Sunday, May 22, 2005

pintu CINTA

AMIR .... aku kenal ngan Amir kat ekawan, wajahnya hmm serius seolah olah mahu makan siapa saja yang ada di depannya hehehe tapi sejak kenal ngan Amir, hmm barulah aku sedar tepatlah pepatah yang pernah dan sering aku dengar : jangan menilai buku hanya kerana kulitnya! AMIR betul-betul sesuai dengan pepatah tu! Orangnya lain dari yang lain, tak keterlaluan aku katakan, dia adalah manusia pertama yang UNIK yang pernah aku kenal. Hmm indahnya insan itu!

Dia sering sms aku, setiap sms nya penuh dengan kata-kata indah, hmm aku bandingkan pada korang k ... ramai orang yang bijak berkata-kata indah namun tak sama mcm Karam Singh bila membuat laporan berita kan? Dia tu bagai satu dalam sejuta, begitulah ngan Amir ... kata-katanya istimewa yang tak pernah aku miliki dari orang lain.

Tadi malam ada satu sms (kata-kata dari mamanya)

cinta itu melalui beberapa pintu, pintu kasih ..... pintu sayang ..... pintu rindu ..... tapi pintu cinta yang paling abadi ialah pintu cinta yang melalui pintu simpati ..... kita renungkan di mana letaknya pintu itu dan kita selami keikhlasannya.

Amir....awak adalah manusia istimewa dan saya berbangga kerana ditemukan dengan awak biarpun di alam maya!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home