Wednesday, March 02, 2005

andai awak tahu

Semuanya telah berlalu. Aku tahu yang berlalu itu tak akan berulang lagi tapi semua yang berlalu itu menghantui kehidupanku. Puas aku memujuk diri untuk tersenyum dan ketawa, kenangan itu muncul juga, di celah celah kegembiraan, ada wajah dia yang jauh memerhatikan aku - itu yang aku rasa. Jiwa terus jadi pilu. Senyum aku matikan disitu.

Berat sungguh dugaan yang datang ini, selama mana pula harus aku tempuhi. Acapkali yang menjengah fikiran adalah suaranya, jelas gelak tawanya mengusik aku di pagihari, sesekali benci sesekali mengangguk kepala setuju dengan setiap butir isi katanya. Yang jelas...kenangan ini sedang menghantui aku.

Puas sudah aku pujuk diri untuk lupakan semua ini, aku tahu, mungkin perlukan sedikit masa tapi sampai bila? Dia pergi di kala harapan yang disemainya sedang bercambah dalam diri aku, semangat juang yang dibisikkan pada aku terkulai layu, hancur segalanya. Tak siapa tahu, antara aku dan dia ada janji. Sebuah janji untuk kami teruskan semangat perjuangan dalam perniagaan. Kami mahu buktikan bukan semua insan muda keras egonya tapi mampu mencipta nama!

"I nak satu hari nanti sebelum usia I 30 tahun, I akan duduk di kerusi empuk dan melihat anak-anak syarikat I berkembang pesat. Hidup kita perlu ada arah tuju, dengannya kita mampu bergerak dengan lebih pantas. I nak U juga ada perancangan, sekali U melangkah jangan lagi berhenti, teruskan langkah...percayalah I yakin dengan kebolehan U. Ingat, tak siapa mampu mengubah nasib kita kecuali diri kita!"

Awak, sebenarnya...saya dah siapkan perancangan lengkap tentang dunia perniagaan yang akan saya kembangkan sebelum usia 30 tahun sebaik saja awak cakapkan tentang perkara itu, saya simpan semuanya kerana rancangnya mahu holiday bersama kan, waktu itu saya plan nak bincangkan ngan awak kerana pengalaman awak lebih luas. Skarang, apa yang mampu saya buat dengan semua ini? Pemergian awak mengejutkan, terlalu mendadak. Hmm...saya mahu jadi tabah sebagaimana yang selalu awak sebut tapi berikan saya sedikit masa untuk terima semua ni.

Kehidupan saya seperti biasa, masih dengan gelak ketawa yang awak suka, tapi ianya kosong bilamana wajah awak muncul tiba-tiba. Akak awak ada sms saya, tak nak saya berduka macam ni, katanya awak juga tak akan suka tapi bagaimana mampu saya menipu diri saya untuk semua ini? Kata akak awak, saya perlu jadi kuat macam awak.......

Syah...(saya tak mahu sebut lagi nama awak!) Orang tak akan merasai apa yang saya rasai, biarpun kita baru mengenali, keikhlasan awak terlalu mendalam, dah puas saya cari dalam diri seorang sahabat selama ini, dan akhirnya saya temui. Awak tahu...saya gembira sangat tapi kegembiraan ini nyatanya sementara. Sebagai orang Islam, saya belajar menerima semuanya. Sesekali bila mendengar bunyi handphone selepas jam 12 tgh malam, jantungsaya bergerak laju.

Ya Allah Ya Tuhanku, berikan aku kekuatan untuk terus menerima ketentuanMu. Tempatkanlah dia di kalangan insan-insan yang beriman. AL FATIHAH.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

adik....dia tahu...dan semestinya dia tahu...hanya tak terluah di mulut...


sis lilsy

3:04 PM  

Post a Comment

<< Home