Thursday, May 12, 2005

teringat-ingat



sebuah kenangan yang tertinggal ... aku yakin aku tak akan dapat kembali ke tempat itu, ke Rumah Melaka yang banyak menyimpan kenangan aku satu ketika dulu. di situ banyak cerita suka duka semasa aku hidup sebagai anak seni yang jatuh cinta pada warisan budaya, sayangnya mimpi aku di situ tidak lama, mungkin telah tertulis jalan kehidupan aku di situ yang hanya sempat merasai segala kenangan untuk seketika cuma. namun aku sedar juga rahmat aku di situ, dari sana aku banyak belajar tentang selok belok pengurusan sehinggalah aku berjaya memiliki kerjaya idamanku sekarang ini. dengan sekeping kertas membuktikan ilmu di dada dan segunung pengalaman, akhirnya aku dapat juga manfaatkan perjuangan aku selama ini.

RUMAH MELAKA .. itulah rumah idaman aku sebenarnya, di depan rumah itu ada ruang yang luas, hampir setiap petang sebelum aku bawa pelancong 'jalan jalan' aku akan lepak ngan bebudak dancers kat laman rumah, makan makan, sembang sembang, main gasing, batik painting, sumpit buluh, main muzik, memacam lagik! Skarang ni semua dah bawak diri...Am, Bob, Pie, Sunabi, Abang Lutang, Yong, Faizul, E-In, Kak Moy, Kak Rat, Kak Igus, Laila, Eton, Ella, Peter hmm ramai lagi, ada yang masih contact dan ada yang dah lost! Rindunya kat korang!

Hmm...ok lah, aku kat KL skarang ni, nak balik Penang jap lagi, datang sini pagi tadi semata-mata wat presentation kat Cititel Mid Valley, InsyaAllah back to KL untuk show July karang! Adios.

1 Comments:

Blogger i'm mr. y2020 said...

EeEeE! marah ni! sampai KL x nak jumpe Leo pon... x pe la... org x sudi... sedih ah cam ni... *nagis*

4:20 PM  

Post a Comment

<< Home