Sunday, June 05, 2005

email MEDIA HIBURAN

Semalam aku bingung, letih menjawab phone call kengkawan dan jari ni letih sms (nasib baik aku forward je sms), akhirnya balasan email dari Editor Media Hiburan melegakan aku! Alhamdulillah, akhirnya!

A'kum...

Saya Intan Zabidin editor kepada Media Hiburan. Apabila saya membaca email dari pihak tuan ini, saya juga berasa dukacita apa yang telah berlaku. Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak tuan kerana menghantar email dan menerangkan kedudukan sebenar.

Perkara ini, akan saya siasat kepada pengelola ruangan Tanya Media dan saya juga berusaha untuk memperketatkan lagi langkah-langkah keselamatan agar tidak lagi berlaku perkara ini. Jika saya sudah mendapat jawapannya nanti, saya akan menghubungi pihak tuan kembali.

Jika tidak menjadi halangan bolehlah...tuan hantarkan MH bilangan berapa ketika gambar itu disiarkan. Ini memudahkan lagi tugas kami untuk mencari Media Hiburan keluaran tersebut..

Intan Zabidin
(Editor Media Hiburan)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home