Thursday, February 03, 2005

insan SEKERDIL kita

dengan nama Allah Yang Maha Esa


Tak pernah aku drive ke Sungai Petani tapi lantaran hanya hari ini aku punya masa terluang, aku 'membawa diri' dengan penuh tawakal. Nawaitu hanya satu - mahu melihat Syah di Hospital Sungai Petani.

Sampai di perkarangan wad 12, seseorang telah memanggil nama aku. Seorang wanita dalam awal usia 30an, bertudung, aku hampiri wanita itu. Nyatanya dia hanya menduga samada aku adalah teman adiknya...benar - aku teman Syah, aku diperkenalkan dengan ayah dan ibu Syah. Kala itu air mata aku mcm dipaksa paksa keluar, melihat wajah ibu dan ayah Syah, seakan Syah yang menyambut kedatangan aku.

Berbual tentang keadaannya mana mungkin sama bila aku melihat tubuhnya yang terbaring lesu, mata separuh terbuka, bahagian bawah kerongkong ditebuk untuk pernafasan, bahagian telinga yang membengkak, kulit kepala yang punya bekas jahitan...wajahnya bagai berbicara dengan aku menceritakan keperitannya. Kala itu rasa sedih dan simpati memenuhi stiap bahagian hatiku. Air mata lelaki ini bukan lagi berharga. Syah...apa yang mampu aku lakukan?

Terasa diri ini kerdil benar di sisi Allah. Aku genggam tangannya, yang mampu hanya 'bersuara' di sisinya memohon dia cepat sembuh dan janji akan melawat dia lagi. Tangannya bergerak...matanya juga bergerak, sekurang kurangnya aku yakin dia mendengar butir bicara aku. Syah, andai aku mampu kongsi penderitaan ini.....

Perjalanan kembali ke Pulau Pinang membuatkan aku terfikir, segalanya boleh terjadi dengan kehendakNya. Terlalu pantas semuanya berlaku.

Syah, aku akan datang lagi. Cepat sembuh kerana ada janji yang belum dilunaskan. Ya Allah, padaMu aku bermohon, kembalikan Syah pada kami - teman temannya yang setia menanti. AMIN.




1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

kenapa dgn syah? -AzaraiN-

2:48 AM  

Post a Comment

<< Home