Sunday, January 30, 2005

HOMOSEKSUAL ? saya @ awak ?

Hmm..sesuatu yang menarik yang boleh saya kongsi dengan anda semua, sesuatu yang sedang berlaku antara sedar atau tidak, sesuatu yang wujud dalam diri insan yang bernama lelaki. Semuanya SESUATU ... hayati setiap pendedahan atau lebih tepat lagi takrifan

MOHD AZUARDI IBRAHIM http://malaysiakids.4t.com

"Perasaan saya terusik apabila melihat dua pasangan muda yang baru berkahwin berpindah ke kawasan perumahan saya. Tiap-tiap petang mereka akan berdua-duaan di taman, memerhatikan fajar terbenam sambil bergurau mesra. Saya juga ingin mengalami pengalaman yang serupa. Serta merta saya menangis apabila mengenangkan yang saya tidak mungkin dapat menikmatinya kerana saya seorang gay. Dan saya tidak mungkin sesekali melanggar agama saya untuk melakukan hubungan homoseks dengan lelaki lain." Irwan, 19.

Satu hakikat dalam kehidupan manusia ialah : hubungan seksual adalah nikmat yang paling indah di muka bumi ini. Allah telah mengumpamakan nikmat hubungan seksual sebagai satu-satunya nikmat syurga yang diberi kepada manusia yang hidup di dunia.

Ingat, setiap orang dijanjikan ujian oleh Allah SWT. Jika anda merupakan seorang homoseksual, maka sebenarnya Allah SWT menguji anda dengan 'mengambil sementara' peluang untuk anda menikmati hubungan dengan pasangan berlainan jantina. Allah ingin menguji sama ada anda redha dengan ujian ini dan berusaha untuk berubah, atau memilih untuk menyalahkan takdir lalu terus menikmati hubungan seksual dengan cara yang salah dan terkutuk. Allah SWT juga berjanji tidak akan menurunkan sesuatu ujian yang tidak mampu ditanggung oleh seseorang hambanya - atau dengan kata lain tahap ujian itu bergantung pada keupayaan masing-masing dan setiap orang mendapat ujian yang berlainan.

Anda sebenarnya adalah orang yang 'bertuah' kerana terpilih untuk menghadapi ujian ini. Mengapa dikatakan 'bertuah'? Jihad yang paling tinggi martabatnya di dalam Islam ialah jihad mengawal nafsu. Setiap orang, tidak kira sama ada homoseksual atau tidak, wajib menghadapi jihad ini. Apa yang menyebabkan anda 'bertuah' ialah jihad mengawal nafsu anda adalah sukar sedikit berbanding mereka yang normal. Mereka yang normal hanya perlu mengawal nafsu dari berzina, tetapi mereka masih boleh menikmatinya dengan berkahwin sedangkan mereka yang homoseksual bukan sahaja tidak boleh meliwat, malahan tidak boleh berkahwin dengan individu sejantina yang diminati. Malah mereka yang homoseksual juga harus berusaha keras untuk mengubah diri kepada normal - satu cabaran yang pastinya menuntut kesabaran yang tinggi. Ingat: Allah menurunkan ujian ini kepada anda kerana anda lebih tabah berbanding dengan mereka yang bukan homoseksual, serta anda mampu menghadapinya. Allah SWT telah berjanji tidak akan menurunkan sesuatu ujian yang tidak mampu ditanggung oleh seseorang hambanya. Oleh itu, yakinlah bahawa anda boleh! Hati mana yang tidak ingin dicintai. Hati mana yang tidak ingin dikasih dan dibelai? Semua orang mengharapkan keabadian cinta dari seseorang yang istimewa. Hati mana yangg sanggup kehilangan semua keindahan itu? Tiada. Orang lain tidak mampu menanggung ujian yang melibatkan kehilangan nikmat 'syurga dunia' ini, tetapi anda mampu! Jadi JANGAN cuba memikirkan untuk menjalinkan hubungan serius dengan pasangan sejenis dan mejerumuskan diri anda ke lembah kehinaan. Kerana jika anda berjaya menghadapi ujian ini, maka pahalanya ialah sebesar syahid! Jika anda gagal dan terus hanyut, sama seperti ujian-ujian lain, azab serta dosa pasti menanti anda kelak. Maka berusaha untuk berubah dengan beberapa cara serta panduan yang akan dibincangkan sebentar lagi.



Tips kepada bukan Homoseksual

Peranan anda amat penting bagi mengatasi masalah ini. Sekiranya anda didekati oleh golongan gay atau lesbian, jangan cepat melenting atau memarahi mereka. Cuba untuk bercakap dengan elok, berilah sokongan moral agar cuba untuk mengubah diri. Kerana menjadi kelaziman pada setiap manusia untuk menurut cakap orang yang mereka kasihi atau cintai. Cakap dengan baik bahawa anda tidak boleh menjadi teman istimewa mereka, tapi bersedia untuk menjadi sahabat baik yang akan cuba menolong sedaya yang mampu. Nyatakan dengan jelas dan terang bahawa anda bukannya gay atau lesbian. Dengan itu, boleh meredakan perasaan mereka terhadap anda.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home