Saturday, May 14, 2005

malam & macam-macam

Aku ngak bisa melelapkan mata, terasa bagai ada pemberat yang hidup di sekeliling mata ini, yang mahu aku membuka mata aku sebesar-besarnya menemani malam hingga matahari menjelma. Esok, jadual agak padat, awal pagi lagi aku perlu temani si Aton untuk set costume bagi persembahan petang nanti tapi jam begini aku masih belum ngantuk jadi gimana aku mahu bobok? Ntahlah, yang nyatanya kepala aku sedang sakit sekarang ni, bagai mahu pecah! Mungkin terlalu banyak makan durian petang tadi hehehe mungkin juga, seharusnya semua tahu yang aku sukakan durian tambahan pula jika kepala ini pusing memikirkan masalah, aku suka makan makan makan dan makan!

Bosannya, tak berteman. Jika selepas ini mata ini masih degil, aku mahu nonton aja VCD yang banyak ku beli tapi belum punya masa untuk menyaksikan.

Actually tengah pening ngan masalah, aku ni bermasalah ... masalah aku pulak selalunya berpunca bila orang menimbulkan masalah hehehe tambah lak tadi uncle aku kat Germany antar sms : menuntut janji! Dua tahun lalu aku cakap aku akan ke Germany untuk tamatkan ijazah, itu yang uncle nak lagipun uncle tak der anak laki, nak sangat dia aku stay kat sana tapi aku berat hati nak tinggalkan bumi tercinta ni. So smalam dapat sms, kata uncle aku bleh stay ngan dia n family atau dia belikan aku umah asing, semua perbelanjaan pengajian dia tanggung dan keta pun dia nak kasi, nampak sangat nak aku ke sana, hati aku tak nak tak nak tak nak (cam kempen anti-merokok tu!) Yang buat aku ter'feeling' skit bila uncle cakap hujung tahun ni uncle akan menjalani pembedahan pintasan jantung apa ntah, peluang idup 50-50 hmm yer ke? So dia nak sangat tgk aku study kat sini, stay ngan dia, tolong tgk-tgk kan dia! Kat sini adik nak SPM, sorang lagi tgh nunggu jawapan IPT, hmm mak ayah? Alahai...tak sanggup aku, idup skali je, nak berjauhan rasa tak sampai hati plak. Macam mana nak buat ntah, last last aku jadi gila!

Hmm cuti udah aku ambil untuk ke Terengganu tapi nampaknya perancangan itu mungkin tak akan jadi kenyataan jadi aku nak ke mana? Mungkin mahu ke Kelantan (dah lama aku plan) atau ke Melaka (tak sabar nak jumpa Mir) atau ke Johor (negeri kelahiran Zerof) hmm banyaknya pilihan! Tapi kalau aku ke Cameron Highlands Pahang (di sana cinta bermula) ok gak kan! Genting Highlands? Hmm agaknya kalau Kota Keriangan itu boleh bercakap sure dia dah bosan tengok aku! Yang paling penting, aku nak drive! Lagipun cuti seminggu, inilah masa aku nak gunakan sebaik mungkin!

Hidup ni tak semudah yang di sangka kan? Orang bleh pandang apa saja pada diri kita tapi yang melaluinya? Hmm inilah masalahnya...kalau la aku ada power yang paling kuat, aku nak satu je : alat yang bleh kawal hati manusia, aku nak control semua hati manusia kat muka bumi ini supaya belajar menerima ketentuan kehidupan, belajar menghormati perasaan insan lain dan sentiasa berhati mulia hehehehe bleh ker?

Teringat aku plak kat dialog ni.......
'betul awak mencintai saya?'
'serius'
'apapun yang terjadi'
'janji'

Untuk semua manusia-manusia yang membaca blog ini (hehehe) jangan la cepat percayakan pada kata-kata manusia, selagi belum dapat memiliki yang dihajati, segalanya manis belaka! (yang pernah terkena tu tahu la kan betapa azabz nya bila janji dimungkiri) dan bagi mereka yang 'senang-senang' membuat janji dan mencuri hati orang lain tu, sendiri mau ingat la kan : langit tak selalu cerah...

Oh ya...masih cerita pasal MENGEJAR MATAHARI .... ini lirik lagu tema movie tu (korang jangan tak nonton, rugi siot!)

Di sini ada satu kisah
Cerita tentang anak manusia
Menantang hidup bersama
Mencoba menggali makna cinta
Tetes air mata...
Mengalir di sela derai tawa
Selamanya kita...
Tak akan berhenti mengejar...
Matahari
Tajamnya pisau takkan sanggup
Koyakkan cinta antara kita
Menembus ruang dan waktu
Menyatu di dalam jiwaku

p/s : semua hal yang berlalu itu, antara manis dan pahit : telah pun aku lewati dengan ketabahan.

1 Comments:

Blogger i'm mr. y2020 said...

x kira apa terjadi nak ikut gaks! nak abihkan masa seminggu bersama... ahhaks! x kasi x pe le... :~( eh... mengejar matahari? kenapa tak mengejar pelangi? Leo ada belakon sekali dlm drama tuh... :P

11:55 AM  

Post a Comment

<< Home