Monday, May 02, 2005

dan pengajaran berikutnya ....

Hmm, dah jam 2.15 pagi, aku baru aja selesai solat sunat, skadar mahu berkongsi ngan korang yang sudi membaca blog aku, sejak dua tiga menjak ni pelbagai perkara datang melalui hidup aku, satu persatu tanpa henti, kekedang aku sendiri jadi bingung, bengong dan bengang.

Seingat aku sejak akhir March
aku tak dapat nak lelapkan mata, tidur pun bila dah jam 3-4 pagi pas tu Subuh dah bangun tak bleh tido dah, nasib baik tak jadik gila tapi aku dapat kesan sesuatu : hmm angin cepat naik, asyik nak marah je, badan susut giler, selera makan kureng lak tu. Semuanya memudaratkan.

Hampir seminggu aku solat sunat, tiap kalinya aku pohon ketenangan itu jadi milik aku, dah banyak sangat penderitaan yang aku lalui tanpa henti, sering aku rasakan yang aku ni antara insan terpilih namun sesekali aku rasa tak terdaya menggalas apa yang diberi. Kemuncak segala kekusutan yang aku rasai ini adalah datangnya dari seseorang yang selama ini letaknya paling hampir di hati aku. Pas solat tadi, ntah bagaimana datang jalannya, aku email pada dia, panjang lebar aku taipkan segala yang terpendam segala kekecewaan dan rasa terkilan dan sebagai kesimpulan kepada itu, aku nyatakan biar apa jua yang dilakukannya pada aku satu persatu dahulu, telah pun aku maafkan. Aku akan cuba padamkan semua kepedihan itu, biar masa saja yang akan menentukan segalanya.

Hmm bukan cerita itu yang mahu aku kongsi ngan korang tapi NIKMATnya memaafkan insan lain. Buangkan segala rasa ego yang kita ada, biarpun kita meyakini yang kita tidak bersalah, cubalah memaafkan segala sengketa yang timbul, percayalah....sesuatu yang paling indah. Baru aku rasai betapa lagu Aishah punya maksudnya KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH.

Kita mungkin punya masalah yang berlainan untuk dilangsaikan tapi berdoa dan mengadulah pada Dia, nescaya akan diberiNya jalan untuk kita lalui dengan terbaik dan sempurna.

Saat ini hati aku tenang, setenang malam yang sunyi. Aku mahu jadi insan istimewa di mata sesiapa saja!

p/s : UJANG (kenalan aku kat Kuala Terengganu yang aku kenali menerusi blog aku ni masuk spital, besi kat kaki dia terkeluar plak, ntah macam mana lak terkeluar aku pun tak tahu, hmm pepagi sunyi cam ni teringat dia plak, sian dia sesorang kat spital)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home