Sunday, June 05, 2005

terima kasih kerana MENDAJALKAN aku ...

Semalam, aku dapat call dari Seelan, dia cakap photo aku keluar majalah Media Hiburan. What? My photo? Hehehe aku gelak je, aku cakap dia mayb salah orang! Tak pernah dalam idup aku ada keinginan nak antar my photo kat magazine, hmm sorry to say cam CHEAP je aku rasa, cukup la aku bergelumang glamour slama ni (in my own way). Tapi dia iya-iya yakinkan aku so ambik kunci keta trus pecut ke kedai kat town lak tu coz dah lewat malam, bayar je duit magazine tu badan aku tetiba kuar peluh cam giler! Hmm thats me! In magazine! Oh My GOD....nampak sangat la aku kena dajal, siap nama apa ntah pas tu asal bukan dari Penang! Yang bestnya, photo orang lain kat situ semua ada alamat lengkap tapi kat photo aku tak der apa pun alamat. Aku yakin ini keja member aku gak la tapi malas nak ambik pusing coz sapa yang buat keja ni sendiri mau ingat la, one day masa dia akan tiba gak! And my hp start ringing! SMS jangan cakap la sampai aku buat satu SMS pas tu ada je member yang tanya aku reply jer ngan SMS ni .....

UNTUK SEMUA TEMAN-TEMAN YANG MEMBACA MH, DENGAN NAMA ALLAH SAYA BERSUMPAH TIDAK PERNAH MENGHANTAR FOTO KE RUANGAN TERSEBUT.

Aku online net trus antar email ke Editor, Penolong Editor n Pengelola ruangan tu!

Assalammualaikum.

Buat mereka yang berkenaan! (Editor/Penolong Editor/Pengelola Tanya Media)

Saya, XXXXX dari PULAU PINANG ingin memaklumkan bahawa gambar yang tersiar di ruangan XXXXX adalah milik saya dan ingin saya tegaskan di sini bahawa saya TIDAK pernah sama sekali menghantar sebarang foto milik saya ke mana mana ruangan di mana mana majalah untuk disiarkan. Saya percaya ini adalah perbuatan pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab samada untuk tujuan suka suka.

Untuk pengetahuan anda, saya juga berada di aliran seni persembahan sebagai Event Executive di produksi XXXXX di mana antara tanggungjawab saya adalah untuk mengurus serta memasarkan kumpulan kebudayaan XXXXX yang beroperasi di Pulau Pinang. Dengan apa yang berlaku setelah tersiarnya foto saya di ruangan ini, ianya telah sedikit sebanyak membawa satu gambaran yang kurang menyenangkan terhadap diri saya sendiri, kumpulan kelolaan saya serta imej produksi saya. Sejak majalah Media Hiburan (yang mengandungi foto saya) berada di pasaran, saya telah menerima banyak panggilan dari teman-teman dan juga client produksi yang bertanyakan hal ini. Dengan skop pekerjaan yang melibatkan pelbagai lapisan pelanggan, saya merasa agak tertekan dengan semua persoalan ini. Sesungguhnya, secara peribadi semua ini kurang menyenangkan dan mengganggu kehidupan saya.

Saya amat berharap agar (Editor/Penolong Editor/Pengelola) dapat mengetatkan sedikit syarat-syarat penyertaan peminat di ruangan Tanya Media seperti penyertaan salinan kad pengenalan, number kad pengenalan, menyiarkan alamat lengkap (sila ambil perhatian di bawah foto saya tidak tertulis sebarang alamat peminat), ruangan akuan dan tandatangan dan membuat panggilan kepada peminat tersebut sebelum menyiarkan penyertaan mereka di majalah.

Saya memohon agar KENYATAAN / PEMBETULAN ini dapat disiarkan di majalah Media Hiburan di dalam terbitan berikutnya secepat mungkin bagi tujuan membetulkan keadaan.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

XXXXX

untuk perhatian editor/penolong editor/pengelola
Talian H/P : XXXXX

(sila hubungi saya secepat mungkin sebaik saja pihak anda menerima email ini, saya amat berharap agar pihak anda memahami situasi saya ketika ini)

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

askumm....
sabarlaa zac....camniela manusiaa..kadang2 kita x sedar ada org memerhatikan kita..samada dalam pandangan disukai atau dibenci...kalau disukai kita akan tumpang gembira bersama kalau dibenci beginilaa jadinya..selalunya orang camnie ada penyakit hasad...
sabarla orang sekaran penuh dengan sikap "baling batu sembunyi tangan"...pernah jugak merasai camnie tapi tidak la sampai seteruk nie...sampai 1 malaya dah tahu..

riezal

11:58 AM  

Post a Comment

<< Home