Friday, November 26, 2004

sebuah kisah

Antara November dan Disember : aku dihanyutkan dengan kesibukan yang teramat amat sangat, sampai keliru tarikh dan masa, sampai terlupa aku punya keluarga, dan juga insan istimewa.
Kadang kadang terasa indah juga begini, terlari lari mengejar masa, antara satu destinasi ke satu destinasi yang lain tapi kepuasan ini mungkin mengecewakan insan insan yang sering aku dampingi. Kasihan juga tapi inilah kehidupan yang aku mahukan, sebuah perjalanan yang aku utamakan adalah diri aku sendiri bukan lagi untuk orang lain.
Aku dah buat keputusan..aku akan hantarkan Taquallah sekeping kad ucapan untuk memohon maaf sekiranya ada keterlanjuran. Itu nawaitu aku, biarpun aku bersalah atau tidak, aku mahu memohon maaf, sebagai orang Islam sebagai hambaNya. Aku tak suka diri aku dibenci, biarlah ini satu pengorbanan yang agak pahit untuk aku telan. Dua hari lalu aku dah beli insuran untuk diri aku sendiri, salah satu penama ialah Taq, sekiranya apa apa terjadi dalam kehidupan aku nanti, seandainya aku pergi dahulu, sekurang kurangnya aku dah pastikan Taq akan memiliki kehidupan yang selesa dengan wang insuran aku, moganya dia tahu menggunakan wang itu sebaik mungkin. Sekarang mungkin tak dapat lagi aku ceritakan pada dia sejauh mana sayangnya aku pada dia, mungkin satu hari nanti setelah aku tiada di sini, dia akan tahu : yang pergi menemui Ilahi itu ialah seorang insan yang menyayanginya lebih dari segala.
Hmm malam ni akan ada ribut taufan dari Filipina...aku nak tido dulu!

1 Comments:

Blogger Summersnail said...

Thats nice of u to buy a policy for someone you really care about. I hope Taq would "memiliki kehidupan yang selesa" and I wish you all the best.

11:59 PM  

Post a Comment

<< Home