Thursday, June 02, 2005

ABANG AK



abang ak
- sebut je nama tu kat Penang ni, ramai yang kenal dia sebagai antara Artis Budaya yang sering menjayakan persembahan kebudayaan. Abang Ak memegang jawatan tetap di Bank Simpanan Nasional. Hmm bukan cerita kerjaya yang mahu aku kongsi kat sini tapi cerita peribadi Abang Ak...pssst, bleh ker citer pasal orang kat sini? Hehehe, no hal coz citer ni citer istimewa, citer Abang Ak dan dunianya : yang aku kagumi.

Abang Ak punya pakej yang lengkap bagi aku : ketampanan, budi bahasa, sopan, tinggi, tegap, berkerjaya, sosial terbatas dan memacam lagi. Semua orang sukakan Abang Ak, tanyalah sesapa saja yang mengenali Abang Ak, semuanya pasti akan tersenyum dan tidak malu mengakui Abang Ak tu sedara dorang! Sapa je bila bercakap ngan Abang Ak, sure tangkap leleh. Aku melihat Abang Ak sebagai manusia dari alam lain (aku penah cakap kat dia) Yang senantiasa ada dalam jiwa dia semuanya yang positif belaka, tak pernah nak marah pun walaupun memacam yang orang lakukan pada Abang Ak, senyuman ni jangan cakap la..sentiasa ada kat wajah dia. Sifat murah hati kekadang aku rasa macam tak kena tempat, sesapa saja senang senang je dia tolong, duit ringgit ni kalau dikumpul atas 'label' menolong orang dan belanja makan, jangan dihitung! Tapi aku kecewa sangat ramai yang mengambil kesempatan dan Abang Ak tahu semua ni, bila aku suarakan, katanya 'biarlah, itukan rezeki dorang.' Hmmm apa lagi yang nak aku cakap? PELIK. Aku kekadang jadi tak bleh terima sifat Abang Ak ni, jadi macam tak percaya : betul ke ada manusia macam ni? Hmm sampaikan satu tahap aku jadi bingung (betul) seakan tak bleh terima kenyataan yang ada manusia cam ni kat mukabumi. Pernah terdetik aku cari kekurangan Abang Ak...yang jumpa adalah kelebihan dan kekurangannya plak tak ada bersangkutpaut ngan manusia di sekeliling dia!

Tadi pas makan ngan Abang Ak, dia kasi 2 keping cd - lagu lagu terkini, dia beli minggu lepas. Best gak aku layan cd dalam keta. Aku sms Abang Ak tadi say thanks atas cd tu. CD ni akan senantiasa ada dalam keta aku. Akan terus ada kerana ia pemberian insan istimewa. Abang Ak ada kasi 2 ekor katak gak - sepasang! (soft toys) Dia tahu aku buat collection KATAK. Aku simpan dalam keta gak.

Citer Abang Ak tak akan habis kat sini kerana aku simpan dalam hati...sib baik tak der akak, kalau tak dah lama aku 'kawinkan' akak aku ngan Abang Ak, hehehe!!!

p/s : syukur aku padamu Allah ditemukan dengan Abang Ak -antara insan yang aku hormati.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Nampaknya semakin lama kita "manusia"..semakin susah untuk mencari "manusia" yang tak kisah dirinya diambil kesempatan diatas kebaikkan dirinya....semoga allah saja yg yg dpt membalas kebaikkannya terhadap manusia lain

10:48 AM  

Post a Comment

<< Home