Monday, September 20, 2004

BuLan CiNta

September..bulan cinta? Ntah, aku pun tak pasti, yang aku tahu, hubungan aku ngan Iz semakin rapat, stiap hari ada sms dari Iz yang pastinya membuatkan aku tersenyum (Iz banyak mengubat rasa luka di dalam hati aku bila Fid hilang), Fid slalu telefon (aku sayangkan Fid gak, aku tak salahkan dia bila dia hilangkan diri dulu), Nasir mengajar aku tentang sebuah cinta, sebuah perasaan yang datang secara tiba tiba dan hilangnya juga secara tiba tiba, kadangkala aku mahuketawa tapi ada juga rasa sedihnya. Valentine J nak kerja di cruise tahun depan, dia inform aku tanya aku kasi ke tak? Siapa aku nak menghalang perjalanan kerjaya manusia lain cuma aku akan rasa kehilangan, Faz sms smalam, lepas raya dah nak kawin, dia tanya bleh ke dia kawin ngan aku, hehehe, manusia oh manusia.


Aku senyum, aku dianugerahakan ‘kemesraan’ yang terlampau agaknya hinggakan berjaya memiliki semua mereka namun tak pernah terlintas di hatiku untuk mempermainkan perasaan orang lain walaupun perasaan aku sendiri sering dipermainkan, dengan baki usia yang tinggal ini aku mahu rasa kasih dan sayang ini dikongsi dengan seramai mampu mereka yang inginkannya dari aku.
Hari ini aku senyum esok belum tentu, yang pastinya kad raya akan bertambah dengan adanya dorang-dorang ni, hehehe, malam ini bintang boleh menari lagi!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home