Saturday, August 07, 2004

dia telah pergi

Al-Fatihah – mungkin itu aja ungkapan sesuai untuk aku hadiahkan kepada Muhammad Farid, pelajar Tingkatan 4 SMA Dato Kelana Petra Maamor di atas kematiannya setelah dipukul sekumpulan 8 pelajar dari sekolah yang sama.

Subuh ini, air mata aku bergenang, tapi kali ini bukan kerana apa, kerana kecewa melihat betapa murahnya harga sebuah nyawa manusia di tangan manusia lain. Farid dah pergi dan tak mungkin kembali. Yang membunuhnya didapati bersalah tapi di bawah undang undang juvana. Sedihnya…sedangkan mereka semua sudah akil baligh dan pastinya sudah dapat menilai baik buruknya laku dalam kehidupan.

Ayah Farid dan ibunya dapat menerima keputusan mahkamah tapi aku tahu jauh di sudut hati mereka mana mungkin boleh lupa si pembunuh yang mengambil nyawa anak mereka. Aku cuba mencari jawapan, menyelam perasaan mereka yang membunuh : aku mahu tahu apa yang ada di jiwa mereka saat itu : tiada apa yang dapat aku baca.

Tiada ikatan antara aku dan Farid tapi hati ini meronta-ronta bagai mahu kembali ke masa lalu dan menyelamatkan sebuah nyawa.

Farid, aku hanya mampu berdoa – moga rohmu tenteram di sana.
Amin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home