Wednesday, April 27, 2005

kemaafan dendam yang terindah

SEMALAM detik yang paling sukar untuk aku lalui, malas aku mahu terus bercerita, singkatnya, aku difitnah. Buat ke sekian kalinya, aku tetap dengan pendirian aku, berdiam diri dan mendengar apa yang terjadi. Akhirnya kebenaran ini terbukti namun yang aku sesalkan, semua ini datang dari insan yang aku sayang, insan yang aku letakkan dirinya pada satu tahap yang bisa aku jadikan panduan. Bijak benar manusia ini memainkan peranannya hingga aku tidak sedar yang dari detik ke detik aku sedang dipermainkan. Kecewa dalam hati usah dibicarakan lagi, seolah olah aku seperti ditikam bertalu-talu dan diharapkan aku mati seberapa segera.

Semalam aku tampil jelaskan segala kekusutan, belum sempat aku luahkan segalanya, aku diminta berhenti bersuara kerana aku diyakini tidak bersalah, saat itu aku pandang wajah wajah yang berada di ingatan aku, Ya Allah...besar sungguh kebesaranMu membela hambaMu ini, aku diam tanpa aku sedar di pipi ini ada titisan air mata yang mengalir.

Segalanya selesai namun tak mungkin segala kenangan yang tercipta dahulu akan padam begitu saja. Akan aku ingati semua ini sebagai takdir dari Ilahi, aku redha. Sebagai manusia, aku sanggup menggalas semuanya jika ini telah tersurat untuk aku.

Buat awak yang memperdagangkan cerita saya, terima kasih. Saya simpati pada awak, biar apa juga yang awak lakukan pada saya, percayalah...tiada dendam di hati ini. Malah, sehingga Subuh tadi, di dalam doa saya masih punya nama awak. Bertahun lamanya sering awak suarakan yang awak impikan satu kesempurnaan dalam kehidupan dan awak pinta saya supaya terus memberikan awak semangat. Saya tak lupa itu.

Saya tahu kenapa awak lakukan semua ini, semuanya tentang kepentingan diri awak, semata mata mahu mencipta sesuatu dalam kehidupan awak kan? Pesan saya, jangan awak lupa...dalam diam awak sebenarnya sedang memasang perangkap untuk diri awak sendiri. Awak sedar dengan apa yang awak lakukan tapi awak masih dengan ego awak.

Saat semalam terlalu pedih untuk saya. Saya bangga sampai saat akhir semalam saya masih memegang segala janji yang pernah kita cipta kerana menghormati kehidupan awak. Beringatlah, kita tak selamanya berada di atas, akan datang satu hari awak akan merasai kekecewaan sepertimana yang saya rasakan, saat itu saya harap awak akan sedar dengan segala perbuatan yang awak ciptakan.

Saya maafkan segala yang awak lakukan, kemaafan ini adalah dendam yang paling indah. Semalam saya mengutip kembali serpihan jiwa saya yang pecah berderai. Hari ini hati saya kembali sempurna. Jangan awak datang kembali setelah awak pergi.

Abang Andy, Abang Rahmat, Bob ..... terima kasih atas perhatian kalian semua pada saya.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

nasib kite same........

2:47 PM  

Post a Comment

<< Home