Sunday, May 29, 2005

lelaki yang bernama MILAN ACOSTA



MILAN ACOSTA - itulah dia - seorang insan seorang teman yang jauh kali di mata aku tapi dekat kali di hati ini. kami punya kisah kehidupan yang sama - kecewa kerana dikecewakan. kami juga kami punya pegangan yang sama - life is too short to be sad (sebenarnya kami berpura-pura) namun, aku sayangkan ikatan antara kami. Milan seorang lelaki mix antara asia dan barat. satu yang paling membezakan ikatan persahabatan asia dan barat ialah Milan lebih terbuka meluahkan betapa dia menyayangi aku sebagai sahabatnya, sering aku terima sms, phone call, email (setiap hari), surat dan gift dari Milan, lebih-lebih lagi bila dia melancong (dia gemarkan mengembara seperti aku juga) sebagai lambang yang aku sentiasa dalam ingatannya. Aku tak pernah punya sahabat jauh sebegini : istimewa...terlalu istimewa! Setiap kata-katanya penuh dengan semangat positif jadinya bila Milan sedang menghadapi masalah ketika ini, aku bagai mahu terbang untuk duduk disisinya mendengar setiap rasa hati namun apakan daya ....

Zaini, U are one of my closest friend and U have been the greatest friend. Can U be the great friend to Ello like U have been to me? I will be secure and happy if knowing that U and Ello is a great friend. I knew that there are times that Ello is lonely at night, I wanna be there but I cant.

Hmm macam mana aku nak buat ni bila dapat sms dari Milan kemarin, bingung lak aku. Milan and Ello is a great couple tapi dorang dipisahkan oleh pegangan agama yang berbeza, sorang di Sydney Australia, sorang lagi di Bali Indonesia. Milan baik, Ello pun baik, aku kenal dua-dua tapi aku lebih rapat ngan Milan. Dorang dah declare nothing between them tapi dari Milan aku tahu dia sayangkan Ello giler baban (Cikgu Kimin tak kasi aku sebut 'gila ......') tapi dia dah puas usaha sampaikan skarang dia cakap ngan aku yang dia tak nak fikirkan apa lagi tentang cinta. Hmm tapi aku tahu dia tu lelaki yang penuh ngan cinta dan aku tahu dia tu ada Ello sorang jer, setia habis mamat tu! Ello plak sayangkan Milan tapi aku sendiri tak paham apsal dia tak nak teruskan hubungan ni! Bila Milan dah slow, tak layan sangat, dia plak yang antar sms kat aku cakap rindukan Milan...ni la kes jual mahal. Ingat HATI & PERASAAN ni cam bola ke? Aku tak tahu nak buat cam ner, yang aku nampak skarang Milan pun dah sibuk ngan business dia dalam bidang grafic design so aku harap dia dapat lupakan kepedihan dia secepat mungkin. Aku tahu dia masih rindukan segala kenangan idup dia ngan Ello tapi aku juga yakin dia mampu melalui semua ni.

p/s : aku kemas bilik dari pagi sampai petang! hmm bleh masuk Rekod Malaysia ni...tukar warna bilik ke biru merah kuning ikut ruang katil, ruang almari baju & ruang aku lepak! Tukar semua kedudukan perabot, ganti langsir ngan bidai buluh, hisshh memacam lagik! Hehehe malam karang tido bilik baru, yes yes yes !!!

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Q trash!

12:02 PM  

Post a Comment

<< Home