Tuesday, May 03, 2005

harga sebuah kasih

Di sini, tertulis sebuah citra di mana sebuah rasa kasih di abaikan tanpa suara. Andai berulang lagi masa itu, tak mungkin aku biarkan sebuah cinta terpendam lagi di lubuk hati. Tahulah aku kini, tanpa cinta hidup terlalu sunyi, tanpa cinta aku teraba raba mencari jiwaku sendiri. Tiada guna lagi walau mengalir air mata darah sekalipun jika cinta telah berlalu pergi. Dan aku tahu diriku kini sendiri.

Di sini, sebuah rahsia yang tersimpan menjadi tatapan semua agar sebuah kisah menjadi panduan di mana suara cinta tak bisa dipandang ringan, hargailah mereka yang menyayangi anda sebaik mungkin (selagi punya masa)

Mengenali Nuar benar-benar mengubah kehidupan aku. Dari seorang yang kecewa dalam kehidupan aku bangun berjalan dan kian sedar sebenarnya jauh lagi masa perjalanan kehidupan yang perlu aku tempuhi.

Hidup kita ni sekali saja, tak ada duanya. Sekali kecewa bukan bermakna kita gagal dalam kehidupan, sebaliknya jadikan satu semangat yang terus kita di hadapan – kata kata Nuar tak akan aku lupakan.

Satu hari aku suarakan betapa sunyinya aku dalam kehidupan. Biarpun aku dikelilingi dengan teman teman dan suasana kesibukan kerja aku tetap sunyi, di wajah ini pada teman teman aku penuh dengan kegembiraan namun nyatanya hanya Tuhan yang mengetahui namun segalanya berubah bila Nuar bersuara.

“Awak, skarang orang nak cadangkan satu perkara pada awak, awak tak akan sunyi lagi pas ni dengan adanya orang! Mulai saat ini orang akan jadi teman baik awak selama 100 hari, pastu awak pulak jadi teman baik orang selama 100 hari lagi. So awak ada orang dan orang ada awak slalu, amacam?”

Aku senyum, tak pernah terfikir dengan semua ini, kalau tak ada idea ini pun kami memang dah jadi kawan tapi aku tertarik dengan cadangan ‘teman baik’ yang Nuar suarakan. Aku setuju.

Malam itu sebagai pasangan teman baik yang baru, kami pergi menonton di pawagam, dah lama aku tak menonton, filem seram. Rupanya Nuar penakut orangnya, setiap kali dia terperanjat dengan jalan cerita, aku ketawa. Malam itu mengubah aku, senyum di bibir ini semakin ikhlas.

Hari ke 2

Kitaorag makan nasi kandar kat Kedai Khalil Gurney, ramai la pulak malam tu. Nuar makan banyak sangat sampai aku nak muntah tengok nasi dalam pinggan dia. Malam tu Nuar belikan aku key chain tertulis nama kami.


Hari ke 3

Nuar ajak aku temankan dia beli hadiah birthday untuk kawan pejabat dia, kitaorang jumpa kat Prangin Mall lepas waktu keja. Pas beli hadiah, dia ajak aku makan ice cream Mc D plak, hmm segan la makan ice cream sambil jalan, cam orang pandang je. Dan sesuatu yang buatkan jadi kaku, sambil jalan Nuar peluk bahu aku. Tangannya bagai melekat terus di bahu aku. Malam tu malam kenangan.


Hari ke 7

Ahad, alahai dah lama tak hiking, ikut Nuar hiking Bukit Bendera, penatnya! Nuar dah booking rumah kat atas bukit, seram gak tapi kitaorang tak tido dalam umah tu, Nuar angkut tilam ngan bantal ngan selimut, dia bentangkan tengah tengah halaman umah, aku ngan Nuar tido kat luar. Tiada dinding bilik tidur, yang ada bumbung langit malam dan bintang berkerdipan. Kami tak banyak berbual, tiba tiba ada lintasan tahi bintang, aku suruh Nuar buat wish…hehehe, macam budak budak plak aku rasa. Itu skadar dongeng…wish aku? Hmm…RAHSIA.


Hari ke 25

Genting Highlands! Seronok sangat spent masa kat Taman Tema. Kitaorang main roller coaster banyak kali, yang paling best masuk Rumah Hantu, Nuar salah pegang tangan mamat mana ntah, dia ingatan aku sedangkan aku dah ke depan. Geli hati aku dengar cerita dia. (tapi, kenapa dia perlu pegang tangan? Tangan aku ….)


Hari ke 67

The Royal London Circus in Penang! Nuar phone aku di pejabat, tanya nak nonton ke tak nak? Aku cakap ok je, petang tu dia datang ambik aku kat opis, malam tu kami pegi tengok circus, sebelum masuk ke dewan ciscus tu, kitaorang saja saja tilik nasib, kata si penilik wanita tu sebaik sahaja memegang telapak tangan aku : gunakan sepenuh kesempatan yang ada sebaik mungkin. Wajah tuanya mengalirkan air mata tapi kenapa? Aku tertanya tanya. Nuar senyum. Jangan percaya sangat – bisiknya ke telinga aku.


Hari ke 84

Nuar ajak aku tengok matahari terbenam kat Batu Ferringhi padahal hari tu aku penat sangat tapi memandangkan dah janji 100 pertama aku jadi teman baik dia dan aku kena la ikut program dia. Baru aku tahu betapa indahnya suasana pantai ketika matahari mula terbenam. Nuar peluk bahu aku, katanya boleh tak dia cium dahi aku. Aku diam. Kata Nuar mungkin tak normal untuk seorang lelaki mencium lelaki lain tapi katanya ini adalah ciuman seorang teman yang terlalu menyayangi temannya. Dan Nuar cium aku malam tu. Dalam hati aku terlalu malu.


Hari ke 99


Taiping. Saja Nuar nak ke sini, happy sangat dia waktu dalam zoo. Kami makan di taman tasik. Habis makan, kitaorang lepak kat tepi tasik je. Aku dahaga, aku cakap nak pegi minum tapi Nuar cakap biar dia pegi beli air kat kedai tempat kami makan tadi so dia suruh aku tunggu kejap. Nuar tanya aku nak minum apa….apple juice!

Hampir setengah jam Nuar tak kembali. Seorang lelaki yang datang menghampiri aku membuatkan dada aku berdebar debar bagai ada sesuatu yang nak diberitahu.

“Abang, rasanya kawan abang kemalangan kat hujung jalan tu. Tadi saya nampak dia ngan abang duduk kat sini tadi, kalau tak salah saya la…”

Aku tahu ada lagi yang nak dia suarakan tapi aku tak dapat menunggu lagi, terus aku lagi dan dari jauh aku nampak sekujur tubuh di jalan. Sampai di situ wajah Nuar penuh darah, badannya terkulai dan di tangganya ada sebungkus apple juice. Tak lama kemudian ambulan datang.

Hampir dua jam aku di luar bilik kecemasan. Hilang segala dahaga, tak putus aku berdoa untuk Nuar.

Sebaik saja doctor keluar dari bilik kecemasan :

“Kami telah mencuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan En Nuar. Namun rasanya tak ada apa lagi yang boleh kami lakukan, pendarahan terlalu banyak. Dia masih lagi bernafas Cuma apa yang boleh saya katakan, hubungilah keluarganya secepat mungkin selagi ada waktu yang tertinggal. Dia tak punya harapan untuk hidup, ini surat dan barang-barang peribadi yang kami keluarkan dari pakaian En Nuar, awak simpanlah bagi pihak En Nuar.”

Aku terus masuk ke bilik kecemasan. Wajah Nuar tenang. Darah dah dibersihkan dan aku tak dapat nak menerima kenyataan yang Nuar sedang menunggu masanya!

Haa…dah sampai rumah so awak bleh baca surat ini! Wak, sebaik sahaja wak baca surat ini, tertunailah part orang untuk menjadi teman baik wak untuk tempoh 100 hari kan? Hmm…lepas ni giliran awak plak jadi teman baik orang untuk 100 hari akan datang. Tapikan, kalau boleh biarlah orang yang jadi teman baik awak untuk 100 hari lagi pasal awak slalu cakap 100 hari akan datang awak belum ada program lagi sedangkan di fikiran orang macam macam program yang saya rancang untuk awak. Orang tak nak lihat awak sedih lagi Awak kena janji dengan orang tiada lagi rasa sedih dalam jiwa awak ok. Sebenarnya hidup orang sendiri sunyi tapi tidak selepas kehadiran awak. Kita mungkin bukan pasangan kekasih tapi orang suka dengan awak. Suka teramat suka. Apa yang orang harapkan hubungan ini tak putus sampai akhir hayat. Ingat tak malam lintasan tahi bintang di Bukit Bendera? Awak suruh orang buat wish kan? Orang wish awak akan sayang orang buat selama lamanya tau! Awak, 100 hari di pihak orang telah berlalu, maafkan salah silap, halalkan makan minum orang di sepanjang tempoh ini, tak sabar menunggu 100 hari berikutnya bersama awak.

P/s : dalam beg 69 awak tu ada sebentuk cincin – untuk awak! Selagi awak pakai cincin tu tahulah orang awak ada ngan orang. Janji kay

Aku menangis. Tiada lagi rasa malu di dalam diri aku ini. Surat ini mungkin Nuar nak diberikan pada aku bila kami sampai di Penang nanti.

Nuar, ingat tak lagi bila lintasan tahi bintang tu…orang wish orang nak ada ngan awak sampai bila bila! Orang sayang awak gak! Jangan tinggalkan orang….

Malam itu takdir dah tersurat. Nuar pergi meninggalkan aku.

Untuk semua, hargailah mereka yang menyayangi korang. Sepanjang 100 hari bersama Nuar, tak pernah aku luahkan yang aku juga sayangkan dia, perhubungan ni terlalu bermakna, aku simpan rasa sayang ini, rasa kasih ini, rasa cinta ini untuk aku luahkan NANTI NANTI NANTI tanpa aku sedari tiada lagi kesempatan selepas ini, kita sebagai manusia biasa tak mampu menjangkakan apa yang akan terjadi pada esok hari. Sampaikanlah sayang korang pada setiap insane yang korang sayangi sementara masih ada masa, esok belum tentu akan ada ruang untuk kita.

Nuar, sayang dan kasih ini akan berada dalam diri orang untuk selamanya. Percayalah. Semoga roh awak dicucuri rahmat. AL FATIHAH.

1 Comments:

Blogger Fad said...

Hmm... Kisah yang menyentuh hatiku... Merentap sanubariku... Cerita tentang dia... Semoga terus kuat harungi hidup yang penuh keajaiban...

2:57 PM  

Post a Comment

<< Home