Tuesday, February 22, 2005

dia ... masih di sana



seorang lelaki di dalam cermin ....tempatnya masih di sana, di istana usang itu, masih seorang, menunggu akan datangnya satu waktu, akan hadirnya seorang insan yang benar jujur untuk kembali membina istana, yang lama..yang usang..dan berpenunggu.

Lelaki itu masih terperangkap di dalam cermin, mencari jalan pulang di bawah cahaya terang, langkahnya tanpa arah biar terlukis jalan indah. Namun, dia tak pernah kesal, tak pernah sesal akan sebuah perjalanan lalu, yang berliku itu dijadikan ilmu untuk hari hadapan.

Hidup aku dikelilingi dayang dan hulubalang, sesekali jatuh cinta namun yang kerapnya diziarah rasa kecewa tapi tak pernah ada kata putus dalam jiwa kerana aku tahu cinta itu ada. Yang tinggal hanya usaha untuk mengecapi bahagia.

Pengalaman ini telah banyak mendewasakan, perjalanan yang aku tempuhi menemukan aku dengan insan-insan istimewa : ada yang bahagia, ada yang derita, ada yang eloknya tak terkata namun isi kosong tak bermakna, ada yang cela terpancar di muka namun kaya budi bahasa, ada senyum dalam duka dan ada tangis kerna gembira. Isi manusia tak sama dengan kulitnya. Ahhh...sesekali tak mampu aku nak menilai hakikat kejadian alam yang penuh dengan rahsia.

Setiap hari ada insan aku kenali...semuanya sama, mengukir senyum namun punya maksud tersirat di sebaliknya, faham benar aku. Hmm aku juga bijak mengukir senyum, malah sampai ke telinga, yang cuba mengambil kelebihan ini akan tahu nasib mereka, sudah puas aku mengangguk kepala selama ini, menuruti...mengikuti...menyetujui segala apa yang di kata dan kini masanya aku bukan lagi insan dahulu yang sudah puas berkorban demi kebahagiaan insan yang aku simpan di dalam jiwa.

Jangan salahkan aku andai ada yang kecewa selepas ini, jangan jari ditunding pada lelaki ini andai ada jiwa yang merana tak lama lagi. Bukan dendam namanya, bukan membalas rasanya tapi sekadar mahu melihat sekadar mahu memandang (tapi bukan merasa) bagaimana sebuah hati tersiksa.

Hitam telah lama berada dalam jiwa, hitam telah sebati bertahun jangka hayatnya. Hitam mahu bebas, mahu keluar melihat dunia, biarkan hitam ini dengan caranya...jangan dihalang perjalanan aku sebagaimana aku tak pernah menahan perjalanan insan-insan terdahulu.

Aku senyum. Ahhh mana mampu aku lakukan semua ini, mana bisa aku sakitkan hati insan lain. Mana boleh aku menghukum jiwa yang tak bersalah, itu zalim namanya. Yang tertulis adalah dari hujung mata pena..dari jiwa yang terluka..yang nyatanya adalah aku...yang masih mampu tersenyum melihat insan yang aku sayang jadi milik orang.

'bintang, jangan jemu nyanyikan lagu untukku, kerna hanya kamu yang mengerti semua ini"

Posted by Hello

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

adik..hanya diri kitalah yg dpt membentuk siapa kita, insan lain hanya melihat , dan selepas itu dia akan pergi ..terkadang dia akan berbisik penuh erti pd org lain, dgn harapan lelucon hidup kita menjadi umpat cela mereka semua..usah peduli apa insan lain lihat dan kata...kita adalah kita...cermin yg kita memberi arca hidup kita tak sama dgn org lain..usah kecewa..u do the best..gan-bate!!

sis lilsy

10:20 PM  
Blogger lelaki di dalam cermin said...

akak banyak memberi semangat, akak terlalu memahami, sekiranya semua insan seperti akak dalam dunia ini, percayalah...kita akan tercari cari di mana manusia yang mencemburui, di mana manusia yang membenci, di mana manusia yang berdengki sesama sendiri...terima kasih akak atas semua semangat ini. andai hati ini punya dua, pasti satu adik berikan untuk akak!

10:48 PM  
Anonymous Anonymous said...

jalanilah hidup mu seperti jalinan air...
jika alirannya deras, tahan seboleh mungkin agar kau tidak hanyut didalamnya..
jika alirannya tenang nikmatilah ketenangan tersebut
maka kau akan merasakan hal yang begitu indah...

ina

4:25 PM  

Post a Comment

<< Home