Thursday, June 02, 2005

mimpi yang tak sudah

Apa maknanya impian datang dan pergi
Membawa hati menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi
Kau kah di situ
Yang menanti ku
Atau jelmaan titi kenangan yang bernama pengalaman

Siapakah diantara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa oleh resah
Mimpi yang tak sudah

Lagu? Skadar lagu je ke? Hmm mungkin tidak, tadi pagi waktu drive aku pasang cd yang Abang Ak kasi, bila sampai track number 7, ada lagu ni nyanyian Ibnor Riza. Feeling la kejap! Kejap je coz banyak lagi perkara nak aku fikirkan, kalau kita fikirkan rasa kecewa yang ada, tak akan habis! Biarpun rasa kecewa itu ada aku hanya izinkan ianya datang sekali sekala je la! Hehehe, bleh ke cam tu? Dah banyak sangat kecewa sampai aku dah jadi kebal mungkin. Tapi sejak ada blog ni bagus gak coz aku lihat ramai lagi yang idup kecewa dari aku sampaikan bila baca blog dorang aku jadi takut, aku fikir sorang, kalau la aku stay kat tempat dorang, bleh ke aku lalui semua tu? Ini ujian Tuhan dan aku yakin aku akan dapat atasi semuanya, InsyaAllah.

Hari ni jadual penuh, bagus gak penuh. Kalau tak der keja aku jadi pening, tapi otak ni masih biol lagi, sebab kemarin, sib baik kuar makan malam ngan Abang Ak semua semua, ok la skit. Sejak pagi tadi aku masih ngan diri aku yang memikirkan sesuatu yang aku sendiri tidak tahu. Mak penah cakap, kita gelisah dengan sesuatu perkara yang tidak kita ketahui angkara fikiran kita sendiri, hmm kata Ustaz Ismail lak, mungkin kurang iman di dalam dada...hmm mungkin!

p/s: akak lil...pengalaman akak banyak mengajar zac! tengkiu, muaah!!!

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

ye ke zac...tq my dear..pengalaman itu mendewasakan..menguatkan semangat...bila kita terjatuh..bangunlah semula..tak ada siapa pun yg inginkan kegagalan..kan? miss u dear ..takecare

sis lilsy

1:35 AM  
Anonymous Anonymous said...

kerana catatan ikhlas zac nih..

entah naper tetiba terdetik hati ini. dan sekian lama topeng yang ku pakai kini jatuh berderai membutir titis airmata..

kini aku dikejut kembali oleh kehilangan yang dulu ku rasa telah diganti..

kini wajah anak2ku..bayangan bekas isteriku..parut2 bekas kekasihku setiap satu mengimbas kembali..

lalu ku pasti aku kan kehilangan ulitan lena malam ini. lalu ku pasti..esok ku kan MC lagi!

armandhaikal

2:36 AM  
Anonymous Anonymous said...

lagu???..ia bukan sekadar lagu..lagu adalah 1 bentuk "penceritaan"..tapi "menariknya" citer didalam itu kerana ia boleh jadi "cerita kita" atau itu "kita"..itu yg membuat kita tersentuh...
kita manusia bukan setakat dipenuhi harapan untuk masa depan...keinginan utk masa sekarang..tetapi juga membawa seribu kenangan masa silam....menarik kan...cuma 1 "cerita pendek" tapi boleh merangkul 1 kehidupan kita..itulah lagu

10:35 AM  

Post a Comment

<< Home