Sunday, May 15, 2005

rindu bayangan

Hmm tengahari AHAD. Tak tahu nak wat per, baju blom iron lagi, jap lagi dah nak keluar pegi show, tetiba teringat nak online blog Leo...hehehe, ader lagu Rindu Bayangan, actually sedih la dengar lagu tu walaupun tengahari terik ni, so nak tulis gak lirik lagu tu kat sini!

Bila ku kenang ku renung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi

Janganlah di nanti pada yang telah pergi
Hanya luka lama kan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi

Apalah yang hendak di kata
Sudah suratan takdir menentukan
Ohhh..oh..inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah

Berputar putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan

Hmm tak yah di harap pada sesapa yang tak nakkan kita..hehe kerana diriku begitu berharga! Tak der la, bukan nak membanggakan diri tapi sesungguhnya aku bangga ngan diri aku, tak ada sapa yang lebih mengenali diri aku sendiri melainkan diri aku sendiri. Biarlah raja ke permaisuri ke sekalipun yang mahu pergi dari idup aku, dipersilakan. Yang penting aku ada famili ngan kengkawan yang menghargai dan tahu siapa sebenarnya diri aku. Dan yang lebih penting aku sayang diri aku!

p/s : kalau kat Malaysia kita andaikan 'bermain lidah' .... kalau kat Indonesia di panggil 'bersilat lidah' !

0 Comments:

Post a Comment

<< Home