Saturday, May 14, 2005

MENGEJAR MATAHARI



"KATA ORANG, HIDUP KITA HARI INI BUKAN DIMULAI SEJAK KITA MEMBUKA MATA PAGI TADI, TAPI JAUH SEBELUM KITA DAN DUNIA INI ADA"

Cerita tentang persahabatan 4 pemuda yang sempat retak oleh cinta segitiga. Setiap sore mereka melakukan ritual mengejar matahari. Ardi, Damar, Apin dan Nino bersahabat sejak kecil dan memiliki latar belakang keluarga yang sangat berbeda. Mereka memiliki kebiasaan bersama yaitu Mengejar Matahari, berlari ke arah matahari yang terbenam. Seolah-olah lupa akan masalah yang sedang mereka hadapi dan merasa bebas. Bagi mereka di kompleks rumah susun yang mereka tinggali ada 2 matahari, matahari pertama adalah matahari yang menerangi seisi bumi, sedang matahari ke dua adalah matahari yang mereka kejar di kompleks rumah susun itu.

Sabtu, semalam aku beli VCD Indonesia, judulnya MENGEJAR MATAHARI, rancangnya mahu nonton tapi aku tidur pun dah lewat so plan petang ni atau malam. MIMPI...aku bermimpi (tapi tak nak la cerita) terjejut lalu bangun, dah tak bleh tido plak, tengok jam dah dekat 4 pagi, hmm aku nonton VCD yang aku beli tu sampai Subuh. Bagi korang yang membaca blog aku ni, dapatkahlah VCD ni, berani potong jari, filem ni memang best giler!

Sebaik saja suara latar Ardi ke udara menceritakan tentang dirinya dan tiga lagi temannya, air mata aku bertakung, air mata lelaki itu bertakung lagi padahal filemnya baru mahu ke udara donk! Aduh...inilah penangan filem Indonesis (dan mereka yang menghayatinya juga)

Nak komen dah siang so aku simpan segalanya dalam ingatan dan sekarang aku ingin kongsi ngan korang!

Actually aku sering gak ulang alik ke Medan (ntah pasal aku suka sangat ngan Medan tu bukannya ada menda apa pun tapi aku suka luang masa ngan kengkawan kat sana, mostly friendly, sopan dan famili dorang pun very the sporting cuma dah berapa kali pegi pun aku tak berkesempatan ke Danau Toba je lagi. So aku banyak nonton filem saya, hmmm macam Tentang Dia yang kaca ngan originality aspect kehidupan, cam tu gak filem-filem dorang yang lain...itu yang istimewa karya Indonesia ni tambahan lak kata kata dorang halus cam kulit pelakon pelakon dorang gak!

"Kamu tidak pernah merasa memiliki sampai kamu kehilangan"

Kata-kata itu bagai mengejutkan aku dari tidur, benar ... kita tak pernah merasai yang kita memiliki sesuatu sampailah bila kita kehilangannya. Dua tiga hari ini bingung gak aku dengan apa yang aku lalui, filem yang sarat dengan pelbagai mesej persabahatan meningatkan aku pada hubungan yang pernah aku lalui, ianya bukan atas nama persabahatan tapi lebih dari itu namun berapa kerat yang memahami? Berapa kerat yang menghargai. Aku biarkan mereka semua menilai diri aku dari aku menilai diri aku sendiri, agar mereka puas dengan apa yang mereka lakukan!

p/s : berlarilah ke mana saja yang awak suka, terima kasih kerana sudi mengenali saya, halalkan segala rasa sayang yang awak curahkan selama ini, saya terlalu menghargai insan yang murah kasih seperti awak namun satu yang perlu awak tahu, setiap insan ini berbeza hatinya. saya berdoa satu hari nanti awak akan temui jawapan siapa diri saya yang sebenarnya. AWAK, WAKTU TAK MUNGKIN BERULANG.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

aku pun sudah nonton mengejar matahari. Wah best betul citer dia. betul2 puas ati..

10:34 PM  
Anonymous Anonymous said...

mane nak datang vcd ni kat area klang valley KL? susah nyer sebab sampai skang ni tak terjumpa lag..

6:55 PM  

Post a Comment

<< Home