Thursday, March 31, 2005

jalan-jalan terakhir

Penghujung March, April nanti aku dah punya senarai show, alhamdulillah rezeki April agaknya (bulan kelahiran). March sebenarnya terlalu panjang buat aku, segalanya terisi, bulan ini bulan ujian, menguji rasa kasih dendam dan benci, semuanya serentak, telah aku cuba memahami sedalam mungkin tapi nampaknya kasih manusia itu tak sama dengan kasih aku. Biarlah masa berlalu, aku tahu hidup aku perlu melalui banyak lagi perkara lain yang lebih penting tapi satu yang tak mampu aku bohongi adalah rasa sunyi.

Datang diundang, pergi setelah tiba masanya, ditinggalkan adalah sebuah kenangan yang tak akan aku padam dalam jiwa aku, mungkin dia menipu di hatinya, hanya kerana tuntutan yang ada dalam diri tapi aku terlalu meyakini satu hari dia akan kembali melihat aku di sini : yang tertinggal setelah aku perlihatkan siapa diri aku yang sebenar, bagi aku ini kejujuran. Dia melangkah dengan seribu keegoan, dengan sejuta wajah yang kadangkala bagai bercerita tentang kekeliruan dalam dirinya sendiri.

Jalan jalan ini seakan usang. April nanti akan berakhir satu episod sebuah pertemuan, yang bertahun di simpan kasih dan sayang. Syukurnya aku pada Tuhan : diperlihatkan aku sebuah perasaan sebenar seorang manusia yang punya seribu jalan berbeza.

Jauh di sudut hati ini : dia yang pertama sebenarnya bertakhta di jiwa.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home