Tuesday, March 22, 2005

bilamana didusta

Sukarnya mahu mentafsirkan sebuah perasaan manusia yang penuh dengan tanda tanya, tiap langkah dan gerak geri sukar di baca oleh sepasang mata, hanya hati yang tahu menilai sejauh mana sebuah perasaan itu dihargai tidak di kecewakan.

Bilamana di dusta, bagaimana perasaan anda? Aku kecewa, tak terluah dengan perkataan. Ini yang aku dapat setelah memperjudikan sebuah kesetiaan? Sering akal ini diingatkan agar tidak mengharapkan apa jua balasan atas apa yang diberikan tapi bagaimana jika sebuah hati yang penuh kejujuran aku hadiahkan tapi dibalas dengan penipuan...permainan bijak seorang manusia yang memberi harapan. Bukan aku untuk terus kecewa dengan semua ini sebaliknya aku telah menjadi insan yang penuh semangat, terlalu kebal tapi jujurnya hanya sedikit kekecewaan yang menziarahi aku saat ini.

'saya kecewa dengan lakonan yang awak ciptakan, siapa saya di ketika ini? siapa dia di saat awak bersamanya? dunia kita bukanlah sebesar mana, di sini saya mengetahui segala setiap gerak laku awak, jangan biarkan mata ini terus melihat seandainya awak tidak mahu merasai sebuah kehilangan yang tak mungkin awak lupakan, saya bercakap bukan kerana terhirisnya perasaan tapi berlandaskan sebuah rasa kejujuran, awak sendiri tahu siapa saya sebenarnya. sekali saya dikecewa, tak akan saya lupakan segalanya!'

p/s : akak, tak ada insan jujur di dunia ini kan?

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

jujur? erm..kejujuran itu amat sukar di cari...terpulanglah dik pd mereka utk mendustai kepercayaan dan keyakinan kita..selagi kita boleh teruskan impian kita, biarkan dia bersama dusta yg dicipta utk memusnahkan kita..let them happy for that..

Allah bersama insan teraniaya key...

6:58 PM  

Post a Comment

<< Home