Friday, June 10, 2005

harapan cik abang



Asslammualaikum.

Dengan izin Allah, abang masih berkesempatan untuk menulis sepatah tinggalan untuk insan yang pernah abang sayangi. Zura, bagaimana dengan perjalanan hidupmu, sayang? Abang harap pilihan abang Zura bakal membawa kebahagiaan untuk Zura dan anak. Abang redha dengan apa yang berlaku. Sebagai hambaNya, abang menerima semua ini sebagai ketentuan takdir.

Abang tahu, abang tak akan hidup lama di sini. Sejak abang pulang ke Malaysia, kepala abang bertambah serius sakitnya. Rambut abang mulai gugur. Badan abang bertambah kurus. Jauh di sudut hati abang sebenarnya ingin berterus terang dengan penyakit yang menimpa abang dan mahu memutuskan hubungan antara kita, abang tak mahu Zura menderita bila ketiadaan abang nanti, namun sebaik sahaja mendapat tahu yang Zura sudah berkahwin, abang terima. Sekurang-kurangnya Zura telah mendirikan rumahtangga cuma abang terkilan dengan Zura yang menyembunyikan hal ini dari abang.

Setiap hari abang menanti kehadiran Zura untuk memberitahu abang apa yang telah terjadi sebenarnya. Sayangnya kita tak berkesempatan bersua wajah. Hari ini mungkin Zura berpeluang melihat abang namun sayangnya abang tiada berkesempatan.

Zura,
Kenangan bersama Zura dulu abang bawa bersama dalam perjalanan ini. Zura banyak mengajar abang menjadi seorang yang tabah dalam kehidupan. Bertuah suami Zura. Sampaikan salam abang padanya nanti. Semoga dia dapat membahagiakanmu, sayang!

Abang tahu hidup ini terlalu singkat. Abang telah menandatangani surat persetujuan untuk menderma buah pinggang abang kepada Zura bagi menggantikan buah pinggang Zura yang rosak. Sekiranya suami mengizinkan, ambillah buah pinggang abang. Tiada apa yang dapat abang tinggalkan bersamamu, sayang. Semoga dengan buah pinggang ini, kita akan terus bersama. Bersama-sama ini juga abang hadiahkan sebuah rumah di pinggiran bukit. Rumah ini adalah hadiah dari emak dan ayah sempena kejayaan abang mendapat ijazah tempohari. Masih ingatkan impian kita nak membeli rumah di kaki bukit? Zura selalu cakap…itu harapan cik abang…..sayangnya ‘harapan cik abang’ yang sebenarnya tidak menjadi kenyataan. Rumah ini adalah hadiah ikhlas dari abang. Impian kita tidak kesampaian tapi abang puas menyaksikan kebahagiaanmu.

Cukuplah sampai di sini. Abang pergi tak kembali. Doakan abang, sayang. Rindu pada Zura abang tinggalkan di sini.

Salam terakhir salam teristimewa
.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

cite betul penulis ke..?

1:56 AM  
Blogger lelaki di dalam cermin said...

tak der la anni, surat rekaan hasil imaginasi jer tapi surat tu penamat sebuah cerpen yang saya karangkan sendiri ....

10:05 AM  

Post a Comment

<< Home