Sunday, February 13, 2005

kalam buat Syah ....

Pagi tadi aku dapat sms dari ayah Syah - Pakcik Azmi, katanya Shah dalam keadaan merosot. Fikiran aku terus tak menentu, aku siapkan keja apa yang patut, ambik keta terus drive ke Hospital SP dari Penang dah jam 2.30 petang. Sampai je kat sana abang Syah sambut aku terus bawak aku ke bilik Syah.

Mak dan makcik Syah sedang bacakan ayat suci, keadaan Syah tak banyak berubah sejak aku lawat dia dulu. Dia belum sedar lagi, kata akak Syah, pagi tadi dia kritikal, badannya dah mula sejuk, semua dah panik. Alhamdulillah dia kembali stabil. Tapi yang buat aku terkilan, kata akak Syah, doktor tak nak cakap peratusan dia kembali sembuh malah kata doktor Syah dah tak punya harapan untuk kembali hidup seeprti biasa. Hati aku bagai disiat-siat. Syah skarang hanya meneruskan baki nyawa di badannya, tak mungkin lagi dapat aku dengar suara dan gurau sendanya. Cepat sungguh masa berlalu, kuasa Allah - ini yang dikehendakiNya. Ingatan aku terlalu kuat melihat kenangan aku ngan Syah, mana mungkin aku lupa insan yang banyak memberikan aku semangat di kala aku tertekan. Dalam dirinya terlalu kuat semangat. Sebak dalam dada tak dapat nak aku ceritakan : andai sesuatu yang terjadi pada Syah, tak mungkin aku lupa malah ianya akan menghantui kehidupan aku, Syah nak sangat makan malam dengan aku beberapa hari sebelum kemalangan, malah beberapa hari sebelum itu juga dia mula menghantar sms kata kata sayang sedangkan antara aku dengan Syah hanya sahabat karib, segalanya kami kongsi dari cerita peribadi hinggakan perkembangan perniagaan masing masing. Janji lagi, April nanti bakal bercuti di luar negara, katanya dia dah lama sibuk dengan business, nak sangat berehat, luangkan masa bercuti dan aku dah janji akan temankan dia.

Aku bisikkan di telinga Syah, agar dia kembali pulih, selalu ingat pada Allah.

Biar apa pun yang aku lalui tadi, kata kata doktor kuat di telinga aku : Syah tak mungkin kembali, dia hanya menunggu masanya. Aku tak tahu nak berfikir apa, maksudnya sedikit masa lagi Syah akan pergi mengadap Ilahi. Beratnya ujian untuk aku. Sedihnya melihat keadaan Syah tadi. Tak tertanggung penderitaan oleh Syah, itu firasat aku.

Aku bisikkan lagi : Syah, I akan datang lagi, U kena sembuh, ingat Yang Maha Esa. I nak tgk U kembali macam dulu....air mata aku mengalir laju, aku hentikan perbualan seketika. Syah, I balik dulu, Assalammualaikum. Aku lihat di kelopak matanya ada air kemudian menitis mengalir di pipi. Aku tinggalkan Syah.


Apa lagi yang mampu dilakukan hanya sebaris doa buatMu Yang Maha Kuasa.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

apa yg berlaku adalah kehendakNya jua..
moga anda tabah ..jua buat keluarga sahabat anda Syah..


salam kenal..saya suka membaca entry anda..semuanya menyentuh hati

:)

http://lilsy.blogdrive.com

5:48 PM  
Blogger lelaki di dalam cermin said...

Thanks kerana sudi membaca, yang ditulis adalah peristiwa, yang diluahkan dari dalam perasaan, sebagai hambaNya saya akur dengan setiap ketentuan namun seandainya ada harapan, ingin saya kembali melihat semuanya seperti seadanya...

3:52 PM  

Post a Comment

<< Home