Friday, March 25, 2005

mencari jalan terindah

di kiri dan kanan ini ada jalan yang terbentang luas, terpulang pada diri aku sendiri jalan mana yang mahu aku pilih untuk masa depan aku sendiri, ingin saja aku persetankan setiap manusia di kiri dan kanan ini yang hanya menunggu masa bertepuk tangan meraikan kegagalan aku dalam kehidupan, yang mahu memimpin tangan hanya segolongan, namun aku bersyukur kerana masih punya insan yang sudi berkongsi rasa kasih ini.

jalan terindah, itu yang aku mahukan, di dalam saki baki masa ini dengan waktu yang terlalu terhad mengejar yang di hadapan, sempat aku ciptakan satu angan yang aku harapkan ianya bukan kosong, aku mahu terus di sini mencipta sebuah kejayaan yang mimpinya tak pernah putus aku ciptakan di dalam lena tidurku.

sejauh mana pun kasih manusia itu pada aku, nyatanya telah aku sematkan ianya tak akan kekal selamanya, aku simpulkan, biar masa yang menentukan segalanya, aku yakin andai ada kurniaan Tuhan, andai surat tertulis takdir suratan, segala yang terindah pastinya dalam genggaman aku.

biarlah siapa juga yang mahu menipu aku dengan segala lakon mereka, akan aku terima, namanya sudah kehidupan di mana ini adalah pentas dunia, sejauh mana lakonan itu aku mahu diam menyimpul tangan melihat keberkesanannya, cuma andai tiba saat itu bilamana lakonan itu gagal di kaki aku, tahulah manusia itu di mana letaknya diri mereka sendiri.

bukan dendam yang mahu aku ciptakan tapi diri ini sudah bosan dengan setiap manusia manusia plastik yang berselerak di mana saja.
saat ini hati dan perasaan ini sudah terisi, setiap hari aku melihat gerak tingkah yang seakan setia namun belum tentu hujungnya bila.

p/s : 'tiada janji untuk setia kerana kita tercipta untuk menerima takdirNya'

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

asam garam, pahit, maung, dalam hidup, itulah dia pengetahuan tanpa berguru tanpa universiti, tanpa degree..

-ina-

10:21 AM  
Anonymous Anonymous said...

that is life my dear..;)

5:51 PM  

Post a Comment

<< Home