Saturday, August 14, 2004

segalanya mungkin ...

Semalam aku di luar Pulau Pinang (sengaja membawa diri). Aku gembira walaupun percutian kali ini agak singkat. Semalam di sebuah negeri hari ini kembali ke Penang (bumi emas). Dah aku pujuk hati untuk melupakan Taq. Mungkin ianya mengambil masa yang agak lama tapi aku tetap mahu lupakannya, bila aku kenangkan HATI manusia tak pernah sama, mungkin selama lima tahun ini kasih aku pada dia 99.9% dan kasih dia pada aku cuma 1% sahaja, tertipu? Aku mungkin tertipu dengan sikap dia, sifat dia. Tapi sepertimana kata Bob, Tuhankan satu. Aku percaya dan aku tidak pernah mendoakan Taq akan mendapat balasan tetapi satu hari nanti aku mahu dia sedar apa yang telah dilaluinya, bagaimana besarnya rasa kasih yang aku berikan selama ini. Usia semuda dia membuatkan dia hanyut. Satu ketika dulu aku fikirkan yang aku telah menemui seseorang yang membuatkan dunia aku berwarna warni nyatanya percaturan aku salah. Kini berita terbaru yang aku dengar, Taq semakin hanyut. Hanya pada Allah aku berdoa (biarpun aku tahu siapa diri aku sebenarnya) semoga dia diberi ruang untuk melihat dirinya sendiri.

Memiliki Fid membuatkan aku lebih berhati hati. Mulanya tiada sayang tapi Fid berusaha sebaik mungkin meyakinkan aku yang dia ikhlas seikhlasnya untuk bersama dengan aku. Suaranya, gayanya menarik aku untuk terus mengenalinya. Hari ke hari aku mula merindui Fid. Namun aku masih dengan prinsipku – penuh hati hati. Tak mahu apa yang terjadi dulu berulang lagi. Sejak kebelakangan ini Fid juga bagaikan menghilang. Aku jadi runsing – apa semua ni? Tak pernah aku mengharapkan dia ada disisiku 24 jam sehari, alasan yang pernah ada, ‘Abang, Fid sibuk sangat sekarang ni.’ Wajahku tersenyum, aku juga sibuk bekerja 25 jam sehari, ke sana ke sini, tapi hati ini masih merindui. Sekeping foto yang diberikan jadi peneman di dalam wallet. Aku menunggu mahu melihat sejauh mana drama ini boleh dipentaskan. Senyum lagi aku.

Iz setiap hari dengan sms. Tanpa henti, setiap perkembangannya aku tahu. Kami tak pernah bertemu tapi aku dapat ‘melihat’ kejujurannya, keikhlasannya, kasih sayangnya yang ada di dalam hatinya untuk aku. Sayangnya, dia punya seseorang yang dekat di hatinya. Aku ‘cemburu’ dari pandangan yang berbeza, mungkin insan itu datang dulu dari aku. Tapi aku bersyukur kerana di hati Iz ada ruang biarpun sedikit untuk aku menumpang sayang.

Tuhanku, aku redha dengan setiap ujianMu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home