Thursday, February 17, 2005

metroseksual : aku lelaki itu



DUNIA TELAH BERUBAH .....
Kini telah lahir satu spesies baru. Kaum lelaki telah berubah kepada gaya hidup lebih feminin yang mana tiga dekad lalu dianggap aneh. Perubahan ini bukan secara anatomi tetapi menerusi sikap dan perilaku. Kecenderungan kaum lelaki untuk tampil lebih bergaya dan tubuh badan sempurna semakin mendesak ekoran kehidupan moden hari ini.

Setiap hari, pelbagai perubahan dan pembaharuan dalam dunia fesyen pakaian, produk kecantikan dan teknik rawatan moden untuk kecantikan mendapat tempat di hati lelaki. Pertambahan populasi golongan lelaki muda berkocek tebal menggalakkan lagi penularan trend atau fenomena baru ini. Tidak terlepas, peluang persaingan para usahawan untuk menggiatkan pengeluaran barangan berjenama khusus untuk golongan ini.

Jika dulu wanita memerlukan segala produk kecantikan, kini bagi lelaki dianggap perkara normal. Itulah realitinya, tidak hairan jika muncul istilah man oriented woman, kaum lelaki yang berorientasikan kaum wanita. Spesies baru yang lahir dalam masyarakat kita ini dikenali sebagai “metroseksual”.

Satu istilah baru

Metroseksual! Istilah ini mungkin jarang didengar atau sukar untuk kita memahami pengertian sebenarnya. Walaupun istilah ini masih baru digunakan tetapi masyarakat terutama golongan muda di kota besar menerimanya sebagai trend baru yang lebih menampilkan peribadi seseorang lelaki. Lelaki metroseksual tidak lagi dikategorikan lelaki macho, yang berotot atau gagah perkasa tetapi lelaki yang mementingkan kecantikan dan penampilan diri.

Terdapat lebih daripada 70 definisi untuk menerangkan makna sebenar metroseksual. Istilah ini telah dipilih sebagai Word of the year 2003 oleh American Dialect Society. Secara umumnya, metroseksual adalah istilah yang diambil dari perkataan Yunani iaitu ‘Metropolis’ yang bermaksud ‘ibu kota’ ditambah dengan ‘seksual’ iaitu susuk tubuh lelaki yang digambarkan dengan penampilan dan gaya hidup seperti perempuan.

Dalam beberapa laman web yang membincangkan tentang istilah ini, metroseksual muncul pertama kalinya pada tahun 1994. Istilah ini telah diperkenalkan oleh Mark Simpson, seorang penulis tentang dunia fesyen. Beliau menggambarkan kelompok atau golongan anak muda yang hidup di kota besar; berpendapatan tinggi; sangat menyayangi bahkan cenderung memuja diri sendiri; amat tertarik dengan fesyen dan perawatan tubuh. Mereka memiliki kulit lembut, putih dan mulus, wajah disapu bedak asas, bibir berkilat dengan lip gloss. Tetapi jangan salah sangka, metroseksual bukan mengambarkan lelaki gay atau biseksual. Sama sekali bukan! Mereka adalah lelaki heteroseksual sejati.
Dan mungkin juga mereka lelaki SESUATU.

p/s : petikan dari laman web

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Hye? ermm. i tertarik baca ur post psl metroseksual nie.. maybe u cud gv me some advise?

My bf, well die metroseksual..Die sendiri consider diri die sbg metroseksual. I tak kisahh sebenarnye sbb i pun tau die bkn gay. Tapi betul ke mcm tue?

As i can see.. kawan2 die mostly lelaki. Kwn2 die tue well most of them mmg gay. So diorang selalu ajak die pegi gay party and die ikut je, tp die bgtau kat i la b4 pegi tue.

Kalau in a relationship.. mcmne agaknye lelaki metroseksual ni? Setia tak? I sayang die and tak nak kehilangan dia. Can i trust him? Die ckp die ikhlas couple dgn i so boleh pecaye ke?

1:03 AM  

Post a Comment

<< Home