Saturday, August 07, 2004

mimpi pun sama ....

Malam ini aku tak mahu bermimpi lagi ... kerana mimpiku sering saja sama, mimpikan sebuah kebahagiaan, itu yang aku mahukan. Dan aku tahu semua insan di dunia ini mimpikan perkara yang sama dalam kehidupan.

Yang jelas, aku terus bermimpi, di mata insan lain aku sempurna, punya segala dan mereka sering mimpi mahu jadi seperti aku ... hehehe, sering aku ketawa lucu, tampak sangat lakonan aku berjaya : punya sebuah kehidupan impian manusia lain.

Kasih aku ikhlas tapi siapa yang melihat? Siapa yang menghargai? Entah siapa ... di mana salahnya sayang aku ini sering dipandang bersahaja.

Malam ini aku masih sendiri, mengharap kasih sang bulan lagi buat ke sekian kali. Sunyi begini teringat aku pada :

Sal (moganya awak bahagia dengan dia tapi saya tahu awak tak pernah mendapat apa yang awak mahu, banyakkan bersabar sayang, InsyaAllah satu hari nanti segalanya berubah)

Taq (Abang dah berikan segalanya, melebihi dari apa yang sepatutnya, tanggungjawab ini sudah selesai, jika kehidupan itu yang Taq mahukan, terserah ... cuma, percayalah di hati ini mahu melihat sebuah kehidupan yang lebih sempurna buatmu)

Fid (di mana Fid? di mana Fid skarang? Fid datang, berikan abang keyakinan dan buatkan abang tersenyum seketika tapi kini Fid sembunyi. Sesekali Fid kembali dan abang masih menanti, mahu melihat sejauh mana erti sayang yang sering Fid ucapkan)

Iz, terima kasih atas rasa sayang yang dikongsi. Sekurang-kurangnya hati ini gembira. Abang 'lihat' Iz sebenarnya, jauh di hati.

Buat semua insan yang aku sayang, moga kalian lebih berbahagia dari aku.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home