Saturday, May 28, 2005

apa lagi ?

Aku rasa bagai dah bosan ngan kehidupan kawan-kawan, rasanya belum lagi aku berjumpa dengan manusia jujur yang menghargai keikhlasan dalam persahabatan ataupun perhubungan. Semuanya punya agenda sendiri dalam apa yang mereka lakukan, mujurlah Tuhan itu memberikan aku kesabaran yang tiada hadnya (sampai saat ini dan moganya anugerah ini terus menjadi milik aku). Sesekali bila mana tindakan aku sedikit tersasar, ramai yang menegur, itulah inilah tapi mereka lupa aku jadi begini, menyimpang dari sifat dan sikap asal aku kerana mereka : dah muak hati ini bersandiwara semata-mata kerana menghargai setiap diri yang wujud dalam diri aku!

Tuhan, mahu saja aku ikut hati aku bawa diri melihat alam yang aku tahu lebih luas jika aku terus menerokanya tanpa sempadan. Aku mahu berbicara dengan alam yang aku terlalu kecewa dengan semua yang ada di sekelilingku saat ini. Apa lagi yang mereka mahukan dari aku sedangkan mereka tahu yang mereka telah miliki segalanya dari insan ini.

Teringat lagi aku pada Milan. Jauh di Australia namun panggilan telefon, email, sms tak pernah putus sejak kami kenal. Katanya aku adalah 'malaikat' yang dikurniakan Tuhan padanya sedangkan aku merasakan dialah 'malaikat' aku! Mungkin ini rahmatnya berjauhan, perhubungan persahabatan itu lebih dekat barangkali .....

Sabtu .... tak seperti selalu!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home