Friday, April 08, 2005

HaPpY bIrThDaY, LELAKI DALAM CERMIN

8 April 2005 : tahun yang paling gembira sepanjang aku diberi peluang menghuni bumi Allah ini. Biarpun terlalu banyak suka duka yang aku lalui, aku puas dengan semuanya, terutamanya sejak tahun-tahun kebelakangan ini, banyak yang pelajari, banyak yang aku tempuhi, banyak yang aku lalui : mengenali manusia yang pelbagai jenisnya, yang memakai topeng hanya di mata tapi masih mampu aku lihat hidung, telinga dan mulutnya (jadi....rahsia hanya di mata sedangkan mereka lupa yang mereka mendedahkan tubuh mereka untuk aku lihat dengan jelas siapa diri mereka seadanya : lucu sekali manusia ini)

Semalam, tepat jam 12, kedua-dua handphone aku sibuk dengan panggilan masuk dan sms : tiba-tiba hati jadi sayu, air mata mula bergenang, baru aku tahu yang aku sebenarnya mempunyai hadiah yang paling berharga dalam kehidupan iaitu teman-teman. Syukur aku pada Ilahi, mereka ini masih di sisi aku biarpun yang mereka lihat hanyalah wajah kegembiraan kerana sudah menjadi sifat aku untuk menyembunyikan kepedihan dalam diri ini jauh dari pengetahuan teman-teman, yang aku punya ruang melontarkan segalanya hanyalah di sini.

Saat ini aku sedang menantikan panggilan/sms dari Abang Asep, insan yang banyak merubah hidup aku. Satu perubahan besar yang dibawanya hinggakan aku sedar yang selama ini aku telah jauh meninggalkan diri aku dari alam sebenarnya. Setiap kata tuturnya masih jelas di telinga ini. Namun, sampai tanggal 8 akan berakhir, aku masih belum mampu menerima panggilan/sms yang aku nantikan. Ntah kenapa aku terlalu mengharap dari insan ini, berbual dan bertukar pandangan dengannya menjadikan aku insan kerdil, seolah-olah aku ini manusia yang punya banyak kekurangan (sememangnya). Aku dipinjamkan Allah seorang insan bernama ASEP hanya untuk sebulan, dia kini jauh dari aku, semakin jauh dan aku tahu akan terus jauh. Hanya bayang-bayang yang tertinggal untuk aku lihat dan meyakinkan diri aku yang dia masih di sini sebenarnya.

Malam tadi aku di bistro, sedang siap mahu memulakan show, tiba-tiba dikhabarkan show dibatalkan. Hmm, aku mahu pulang awal, mahu rehat, inilah kebiasaan setiap kali hari lahir aku, biasanya aku akan mengambil cuti dan berseorangan. Tapi tahun ini tak boleh coz tak der siapa nak gantikan tempat aku untuk hosting. So lepas salin costume, semua dancer nyanyikan lagu birthday (saat yang aku kurang suka....rasa smakin tua plak). Sebiji kek...makanan sekelip mata memenuhi ruang bilik persalinan. Hmm...surprise (wajah Abang Asep datang menjengah). Saat semua menikmati 'jamuan' fikiran aku terus terbang mencari-cari wajah-wajah insan yang pernah datang dalam hidup aku, andai mereka di sini ......

Hadiah? Hmm tahun ini paling hepi terlalu hepi, semua kengkawan kasi hadiah dengan tema yang sama iaitu KATAK sampaikan kek pun deco KATAK gak. Hmm....njoy sangat!

Sampai kat umah, ada bungkusan dari SABAH, aku tahu siapa pengirimnya, insan yang mengenalkan aku dengan dunia KATAK iaitu Acan. Dia pun kasi hadiah KATAK.

Pas mandi terus aku online. Dengan harapan ada email dari Abang Asep, dengan kata-katanya yang memberikan aku semangat untuk terus berdiri dan meyakinkan diri tentang kehidupan aku tapi email yang aku harapkan tiada dalam INBOX.


Malam berlabuh dan aku masih di sini : menanti matahari.







0 Comments:

Post a Comment

<< Home