Sunday, May 08, 2005

MUNGKIN nanti

Dan mungkin bila nanti
Kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan
Kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin
Saat semua di sini

Sesekali aku jadi bingung, memaksa diri aku jadi kurang siuman. Aku sedar aku tidak bermimpi, biarpun di malam hari, walau aku berbaring di kamar, melihat betapa gelapnya malam, aku masih sedar yang aku belum terlena. Apatah lagi untuk bermimpi. Penatnya aku untuk terus belajar dan menerima segala apa yang diperlakukan manusia lain pada aku, puas sudah memahami insan insan lain sehinggakan sesekali aku terasa bagai mahu menjadi orang gila : walau hanya untuk seketika.

Sampai bila aku perlu menundukkan kepala (tanda tidak setuju). Sampai bila aku harus menghormati dan menjaga perasaan insan lain? Aku memberi bukan untuk menerimanya kembali. Sekurang-kurangnya belajarlah menghargai.

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi .... jangan kau rindui diri aku yang sebenarnya kerana ia mungkin tiada lagi di sini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home