa aku untuk menegurnya lagi, cukup dengan pengalaman di maki hamun dulu. Dan aku tahu dia sukar berubah....aku kalah dalam perjuangan aku sebenarnya.

Sampai jam 3 pagi aku masih SMS ngan Iwan, ngan Syafiq dan ngan mak Taq. Otak jadi biol sampai skarang...tak cukup tido!

Tengahari karang dah nak berangkat ke EQ hotel untuk Anugerah Sukan Pulau Pinang, malam ni aku akan jadi pengiring Piala Perdana....pengiring je bukan pemenang anugerah tu! Hhehehe....

Selamat Berhari Minggu!

Saturday, June 11, 2005

s a m p a i



Sampai tubuh tak bernyawa
Sampai ku ke pangkuanNya
Biar jasad tak dilihat zahir
Cintaku tetap kan hadir

Andai dikurnia syurga
Kan ku tunggu diluarnya
Jika ditanya mengapa jawapanku menunggu
Kau sampai dahulu

Friday, June 10, 2005

harapan cik abang



Asslammualaikum.

Dengan izin Allah, abang masih berkesempatan untuk menulis sepatah tinggalan untuk insan yang pernah abang sayangi. Zura, bagaimana dengan perjalanan hidupmu, sayang? Abang harap pilihan abang Zura bakal membawa kebahagiaan untuk Zura dan anak. Abang redha dengan apa yang berlaku. Sebagai hambaNya, abang menerima semua ini sebagai ketentuan takdir.

Abang tahu, abang tak akan hidup lama di sini. Sejak abang pulang ke Malaysia, kepala abang bertambah serius sakitnya. Rambut abang mulai gugur. Badan abang bertambah kurus. Jauh di sudut hati abang sebenarnya ingin berterus terang dengan penyakit yang menimpa abang dan mahu memutuskan hubungan antara kita, abang tak mahu Zura menderita bila ketiadaan abang nanti, namun sebaik sahaja mendapat tahu yang Zura sudah berkahwin, abang terima. Sekurang-kurangnya Zura telah mendirikan rumahtangga cuma abang terkilan dengan Zura yang menyembunyikan hal ini dari abang.

Setiap hari abang menanti kehadiran Zura untuk memberitahu abang apa yang telah terjadi sebenarnya. Sayangnya kita tak berkesempatan bersua wajah. Hari ini mungkin Zura berpeluang melihat abang namun sayangnya abang tiada berkesempatan.

Zura,
Kenangan bersama Zura dulu abang bawa bersama dalam perjalanan ini. Zura banyak mengajar abang menjadi seorang yang tabah dalam kehidupan. Bertuah suami Zura. Sampaikan salam abang padanya nanti. Semoga dia dapat membahagiakanmu, sayang!

Abang tahu hidup ini terlalu singkat. Abang telah menandatangani surat persetujuan untuk menderma buah pinggang abang kepada Zura bagi menggantikan buah pinggang Zura yang rosak. Sekiranya suami mengizinkan, ambillah buah pinggang abang. Tiada apa yang dapat abang tinggalkan bersamamu, sayang. Semoga dengan buah pinggang ini, kita akan terus bersama. Bersama-sama ini juga abang hadiahkan sebuah rumah di pinggiran bukit. Rumah ini adalah hadiah dari emak dan ayah sempena kejayaan abang mendapat ijazah tempohari. Masih ingatkan impian kita nak membeli rumah di kaki bukit? Zura selalu cakap…itu harapan cik abang…..sayangnya ‘harapan cik abang’ yang sebenarnya tidak menjadi kenyataan. Rumah ini adalah hadiah ikhlas dari abang. Impian kita tidak kesampaian tapi abang puas menyaksikan kebahagiaanmu.

Cukuplah sampai di sini. Abang pergi tak kembali. Doakan abang, sayang. Rindu pada Zura abang tinggalkan di sini.

Salam terakhir salam teristimewa
.

Thursday, June 09, 2005

smalam yang buzzy...



SAVVY
itulah nama new Proton car, hmm sapa yang kasi nama tu ek? Mungkin ada cerita tersendiri di sebalik nama kan tapi kemarin pengunjung kat launching tu wat memain jer! Yang kebanyakan aku dengar dialog ni..

"Ko pakai keta apa?"

"SAVVY"

pastu dorang gelak-gelak, hmm ntah apa yang tersirat dalam kepala otak dorang! Hmm keta tu ok gak tapi aku suka MyV lagi rasanya, apapun aku tetap sayang ATOS aku hehehe....

Malas la citer pasal tu, seawal jam 3 petang aku ngan bebudak dancer dah ada kat bilik manager dorang yang dijadikan bilik makeup n salin costume, sesekali berada dalam bilik bos, aku pun mula la berangan bilik itu aku yang punya! Hehe, aku temankan dancers pompuan makeup dari awal sampai abis kononnya dorang ni malu dan takut staff Proton intai dorang, eleh cam la aku tak tahu, kalau dah namanya penari hehehe gatal je lebih opsss sori kawan-kawan penariku! Hehehe..korang tetap di hati! Jam 5.30 petang baru la dancer laki sampaim tension btol aku, organiser kat bawah tak abis abis bising kat aku coz katanya dah lambat, VIP dah nak sampai, aku dah masak sangat ngan menda ni, alih-alih dekat sejam gak kitaorang standby katbackstage tu, dancer mula la bising coz tadi aku yang bising-bising kat dorang cakap dah lambat. Aku gak yang kena! Dah nasib badan. Aku wat dek je la, sampai saat persembahan semua all out, Alhamdulillah, gimik Proton menjadi tapi dancer ramai yang bising pas show coz Proton tak inform ader bunga api terbang la, bungi api meletop la, dancers semua terkejut siot! Aku dapat dengar punya kuat dorang melatah! Hmmm....tapi show vest! Pas show seperti kelaziman, aku wat briefing, bla bla bla pastu tu time bayar payment semua senyum luas. Aku turun bawah semula jumpa organiser, hmm sib baik dorang puas hati. Packing barang pastu makan nasi lemak daun pisang kat Padang Kota Lama hmmm sedap giler, Abang Ak (dalam gambar) yang belanja! Tengkiu Abang Ak.

Aku busy sikit hari ni, jap lagi ke Kolej Jururawat antar costume dorang nak sewa pas tu trus ke EQ arranged latihan usherer untuk VIP malam trus ke Penjara Penang, PENJARA? Hmm ada latihan dancer ngan musician dorang coz performance 12hb ni guna muzik live. Yang pasti aku tak sabar nak balik umah karang, tahu pasal? Pasal Bob kasi hadiah tapi aku tak bukak lagi..sapa Bob? Bob ni rakan sejawatan aku, dia slalu turun naik KL untuk 'cuti' ntah apa la yang ada kat KL tu, lover agaknya? Smalam dia kasi hadiah kat aku hehehe dia slalu cam tu seolah olah hadiah dari obersea la! Tapi aku tahu sure dia belikan aku FROG..tahu tak per!

Ok sampai sini je la k! InsyaAllah malam ni aku nulis lagi...

Wednesday, June 08, 2005

sms & horoskop

seperti biasa jam 9 pagi aku akan menerima ramalan bintang setiap hari (aku lupa la kat mana aku langgan perkhidmatan ni tapi dah lama), ramalan yang di hantar terus ke hp aku melalui sms tu sering je 'mengena' dengan idup aku, kalau dulu langganan tu rasa nak buat fun je tapi skarang ni hari-hari aku tunggu. semalam aku nulis blog tentang perasaan aku kan? hmm pagi tadi sms ramalan tu berbunyi :

impian yang emois teramat sangat mampu menggerakkan anda dan menyedari naluri pelik itu adalah benar. tuliskan ia. mungkin akan terjadi.

lupakan ia hehehe malas nak pikir sangat, tentang perasaan ni takbleh nak pikir sangat kang lebih banyak aku pikir keja plak tak jalan hehehe, baik aku diamkan jer!

jap tadi masuk lak 1 sms (dah la idup aku tension ngan kes dajal kat Media Hiburan tu, habis prepaid aku semata-mata forward sms jer!) SMS yang masuk ni number 012-xxxxxxx. Hmm yang pastinya tak keluar nama : dan hp yang tak kuar nama bukannya kawan aku la tu! tapi sms yang dihantar tu istimewa la ....
bukan aku dewa cinta untuk bahagia, bukan aku putera kayangan untuk bermaharajalela tapi aku hanya hamba semesta yang hadir bawa senyuman untuk semua.

aku ingat lagi, itu aku punya kata-kata yang aku tulis dalam kad ucapan Valentine yang aku buat sendiri. hmm sapa ke pulak ni! aku reply sms tanya sapa orang tu tapi tak der jawapan pastu aku tepon pun tak der jawapan! hmm malas la nak main acilut nyorok cam ni. apapun tengkiu la sms kat aku, sekurang-kurangnya aku senyum tadi bila dapat sms tu!

p/s : tak sabar nak ke launching keta baru proton jap lagi, hmm bleh ambik gambar bebanyak!

Tuesday, June 07, 2005

dari LELAKI TERINDAH

Seandainya kau ada di sini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kau jauh dariku
Kan slalu kunanti
Kerna Ku Sayang Kamu

Hati ini selalu memanggil namamu
Dengarlah melatiku
Kuberjanji hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yang lain

Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yang kurasa
Sanggupkah ku terus terlena
Tanpamu di sisiku
Ku 'kan slalu menantimu....

Seandainya kau ada di sini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kau jauh dariku
Kan slalu kunanti
Kerna Ku Sayang Kamu
Kan slalu kunanti
Kerna Ku Sayang Kamu


aku tak tahu samada aku akan jatuh cinta lagi atau tidak TAPI saat ini hati aku seakan menyatakan yang aku jatuh cinta lagi! hmm siapa dia? ntahlah, aku sendiri tak tahu bagaimana mahu menjelaskan apa yang ada di dalam hatiku sekarang ni. hmm setiap saat hanya wajah dan dirinya dalam ingatan aku. sering gak aku jauhkan semua ni dari pandangan mata aku sebabnya aku dah malas mahu terluka dan kecewa lagi. seakan semua insan sama saja. aku tidak mahu ego untuk menyatakan yang aku tidak perlukan cinta tapi aku sering lari untuk jatuh cinta kerana tak aku dah rasa pahit getirnya bila jadinya perpisahan! TAPI aku sayangkan dia skarang, terlalu sayang! aku tak tahu kenapa aku perlu sayang dia tapi aku slalu rindu dia ishhhkkk apsal la menda ni kena datang lagik! 7 tahun...7 tahun belum cukup untuk aku lupakan kepedihan dulu malah sampai skarang masih ada saki baki kekecewaan tu. aku masih bisu dan dia juga masih bisu tapi isyarat hati menyatakan yang kami saling memerlukan...ahhhh malas aku nak fikirkan lagi banyak banyak! lirik lagu tu nak aku hadiahkan pada dia kerana 7 Julai nanti dia akan sambung pengajiannya...dan jauh dari aku! andai dia ditakdirkan buat aku, pastinya milik aku! KAN?

Monday, June 06, 2005

pening siot!

Pagi tadi ba belikan aku nasi lemak ngan karipap sardin, hmm pagi ni apsal nasi lemak makcik sekolah tu rasa kureng sedap plak? Ataupun aku je yang tak rasa sedap coz dah lewat nak meeting karang! Mak bising coz aku terlari sana sini..hehehe joging la mak, bukan dah lewat! (padahal Tuhan je yang tahu bagaimana lewatnya aku hari ni) Tapi aku rasa dah abis COOL dah hehehe, ntah lah! Ibu lebih memahami anaknya kan?

Dalam sibuk tu sempat gak aku main ngan HITAM. Actually anak kucing aku ni 2 ekor, sekor warna hitam berkilat sekor lagi warna putih - yang putihnya bulu hmm cam kucing Parsi tapi aku tak yah panggil 2 nama, cukup panggil TAMMMM....dua dua ekor akan lari datang jumpa aku! Hehehe, jimat rasanya suara aku ni tapi aku slalu perli si putih tu ngan nama 'perasan' coz dia tu putih tapi panggil hitam pun dia datang gak! Semalam aku dah mandikan dorang, hmm ari ni bersih...ari ni je la kot!

Berbalik pasal keja, tension...slalu Monday cam ni, awal pagi aku ke Tourism Penang nak collect cheque, pegawai tu cakap ari ni siap, hmm memang la siap tapi dia cuti sminggu plak, yang bestnya cheque dalam laci dia dan yang best lagi kunci laci tu ada ngan dia! Hmm bestkan drama swasta ni? Tapi dia belum tahu siapa aku hehehe aku akan sabar menunggu kepulangannya minggu depan! Menjawab lagi aku karang .... tapi aku dah buat keja aku kan?

Hmm tapi aku ada point coz tadi Encik Dahlan suruh aku buat quotation untuk persembahan Penang Food and Cultural Promotion di Allson Klana Resort Negeri Sembilan bulan August karang...resort tu terkenal ke? Tahun ni no more di Legend Hotel (2 bulan) or Pan Pac Hotel (2 bulan - cukup la dua tahun berturut aku kat sana - bosan dan lagi satu balik je Penang sure badan naik, mana tak nya makan show tido makan show tido). Aku dah call ngan Miss Renbir Kaur pasal sebutharga tu dan aku dah email semuanya jap tadi. LEGA. Abis satu bab, pas ni nak wat invoice function yang lelain plak pas tu nak jenguk filing system.

8hb ni produksi terlibat ngan pelancaran keta proton baru tu.....nama apa ntah, pastu 12 kat EQ Hotel, pastu 18 kat Kelab Cinta Sayang Sungai Petani hmmm ini yang ditunggu-tunggu ni, pas show bleh makan barbeque! YES YES YES !!! Bulan ni gak dengarnya production wat activity untuk dancers watching movie kat cinema n kenduri kesyukuran sempena tahun ke2 penubuhan cultural troupe. Hmm cam meriah je bulan June ni!

Hmm..malam karang nak tgk movie ngan Syafiq...movie apa ntah blom tau lagi, kang aku kasi tau k! Adios.

p/s : bila sesibuk cam ni aku rasa puas!

Sunday, June 05, 2005

email MEDIA HIBURAN

Semalam aku bingung, letih menjawab phone call kengkawan dan jari ni letih sms (nasib baik aku forward je sms), akhirnya balasan email dari Editor Media Hiburan melegakan aku! Alhamdulillah, akhirnya!

A'kum...

Saya Intan Zabidin editor kepada Media Hiburan. Apabila saya membaca email dari pihak tuan ini, saya juga berasa dukacita apa yang telah berlaku. Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak tuan kerana menghantar email dan menerangkan kedudukan sebenar.

Perkara ini, akan saya siasat kepada pengelola ruangan Tanya Media dan saya juga berusaha untuk memperketatkan lagi langkah-langkah keselamatan agar tidak lagi berlaku perkara ini. Jika saya sudah mendapat jawapannya nanti, saya akan menghubungi pihak tuan kembali.

Jika tidak menjadi halangan bolehlah...tuan hantarkan MH bilangan berapa ketika gambar itu disiarkan. Ini memudahkan lagi tugas kami untuk mencari Media Hiburan keluaran tersebut..

Intan Zabidin
(Editor Media Hiburan)

yang terindah .....

"Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu
dan menjadi sebahagian daripada hidup kamu,
tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi,
jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu
dan sekurang- kurangnya
dia pernah membahagiakan kamu.
Masa akan menentukan segala- galanya.
Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.
Kembali pada kamu...."

terima kasih kerana MENDAJALKAN aku ...

Semalam, aku dapat call dari Seelan, dia cakap photo aku keluar majalah Media Hiburan. What? My photo? Hehehe aku gelak je, aku cakap dia mayb salah orang! Tak pernah dalam idup aku ada keinginan nak antar my photo kat magazine, hmm sorry to say cam CHEAP je aku rasa, cukup la aku bergelumang glamour slama ni (in my own way). Tapi dia iya-iya yakinkan aku so ambik kunci keta trus pecut ke kedai kat town lak tu coz dah lewat malam, bayar je duit magazine tu badan aku tetiba kuar peluh cam giler! Hmm thats me! In magazine! Oh My GOD....nampak sangat la aku kena dajal, siap nama apa ntah pas tu asal bukan dari Penang! Yang bestnya, photo orang lain kat situ semua ada alamat lengkap tapi kat photo aku tak der apa pun alamat. Aku yakin ini keja member aku gak la tapi malas nak ambik pusing coz sapa yang buat keja ni sendiri mau ingat la, one day masa dia akan tiba gak! And my hp start ringing! SMS jangan cakap la sampai aku buat satu SMS pas tu ada je member yang tanya aku reply jer ngan SMS ni .....

UNTUK SEMUA TEMAN-TEMAN YANG MEMBACA MH, DENGAN NAMA ALLAH SAYA BERSUMPAH TIDAK PERNAH MENGHANTAR FOTO KE RUANGAN TERSEBUT.

Aku online net trus antar email ke Editor, Penolong Editor n Pengelola ruangan tu!

Assalammualaikum.

Buat mereka yang berkenaan! (Editor/Penolong Editor/Pengelola Tanya Media)

Saya, XXXXX dari PULAU PINANG ingin memaklumkan bahawa gambar yang tersiar di ruangan XXXXX adalah milik saya dan ingin saya tegaskan di sini bahawa saya TIDAK pernah sama sekali menghantar sebarang foto milik saya ke mana mana ruangan di mana mana majalah untuk disiarkan. Saya percaya ini adalah perbuatan pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab samada untuk tujuan suka suka.

Untuk pengetahuan anda, saya juga berada di aliran seni persembahan sebagai Event Executive di produksi XXXXX di mana antara tanggungjawab saya adalah untuk mengurus serta memasarkan kumpulan kebudayaan XXXXX yang beroperasi di Pulau Pinang. Dengan apa yang berlaku setelah tersiarnya foto saya di ruangan ini, ianya telah sedikit sebanyak membawa satu gambaran yang kurang menyenangkan terhadap diri saya sendiri, kumpulan kelolaan saya serta imej produksi saya. Sejak majalah Media Hiburan (yang mengandungi foto saya) berada di pasaran, saya telah menerima banyak panggilan dari teman-teman dan juga client produksi yang bertanyakan hal ini. Dengan skop pekerjaan yang melibatkan pelbagai lapisan pelanggan, saya merasa agak tertekan dengan semua persoalan ini. Sesungguhnya, secara peribadi semua ini kurang menyenangkan dan mengganggu kehidupan saya.

Saya amat berharap agar (Editor/Penolong Editor/Pengelola) dapat mengetatkan sedikit syarat-syarat penyertaan peminat di ruangan Tanya Media seperti penyertaan salinan kad pengenalan, number kad pengenalan, menyiarkan alamat lengkap (sila ambil perhatian di bawah foto saya tidak tertulis sebarang alamat peminat), ruangan akuan dan tandatangan dan membuat panggilan kepada peminat tersebut sebelum menyiarkan penyertaan mereka di majalah.

Saya memohon agar KENYATAAN / PEMBETULAN ini dapat disiarkan di majalah Media Hiburan di dalam terbitan berikutnya secepat mungkin bagi tujuan membetulkan keadaan.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

XXXXX

untuk perhatian editor/penolong editor/pengelola
Talian H/P : XXXXX

(sila hubungi saya secepat mungkin sebaik saja pihak anda menerima email ini, saya amat berharap agar pihak anda memahami situasi saya ketika ini)

Saturday, June 04, 2005

biar saja mata beta berbicara



mata aku melihat sebuah kenangan sebentar tadi. dia datang kembali memohon maaf di atas segala keterlanjuran dan meminta aku melupakan segala kepahitan.

ringkas bunyinya - kerana apa? kerana dia yang melakukan kesalahan itu! mudahbenar kata-kata ampun itu lahir dari bibir namun aku sendiri tak pasti samada ampun itu satu penyesalan atau sekadar jalan meneruskan kehidupan yang diidamkan.

maafkan saya...maafkan saya kerana menjadi insan kejam dalam hidup awak, sebenarnya...inilah yang awak ciptakan untuk saya, inilah hasil hubungan kita. saya tak mampu lagi untuk duduk diam membisu dan seringkali cuba menyesuaikan segala keadaan semata-mata untuk menenangkan jiwa awak yang sering bergelora. hidup saya tenang sekarang biarpun sesekali saya jadi bingung dengan karenah alam namun sesuatu yang perlu awak tahu, segala yang berlaku antara kita dahulu membuatkan saya lebih matang dan berpendirian dalam kehidupan. saya bersyukur dengan apa yang terjadi (sejujurnya) kerana semua ini membawa saya ke satu alam yang berbeza di mana saya melihat betapa indahnya diri saya (di balik hikmah menyayangi diri sendiri).

awak, kenangan antara kita biarlah di jadikan sebuah cerita yang telah tamat isinya. moganya cerita itu juga dapat membantu awak melalui kehidupan akan datang dengan lebih sempurna.

Kutahu kau rindu
Sejakku meninggalkanmu
Kutahu kau pilu
Bimbangku melupakanmu
Sejak kau lukakan hatiku
Mempermain cinta suciku
Siang dan malam tangisi
Silamku
Kasih sayangku yang bersemi
Kau tabur racun yang berbisa
Dibelakangku di tertawa dan hina
Mungkin aku tiada yang lain
Kerna itu kau berani berpaling
Membiarkan aku tertanya
Siapa milikku
Sehingga ku meninggalkanmu
Baru kini engkau terasa
Cinta siapa lebih perdana

kek lapis keju

Awal pagi lagi aku bangun tapi badan cam tak der semangat, sejak jam 4 pagi aku asyik sms ngan mak Taq (adik angkat aku). Kitaorang masih berhubung walaupun aku ngan adik angkat aku tak lagi contact each other. Hmm silaturahim ikhlas, apa salahnya kan? Lagipun aku ngan mak dia dah cam adik akak. Kitaorang asyik sms mcm-mcm hal, last sms bila aku tido pas solat Subuh, mak dia plak atas bas kilang nak balik umah. ZZZZZZ .....

Jam 1 petang aku dah terpacak kat Airport Penang, nak ambik Rahmat - kenalan dari Medan yang datang bercuti sebulan kat sini, 1.35 petang baru kuar dari airport, kitaorang terus pegi umah akak dia kat Teluk Kumbar, hmm sepanjang jalan aku terkejut gak ngan Teluk Kumbar (yang aku rasa baru dua kali masuk area sini walaupun dah lebih 20 tahun aku dilahirkan) Masih suasana kampung tapi bila masuk ke 'dalam' kampung, aku tengok banyak plak umah setaraf banglo! Hmm cam ner tu? Umah akak Rahmat warna PINK! Hehehe, first time aku tengok umah warna pink, dah tak der sapa la plak! Hmm aku bawak Rahmat makan nasi ayam pastu borak-borak, kitaorang sembang pasal subang! Dia pakai subang kat bawah bibir ngan lidah, aku yang tengok ni cam rasa sakit la plak tapi dia ok je. Aku ni benda benda tajam cam tu hmmm kirim salam la! Tapi sesekali nampak cool plak, yang aku tahu aku tak nak la tindik kat area mulur ngan lidah tu, kang aku tak makan plak...

Lebih kurang sejam pas tu kitaorang move balik ke umah akak dia, panggil panggil ketuk ketuk mangga tu, kuarlah sedara dia, rupanya dorang stay dalam umah pastu tutup tingkap pintu lock pagar semua sekali hehehe, salah kitaorang gak tak panggil tadi.

Aku tak nak masuk dah walaupun di jemput coz nak balik rehat malam karang nak kuar plak. Rahmat kasi aku kek lapis keju - dulu dia penah kirim dah ke Penang, kali ni dia kasi sendiri, kegemaran aku tu! Pas say thanks aku pun pecut balik umah, sampai je trus aku lakukan upacara memotong kek dan feeling feeling birthday yang ke 21! Aku buat air gano ais makan ngan kek lapis keju selang durian hmmmm enak giler siot! Bika Ambun n Kek Lapis Keju mengingatkan aku kenangan di Medan, bulan depan aku ke Medan lagi! InsyaAllah.

Hari ni aku rasa cepat sangat masa berjalan, semalam memacam peristiwa berlaku dalam idup, hari ni berganti peristiwa lain plak.

Friday, June 03, 2005

namanya BOZO

Semalam aku ke studio, stay kat rumah pun tak der menda nak buat, actually ada janji nak jumpa satu mamat ni nak order tshirt, tag, sampul surat n banner produksi tapi dia bz plak last minute cancel so aku dah bored trus drive gi studio lepak ngan bebudak dancers tengok dorang training untuk show Proton 8hb ni. Sedang asik tengok rakaman persembahan show Petronas, member aku tepon cakap Bozo dah meninggal dunia! HITAM. Aku teringatkan arwah Syah.

Namanya BOZO. Usianya tahun ni masuk 26 tahun, orangnya tinggi lampai lebih kurang aku 180cm, berkulit hitam manis, berbadan tegap, berpakaian trendy pendek kata kacak bergaya, idaman perempuan la! Kenapa namanya Bozo? Kerana dia sering membuatkan orang ketawa dengan sikapnya yang peramah dan mudah mesra. Aku kenal ngan dia pun skadar gitu-gitu je. Setahun lalu dia diberitahu yang dia menghidap kanser tulang, sejak itu badannya susut mendadak, enam bulan kemudiannya dia diberitahu pula yang jangka hayat hidupnya tak lama. Namun, satu yang buatkan aku sedih dengan pemergian dia ialah sampai ke akhir hayat dia kemarin dia masih menjadi 'dirinya'. Berbual seperti biasa berselang lawak jenaka yang tak putus dari bibirnya sehinggakan tiada seorang pun ahli keluarganya menjangkakan yang dia akan pergi dalam waktu terdekat ini. Semalam, terlibat sekujur tubuh lesu, pucat, tak lagi bermaya. Akaknya tak henti henti nangis. Dah tiba saatnya untuk dia menemui Maha Pencipta.

Al-Fatihah untuk Bozo. (Aku rindu pada arwah Syah)

Thursday, June 02, 2005

mimpi yang tak sudah

Apa maknanya impian datang dan pergi
Membawa hati menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi
Kau kah di situ
Yang menanti ku
Atau jelmaan titi kenangan yang bernama pengalaman

Siapakah diantara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa oleh resah
Mimpi yang tak sudah

Lagu? Skadar lagu je ke? Hmm mungkin tidak, tadi pagi waktu drive aku pasang cd yang Abang Ak kasi, bila sampai track number 7, ada lagu ni nyanyian Ibnor Riza. Feeling la kejap! Kejap je coz banyak lagi perkara nak aku fikirkan, kalau kita fikirkan rasa kecewa yang ada, tak akan habis! Biarpun rasa kecewa itu ada aku hanya izinkan ianya datang sekali sekala je la! Hehehe, bleh ke cam tu? Dah banyak sangat kecewa sampai aku dah jadi kebal mungkin. Tapi sejak ada blog ni bagus gak coz aku lihat ramai lagi yang idup kecewa dari aku sampaikan bila baca blog dorang aku jadi takut, aku fikir sorang, kalau la aku stay kat tempat dorang, bleh ke aku lalui semua tu? Ini ujian Tuhan dan aku yakin aku akan dapat atasi semuanya, InsyaAllah.

Hari ni jadual penuh, bagus gak penuh. Kalau tak der keja aku jadi pening, tapi otak ni masih biol lagi, sebab kemarin, sib baik kuar makan malam ngan Abang Ak semua semua, ok la skit. Sejak pagi tadi aku masih ngan diri aku yang memikirkan sesuatu yang aku sendiri tidak tahu. Mak penah cakap, kita gelisah dengan sesuatu perkara yang tidak kita ketahui angkara fikiran kita sendiri, hmm kata Ustaz Ismail lak, mungkin kurang iman di dalam dada...hmm mungkin!

p/s: akak lil...pengalaman akak banyak mengajar zac! tengkiu, muaah!!!

ABANG AK



abang ak
- sebut je nama tu kat Penang ni, ramai yang kenal dia sebagai antara Artis Budaya yang sering menjayakan persembahan kebudayaan. Abang Ak memegang jawatan tetap di Bank Simpanan Nasional. Hmm bukan cerita kerjaya yang mahu aku kongsi kat sini tapi cerita peribadi Abang Ak...pssst, bleh ker citer pasal orang kat sini? Hehehe, no hal coz citer ni citer istimewa, citer Abang Ak dan dunianya : yang aku kagumi.

Abang Ak punya pakej yang lengkap bagi aku : ketampanan, budi bahasa, sopan, tinggi, tegap, berkerjaya, sosial terbatas dan memacam lagi. Semua orang sukakan Abang Ak, tanyalah sesapa saja yang mengenali Abang Ak, semuanya pasti akan tersenyum dan tidak malu mengakui Abang Ak tu sedara dorang! Sapa je bila bercakap ngan Abang Ak, sure tangkap leleh. Aku melihat Abang Ak sebagai manusia dari alam lain (aku penah cakap kat dia) Yang senantiasa ada dalam jiwa dia semuanya yang positif belaka, tak pernah nak marah pun walaupun memacam yang orang lakukan pada Abang Ak, senyuman ni jangan cakap la..sentiasa ada kat wajah dia. Sifat murah hati kekadang aku rasa macam tak kena tempat, sesapa saja senang senang je dia tolong, duit ringgit ni kalau dikumpul atas 'label' menolong orang dan belanja makan, jangan dihitung! Tapi aku kecewa sangat ramai yang mengambil kesempatan dan Abang Ak tahu semua ni, bila aku suarakan, katanya 'biarlah, itukan rezeki dorang.' Hmmm apa lagi yang nak aku cakap? PELIK. Aku kekadang jadi tak bleh terima sifat Abang Ak ni, jadi macam tak percaya : betul ke ada manusia macam ni? Hmm sampaikan satu tahap aku jadi bingung (betul) seakan tak bleh terima kenyataan yang ada manusia cam ni kat mukabumi. Pernah terdetik aku cari kekurangan Abang Ak...yang jumpa adalah kelebihan dan kekurangannya plak tak ada bersangkutpaut ngan manusia di sekeliling dia!

Tadi pas makan ngan Abang Ak, dia kasi 2 keping cd - lagu lagu terkini, dia beli minggu lepas. Best gak aku layan cd dalam keta. Aku sms Abang Ak tadi say thanks atas cd tu. CD ni akan senantiasa ada dalam keta aku. Akan terus ada kerana ia pemberian insan istimewa. Abang Ak ada kasi 2 ekor katak gak - sepasang! (soft toys) Dia tahu aku buat collection KATAK. Aku simpan dalam keta gak.

Citer Abang Ak tak akan habis kat sini kerana aku simpan dalam hati...sib baik tak der akak, kalau tak dah lama aku 'kawinkan' akak aku ngan Abang Ak, hehehe!!!

p/s : syukur aku padamu Allah ditemukan dengan Abang Ak -antara insan yang aku hormati.