Saturday, November 20, 2004

dan sekian lama takdirNya...

Menjengah kembali di sini, aku bagai dilahirkan semula, setelah sekian lama mendiamkan diri dihanyutkan kesibukan seharian tapi jiwa aku di sini.
Syawal yang berlalu bagaikan kosong, yang ada hanya ingatan aku pada mereka yang aku sayang tapi mereka sudah lupa yang mereka disayangi. Syawal ini bagai kosong, sunyi dan sepi tapi pada Ilahi aku tetap bersyukur kerana ada takdirNya yang mahu aku berkongsi segala kegembiraan ini bersama keluarga dan teman teman.
Aku kembali pada nawaitu yang ada dalam diri ini, mahu sayang dan terus menyayangi diri aku sebaik mungkin dari memberikannya pada insan lain kerana aku tahu aku lebih bijak menilai diriku sendiri. Biar sunyi biar sepi aku akan terus pendamkan di hati kerana aku yakin ini yang terbaik.
Aku hadir di sini mengisi ruang yang pastinya kosong dalam sebuah kehidupan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home