Sunday, May 01, 2005

ahad - aku & jam tangan - iwan - jepun - MAS

AHAD .... aku bangun lewat skit, biasa la hari ni je aku bleh bangun lewat dari kebiasaan, hari lain hampeh la, jam 6 dah bangun, tunaikan tanggungjawab pas tu siap siap, bukan siap nak pegi keja, siap ke jogging.. hmm skarang kena banyak senaman, persediaan hari tua!

Sarapan? Lewat gak aku sarapan hari ni aku makan nasi goreng ayam ngan telur dan nescafe ... lega rasanya, malam karang pulak la aku mengadap makanan, dah jadik kebiasaan plak makan pagi ngan malam je, hmm tabiat yang buruk ni tapi ntah la nak wat cam ner!

Balik je umah aku kemas bilik, yang kekadang aku anggap bilik pada waktu malam dan hutan pada waktu siang hehehe, ntahlah kemas mcm mana pun ada jer yang aku nampak tak kena, sedang kemas kemas aku nampak jam tangan pemberian Iwan. Jam ni aku dapat tahun lepas masa birthday aku, macam tak caya je, first time dapat jam, aku suka jam tangan tapi satu je kelemahan aku, setiap jam tangan yang aku beli tak kira la mahal ke murah ke tak akan kekal. Tu yang jadik malas cuma jam tangan yang Iwan kasi ni dah masuk tahun kedua ada ngan aku. Sayangnya aku tak jaga betul betul coz aku slalu ingat jam ni sama nasib gak ngan jam jam yang aku ada dulu : tak kekal lama samada hilang atau rosak! Nampaknya tekaan aku silap, aku tengok screen jam aku..dah ada garis garis penuaan. Hmm terbayang lak wajah Iwan. Apa la dia tengah buat skarang ni. Iwan orangnya simple dan sempoi, hidupnya sederhana tapi kat riak wajahnya selalu ada menyembunyikan sesuatu, seolah olah ada rasa ketidakpuasan yang dia tak dapat nak luahkan. Ntahlah, dia punya hak pada dirinya sendiri kan? Samada mahu berkongsi segala masalah atau tidak. Yang aku tahu aku bahagia kat blog ni, sehari demi sehari bertambah kenalan biarpun aku sendiri tak tahu siapa mereka semua ni, janji ada silaturahim yang terjalin!

Esok cuti lagik, bosannya, aku tak der plan nak ke mana cuma Selasa pagi ada meeting di Tourism Penang, dengarnya ada trip ke Japan dan dorang nak kuarkan tender untuk pakej pertunjukan fesyen dan kebudayaan, hmm tak sabar nak dengar taklimat, kalau la dapat sekali lagi ke Jepun, alangkah damainya dunia ni hehehe, dulu aku dah penah ke Jepun tahun 2000. 40 hari di Jepun bagaikan mimpi, yer la aku ni bukan student pandai yang bleh blajar kat sana ataupun anak orang berada yang bleh melancong bebila masa cuma dengan kerjaya aku sekarang ni la yang bawak aku terbang ke sana ke mari bagai burung...bestkan kalau dapat terbang?

Terbang sebagai Cabin Crew? Hmm dah 11 kali aku ke final interview, tak dapat dapat lagi hehehe, ntah pasal ntah, apa la yang dorang nak ek? Sampaikan semua soalan soalan dah ada dalam kepala otak ni, tanya je la trus aku jawab hehe kekadang tu macam lucu plak seolah olah aku ni dah diberi list soalan dan jawapan apa yang perlu aku jawab sampaikan pegawai MAS yang handle interview pun dah kenal aku! Hehehe...bila aku fly ngan MAS aku cuba bandingkan diri aku ngan Cabin Crew yang bertugas...ntah tak nampak pun kekurangan aku (bongkak & sombong ke aku ni? hehe) Tapi mostly kengkawan join MAS dengan 'orang dalam' hmm nasib korang baik la prenz! Asalkan korang bahagia dah la...

OK la, dah nak jam 2 petang, aku nak mandi lagik (aku suka mandi la, kalau stay kat umah mandi banyak kali sampai mom bising hehe, habis air empangan katanya, ntah pasal coz badan aku ni panas agaknya, metabolisma tinggi hehehe ok per? So tak bleh gemuk sangat, sesedap rasa je kata orang! Hehehe, aku nak mandi pas tu nak sambung keja kat depan PC ni..member aku, Eton slalu cakap aku akan mati depan PC hehehee....nak wat cam ner dah jari jemari aku ni suka menaip, lagipun aku banyak wat paper work so depan PC la kejanya!

Adios ....







2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

eheks...dah tau ker soalanaper nak kuar maser interview MAS??leh kasi bocorkan tak dgnjawapan nyer skali...eheks....

5:50 PM  
Anonymous Anonymous said...

hai...kehidupan awak amat beruntung. tak macam saya yang terpakse ke utara malaysia untuk mencari rezeki. baru graduate and merantau dari selatan ke utara bersama-sama rakan seperjuangan.. ahad...memang boring!!!!! duduk kat rmh jer.....

2:44 PM  

Post a Comment

<< Home