Friday, June 03, 2005

namanya BOZO

Semalam aku ke studio, stay kat rumah pun tak der menda nak buat, actually ada janji nak jumpa satu mamat ni nak order tshirt, tag, sampul surat n banner produksi tapi dia bz plak last minute cancel so aku dah bored trus drive gi studio lepak ngan bebudak dancers tengok dorang training untuk show Proton 8hb ni. Sedang asik tengok rakaman persembahan show Petronas, member aku tepon cakap Bozo dah meninggal dunia! HITAM. Aku teringatkan arwah Syah.

Namanya BOZO. Usianya tahun ni masuk 26 tahun, orangnya tinggi lampai lebih kurang aku 180cm, berkulit hitam manis, berbadan tegap, berpakaian trendy pendek kata kacak bergaya, idaman perempuan la! Kenapa namanya Bozo? Kerana dia sering membuatkan orang ketawa dengan sikapnya yang peramah dan mudah mesra. Aku kenal ngan dia pun skadar gitu-gitu je. Setahun lalu dia diberitahu yang dia menghidap kanser tulang, sejak itu badannya susut mendadak, enam bulan kemudiannya dia diberitahu pula yang jangka hayat hidupnya tak lama. Namun, satu yang buatkan aku sedih dengan pemergian dia ialah sampai ke akhir hayat dia kemarin dia masih menjadi 'dirinya'. Berbual seperti biasa berselang lawak jenaka yang tak putus dari bibirnya sehinggakan tiada seorang pun ahli keluarganya menjangkakan yang dia akan pergi dalam waktu terdekat ini. Semalam, terlibat sekujur tubuh lesu, pucat, tak lagi bermaya. Akaknya tak henti henti nangis. Dah tiba saatnya untuk dia menemui Maha Pencipta.

Al-Fatihah untuk Bozo. (Aku rindu pada arwah Syah)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home