Wednesday, June 08, 2005

sms & horoskop

seperti biasa jam 9 pagi aku akan menerima ramalan bintang setiap hari (aku lupa la kat mana aku langgan perkhidmatan ni tapi dah lama), ramalan yang di hantar terus ke hp aku melalui sms tu sering je 'mengena' dengan idup aku, kalau dulu langganan tu rasa nak buat fun je tapi skarang ni hari-hari aku tunggu. semalam aku nulis blog tentang perasaan aku kan? hmm pagi tadi sms ramalan tu berbunyi :

impian yang emois teramat sangat mampu menggerakkan anda dan menyedari naluri pelik itu adalah benar. tuliskan ia. mungkin akan terjadi.

lupakan ia hehehe malas nak pikir sangat, tentang perasaan ni takbleh nak pikir sangat kang lebih banyak aku pikir keja plak tak jalan hehehe, baik aku diamkan jer!

jap tadi masuk lak 1 sms (dah la idup aku tension ngan kes dajal kat Media Hiburan tu, habis prepaid aku semata-mata forward sms jer!) SMS yang masuk ni number 012-xxxxxxx. Hmm yang pastinya tak keluar nama : dan hp yang tak kuar nama bukannya kawan aku la tu! tapi sms yang dihantar tu istimewa la ....
bukan aku dewa cinta untuk bahagia, bukan aku putera kayangan untuk bermaharajalela tapi aku hanya hamba semesta yang hadir bawa senyuman untuk semua.

aku ingat lagi, itu aku punya kata-kata yang aku tulis dalam kad ucapan Valentine yang aku buat sendiri. hmm sapa ke pulak ni! aku reply sms tanya sapa orang tu tapi tak der jawapan pastu aku tepon pun tak der jawapan! hmm malas la nak main acilut nyorok cam ni. apapun tengkiu la sms kat aku, sekurang-kurangnya aku senyum tadi bila dapat sms tu!

p/s : tak sabar nak ke launching keta baru proton jap lagi, hmm bleh ambik gambar bebanyak!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home