Sunday, June 12, 2005

IWAN, SECRET RECIPE, TAQ, malam yang biol

Lepas Maghrib aku drive pegi umah Iwan, dah lama sangat plan nak kuar dinner, baru smalam tercapai impian hehehe, sampai kat area Perak Road hujang mula turun, aku lak lupa umah dia ni area mana so aku pun tepon la hmm siap kena perli pulak kata aku lupa dah umah dia - memang aku lupa pun.

Pas ambik Iwan kitaorang pegi dinner kat Secret Recipe hmm makanan tak sedap sangat, fish n chip tu aku rasa cam cucur pisang la pulak! Tapi dek kerana tempat tu pilihan Iwan so aku makan je la itupun tak abis, ntah la selera aku ni selera kampung agaknya, nak makan slalu nak gerai tepi jalan kalau dah masuk tahap restoren tu selera cam tertutup! Hmm banyak gak la kitaorang borak, dah lama tak jumpa Iwan. Suasana sekeliling bising la, aku jadi tak selesa, sampai la lover Iwan call so aku ajak balik la kang tak pasal pasal ada perang dunia ke lapan plak!

Aku call Bob, tanya ada kat mana, kata Bob dia ada kat umah Abang Ak, tengah siapkan hantaran kawin sapa ntah, aku cakap aku nak ke sana, Iwan lak nak ikut hmmm aku ok je, kang kalau ada problem tanggung sendiri la ek! Hmm meriahnya umah Abang Ak, sibuk benar dia siapkan hantaran akak Bob. Tak sangka ada lagi bakat tersimpan, beruntungnya manusia itu yang dikurniakan Allah segala kebolehan. Abang Ak suruh aku makan plak, dah siap hidang tapi sampai ke balik aku tak sentuh, perut aku ni bukan la tong sampah, cukup dengan fish n chip tadik, cuma jamah mempelam dari Vietnam je sodap giler! Iwan makan gak, sesekali aku curi coklat jari yang digunakan untuk hantaran tu hehehhe, aku suka coklat wei!

Pas antar Iwan balik, aku bawak Bob ngan Razak balik, tengah drive aku nampak TAQ...hmm mungkin dia tengah cuti semester, dah smakin gemuk la aku tengok dia, stiap kali nampak dia aku jadi resah, musuh yang asalnya bagai saudara kandung. Aku tak faham kenapa ada manusia seperti dia yang tak dapat terima hakikat. Tapi aku syukur dia dapat gak sambung study sebagaimana yang dia mahukan sayangnya dia masih dengan kehidupan yang dulu yang satu hari akan membinasakan hidupnya sendiri, aku harap dia cepat sedar. Aku tahu bagaimana dia menjalani hidupnya sekarang tapi siapa aku untuk menegurnya lagi, cukup dengan pengalaman di maki hamun dulu. Dan aku tahu dia sukar berubah....aku kalah dalam perjuangan aku sebenarnya.

Sampai jam 3 pagi aku masih SMS ngan Iwan, ngan Syafiq dan ngan mak Taq. Otak jadi biol sampai skarang...tak cukup tido!

Tengahari karang dah nak berangkat ke EQ hotel untuk Anugerah Sukan Pulau Pinang, malam ni aku akan jadi pengiring Piala Perdana....pengiring je bukan pemenang anugerah tu! Hhehehe....

Selamat Berhari Minggu!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home