Monday, January 31, 2005

lirik

Sayu ku terdengar suaramu
Memanggilku sedar dari lena
Mimpi yang terindah bersamamu
Umpama tiada ungkapan perpisahan

Mungkin harapan yang telah terbina
Seakan pudar warnanya
Saat sekian lamanya
Bila kau ucapkan
Air mata ini membasahi pipi

Mampukah ku alunkan semua tawamu
Menjadi memori menemani diriku
Dapatkah kita memahami jalanan suci
Apakah ertinya kasih sayang ini

Berikanlah masa untuk difikirkan
Apa yang terbaik untuk meneruskan
Percintaan ini yang terpendam di jiwa
Dikaulah kejora yang menerangi hatiku
Kala sepi

Termenungku sendiri
Maafkanlah sekiranya
Kesilapanku yang dulu menyentuh kalbumu

Kenanglah memori bahagia
Kau dan aku saling berpimpin tangan
Mengukir senyuman saling merasa
Dan merindu bila bertemu


Tetiba je hati rasa sayu dengar ungkapan lirik lagu ni, hmm hampeh la plak rasanya sayu mayu ni, dah maleh nak sedih sedih lagik dah tambahan lak orang sedang hepi hepi tapi sebagai manusia biasa aku kena la terima ini adalah perasaan, kalau tak ada rasa hepi ke sedih ke dalam diri bukan namanya manusia lagi dah. Tapi idup ni terasa dah jauh berubah dari beberapa peringkat yang lalu, mungkin pasal dah semakin matang, aku dah kurang pikirkan tentang relation, yang aku nampak skarang ni nak jayakan diri aku dulu : masa depan. Itu yang paling penting. Harapnya 2005 ini menjadikan impian selama ini sebagai kenyataan.

Hari ni hari yang benar benar hari, seawal jam 8 pagi aku dah terpacak kat Tourism Malaysia untuk urusan show bulan depan, pas tu ke Tourism Penang plak pas tu ke Kewangan Negeri plak, fuhh…kalah Le Tour De Langkawi ni tapi ada perubahan skit la kat pegawai kaunter, cam terlebih sopan, agaknya dorang ni sambut saranan Pak Lah yang mahukan kakitangan kerajaan lebih beretika terutamanya bila berhadapan ngan pelanggan, hmm ada kemajuan dan harapnya berterusan. Abis je urusan kat KOMTAR aku ke Telekom Malaysia buat bayaran untuk telephone ngan streamyx..hmmm melayang gak RM600 pas tu ke BSN lak masuk saving hmm RM300. Singgah kedai perabot beli rak buku, apek tu cakap petang karang nak antar kat umah, hehehe dia kotakan janjinya, aku apa lagik terus la siapkan bilik baru aku ngan rak buku baru! Hehehe puas rasanya tapi aku terpaksa korbankan single sofa aku tu…ruang tak cukup so aku transfer je ke bilik sebelah lagipun bilik sebelah kosong! Saat ini kalau aku jadik anak orang kaya kan ke best…berangan je la nampaknya sampai tua. Hmm tapi syukur gak kerana impian aku nak ke nak ke nak ke hmm nanti la aku cakap…akan terlaksana sedikit masa lagi…dengan izinNYA.

Sunday, January 30, 2005

HOMOSEKSUAL ? saya @ awak ?

Hmm..sesuatu yang menarik yang boleh saya kongsi dengan anda semua, sesuatu yang sedang berlaku antara sedar atau tidak, sesuatu yang wujud dalam diri insan yang bernama lelaki. Semuanya SESUATU ... hayati setiap pendedahan atau lebih tepat lagi takrifan

MOHD AZUARDI IBRAHIM http://malaysiakids.4t.com

"Perasaan saya terusik apabila melihat dua pasangan muda yang baru berkahwin berpindah ke kawasan perumahan saya. Tiap-tiap petang mereka akan berdua-duaan di taman, memerhatikan fajar terbenam sambil bergurau mesra. Saya juga ingin mengalami pengalaman yang serupa. Serta merta saya menangis apabila mengenangkan yang saya tidak mungkin dapat menikmatinya kerana saya seorang gay. Dan saya tidak mungkin sesekali melanggar agama saya untuk melakukan hubungan homoseks dengan lelaki lain." Irwan, 19.

Satu hakikat dalam kehidupan manusia ialah : hubungan seksual adalah nikmat yang paling indah di muka bumi ini. Allah telah mengumpamakan nikmat hubungan seksual sebagai satu-satunya nikmat syurga yang diberi kepada manusia yang hidup di dunia.

Ingat, setiap orang dijanjikan ujian oleh Allah SWT. Jika anda merupakan seorang homoseksual, maka sebenarnya Allah SWT menguji anda dengan 'mengambil sementara' peluang untuk anda menikmati hubungan dengan pasangan berlainan jantina. Allah ingin menguji sama ada anda redha dengan ujian ini dan berusaha untuk berubah, atau memilih untuk menyalahkan takdir lalu terus menikmati hubungan seksual dengan cara yang salah dan terkutuk. Allah SWT juga berjanji tidak akan menurunkan sesuatu ujian yang tidak mampu ditanggung oleh seseorang hambanya - atau dengan kata lain tahap ujian itu bergantung pada keupayaan masing-masing dan setiap orang mendapat ujian yang berlainan.

Anda sebenarnya adalah orang yang 'bertuah' kerana terpilih untuk menghadapi ujian ini. Mengapa dikatakan 'bertuah'? Jihad yang paling tinggi martabatnya di dalam Islam ialah jihad mengawal nafsu. Setiap orang, tidak kira sama ada homoseksual atau tidak, wajib menghadapi jihad ini. Apa yang menyebabkan anda 'bertuah' ialah jihad mengawal nafsu anda adalah sukar sedikit berbanding mereka yang normal. Mereka yang normal hanya perlu mengawal nafsu dari berzina, tetapi mereka masih boleh menikmatinya dengan berkahwin sedangkan mereka yang homoseksual bukan sahaja tidak boleh meliwat, malahan tidak boleh berkahwin dengan individu sejantina yang diminati. Malah mereka yang homoseksual juga harus berusaha keras untuk mengubah diri kepada normal - satu cabaran yang pastinya menuntut kesabaran yang tinggi. Ingat: Allah menurunkan ujian ini kepada anda kerana anda lebih tabah berbanding dengan mereka yang bukan homoseksual, serta anda mampu menghadapinya. Allah SWT telah berjanji tidak akan menurunkan sesuatu ujian yang tidak mampu ditanggung oleh seseorang hambanya. Oleh itu, yakinlah bahawa anda boleh! Hati mana yang tidak ingin dicintai. Hati mana yang tidak ingin dikasih dan dibelai? Semua orang mengharapkan keabadian cinta dari seseorang yang istimewa. Hati mana yangg sanggup kehilangan semua keindahan itu? Tiada. Orang lain tidak mampu menanggung ujian yang melibatkan kehilangan nikmat 'syurga dunia' ini, tetapi anda mampu! Jadi JANGAN cuba memikirkan untuk menjalinkan hubungan serius dengan pasangan sejenis dan mejerumuskan diri anda ke lembah kehinaan. Kerana jika anda berjaya menghadapi ujian ini, maka pahalanya ialah sebesar syahid! Jika anda gagal dan terus hanyut, sama seperti ujian-ujian lain, azab serta dosa pasti menanti anda kelak. Maka berusaha untuk berubah dengan beberapa cara serta panduan yang akan dibincangkan sebentar lagi.



Tips kepada bukan Homoseksual

Peranan anda amat penting bagi mengatasi masalah ini. Sekiranya anda didekati oleh golongan gay atau lesbian, jangan cepat melenting atau memarahi mereka. Cuba untuk bercakap dengan elok, berilah sokongan moral agar cuba untuk mengubah diri. Kerana menjadi kelaziman pada setiap manusia untuk menurut cakap orang yang mereka kasihi atau cintai. Cakap dengan baik bahawa anda tidak boleh menjadi teman istimewa mereka, tapi bersedia untuk menjadi sahabat baik yang akan cuba menolong sedaya yang mampu. Nyatakan dengan jelas dan terang bahawa anda bukannya gay atau lesbian. Dengan itu, boleh meredakan perasaan mereka terhadap anda.

Juliari Yunus & aku ....

Dia terselamat. Lebih sebulan yang lalu, dia merantau meninggalkan keluarga di Lamno ke Banda Acheh untuk bekerja sebagai pembuat perabot. Pemergiannya yang direstui keluarga itu rupa-rupanya adalah sebuah perpisahan yang panjang, untuk selamanya, dalam dirinya hanya ada niat untuk bekerja membantu kehidupan keluarganya yang penuh kemiskinan. Bayangkan, dalam sekelip mata, segala yang kita sayangi musnah begitu sahaja. Katanya lagi, ini bukan alasan kepada penyesalan sebaliknya dia hanya mahu mengambil masa untuk menenangkan fikiran dan akan terus mencari rezeki sebagaimana yang telah dijanjikan dahulu pada keluarganya. Air mata aku seakan murah. Bertakung dan mengalir perlahan sepertimana lesunya aku melihat kehidupan yang penuh dengan lakonan. Peristiwa ini adalah cebisan nasib sebahagian dari mereka yang terlibat dengan kemusnahan alam - tsunami.

Aku jadi diam, sejak lebih sebulan yang lalu, cerita cerita ini menghantui fikiran. Aku letak diriku sendiri di tempat mereka, pastinya bukan mudah untuk segalanya berlalu begitu sahaja. Dalam diam aku lihat di sekeliling, mereka - insan insan yang aku sayang. Aku sematkan di dalam jiwa ini bahawa kehidupan ini benarlah sementara, sesungguhnya aku besyukur dengan apa yang aku punya sekarang ini.

Melihat penderitaan manusia lain membuatkan aku sedar yang aku juga antara manusia yang banyak diuji dan semua ini sebenarnya menghadirkan aku dengan semangat baru. Dunia semakin hampir kepada 'pertemuan akhir'. Dan aku tidak mahu menjadi manusia yang lalai dengan semua ingatan yang diberikanNya.

Selagi kita punya masa .... fikirkanlah !

Saturday, January 29, 2005

KATAK


Salah ke aku suka KATAK? Hmm semuanya bermula ngan ACAN..dia yang salah! Hehehe, dia yang kenalkan aku dengan dunia katak, kira ok per, dalam gambar yang dia kasi dulu, punya banyak katak sampai siap tersusun, macam macam barang gambar deco katak siut! Dan tetiba aku jadik suka koleksi katak lak!

Apalagi, pencarian trus aku mulakan. Mencari apa saja yang berkaitan ngan katak. Mak bising, kengkawan pun bising, dorang cakap aku manusia pelik, punya banyak benda lain yang bleh aku kumpul tapi pasal la aku pilih katak.

2 alasan utama : satunya sebab ACAN lagi satu pasal UNIK hmmm yang bestnya tak susah nak jumpa koleksi katak ni, merata rata ader! Acan pun slalu support aku, ari tu dia antar candy katak, baru ni lak yang latest dia kasi coklat mint katak tapi dah masuk perut aku, plaster katak dah dua keping aku guna balut jari aku ni, luka beb! Cantik plak, ilang rasa sakit. (bleh tak hati yang luka ni dibalut ngan plaster?) Posted by Hello

Friday, January 28, 2005

secebis ...

KETAWA yang terus senyum dan ketawa itu adalah bibirku, yang terus membuatkan semua di sekeliling ini senang dan bahagia juga bibirku. Semuanya mahu lihat keceriaan itu tapi ada siapa yang mahu lihat hatiku juga tersenyum? Dah lumrahnya manusia...mahu lihatkan yang ceria ceria jer dan lumrahnya aku yang suka memberi yang suka suka aja...duka? Hmm simpan je sendiri, selagi mampu. Allah tak akan menguji kita jika Dia tahu kita tak mampu menanganinya....

Dua malam lalu seorang teman kegelisahan, bimbang teringatkan sebuah kematian. Kali ini aku senyum,jauh dari dalam hati, andainya benar yang dirasainya itu menimbulkan kegelisahan dan keinsafan, alangkah baiknya. Aku? Hmm aku juga bimbang namun apa yang mampu aku lakukan? Senyum dan tenang hadapi kehidupan, laksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dan redha dengan ketentuan Ilahi, itu yang sebaiknya.

Hari ini hari libur, keluar rumah dari pagi, dapatkan rawatan Terapi Ozone, hmm melayang gak RM600 tapi aku yakin ianya berhasil, itu pun dah 2 kali aku dapatkan penjelasan pakar betapa teknologi ini dapat membantu aku menjalani sebuah kehidupan yang lebih sempurna. Tadi selesai satu rawatan, lagi 3 kali rawatan dengan beberapa lagi rawatan susulan. Tak salah rasanya aku berusaha untuk sebuah kehidupan yang sekali sahaja.

Hmm singgah jap ke KOMTAR, nak ke Tourism nak ke Kewangan Negeri, pastu nak pegi beli bunga telur, malam karang nak ambik PC yang sakit, ishkk coztume blom set lagi untuk model esok! Alahai, banyaknya keja.

Hmm ok la, stakat ni jer, kang PC dah sembuh,ada citer untuk dikongsi!

p/s : Alhamdulillah Syah dah keluar dari ICU tapi aku tak der masa lagi nak gi tengok dia, lega skit hati

Saturday, January 22, 2005

Harga Sebuah KEHILANGAN

Majalah 3. Yang aku saksikan sebentar tadi adalah harga sebuah kehilangan, erti sebenar penderitaan anak anak Acheh yang kehilangan kaum keluarga, sebahagian dari mereka ditempatkan di Kota Medan buat sementara. Di sana mereka diberikan ilmu agama oleh sukarelawan yang bertugas. Kota Medan mengembalikan ingatan aku sewaktu di sana dulu. Aku lihat di sepanjang jalan deretan rumah rumah usang dengan penghuninya membayangkan kemiskinan pada raut wajah masing-masing sedangkan aku masih punya segalanya namun sering juga tersungkur dengan erti kata ‘kesederhanaan’. Malapetaka Tsunami 26 Disember, sepatutnya aku di Phuket, Thailand, menantikan saat tibanya tahun baru. Tapi aku tangguhkan dahulu kerana lebih ingin ke Medan, Indonesia. Namun, segalanya berubah. Rupanya gerak hati aku menyelamatkan aku dari segala kemungkinan. Tengahari Ahad itu sedang asyik menikmati makan tengahari di Casuarina Beach Hotel, Tsunami yang datang dari jauh aku lihat sebagai ‘indahnya ombak putih’. Rupa-rupanya bila semakin dekat yang di depan aku adalah kehancuran, mujur segalanya selamat. Dia memperlihatkan aku kekuasaanNya.


Menyaksikan kemusnahan di depan mata, melihat mayat bergelimpangan di jalan raya membuatkan aku antara yang bagai ‘sakit jiwa’. Mana tidaknya, sesuatu yang tak pernah menjengah ruang fikiran tapi kini di depan mata. Ya Allah, ujian apakah ini? Hari demi hari aku melihat diri aku sendiri, rupanya jauh aku berjalan seakan lupa kebesaran Tuhan, terasa diri ini kerdil benar di sampingMu Ilahi.


Wajah wajah pilu anak-anak Acheh berlegar di ingatan, bagai mereka mahu aku di sana di samping mereka berkongsi derita. Insafnya aku pada kejadian Tuhan, sekurang-kurangnya aku masih di sini mengecapi nikmatMu Ya Allah berbanding mereka yang entah di mana masa depannya. Apa yang mampu aku korbankan hanyalah sekalung doa dan harapan jauh di sudut hati agar masa depan mereka lebih bererti.


Kala itu langit cerah menongkat dunia
Kala itu awan biru tak terkata indahnya
Kala itu manusia asyik dan leka
Dan bilamana lautan memuntahkan isinya
Tergambar semua kekuasaan Maha Esa


Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku merasa malu padaMu.

Friday, January 21, 2005

surat untuk SYAH

Surat Untuk SYAH ……


Assalammualaikum.


Syah,


Semalam (malam Aidil Adha) I ada call Bob, kitaorang bincang pasal event hari ni kat airport, Bob cakap macam tergesa-gesa. Bila I Tanya, katanya nak pegi visit U kat ICU, katanya U kemalangan, dalam keadaan kritikal skarang, I buat bo layan jer. Malas nak dengar kelentong si Bob tu, baru ni dia penah cakap kat I yang U kena pukul teruk padahal bila berbual ngan U, ok jer!


Aidil Adha I sambut dengan hati yang njoy sangat walaupun kena keja ari ni tapi pas abis event, I tanya kat Bob (dengan nada gurau) macam mana dengan keadaan U, kata Bob dia tak dapat tgk U hanya keluarga terdekat je. Hmm nadanya membuatkan jantung I berdegup kencang, cerita betul ke ni? Dia suruh I contact dengan Hani kalau nak tahu pasal U coz U and Hani satu opis, sampai je kat umah, letih n ngantuk sangat coz semalam I ‘dating’ ngan computer I yang kena virus. I SMS Hani, jawapan SMS Hani buatkan I kesal sangat, tapi tak salah I gak, Bob tu memang suka main main. Kata Hani keadaan U kritikal hanya keluarga je dapat ziarah. Katanya lagi U kemalangan di highway pulang dari Perlis, U tercampak dari cermin depan. Tanpa I sedar, air mata I bergenang…siapa U untuk buatkan I menangis?


Kita dah lama kenal antara satu sama lain, I kenal U melalui kawan kawan dengan cerita cerita sensasi U tapi dalam masa yang sama I nak sangat kenal rapat ngan U, tahu sebab apa? Sebabnya dalam usia yang muda, U dah ada perniagaan sendiri. Tapi disebabkan I juga sibuk dengan produksi I, segalanya diam cam tu je.


Disebabkan ‘dia’ kita jadi rapat tapi slalunya I SMS U telefon, pernah dah dua kali prepaid U habis coz sembang ngan I … Kehadiran U banyak memberi semangat untuk I teruskan kehidupan. U banyak bergurau tapi setiap perkataan yang keluar dari mulut punya semangat dan pendorong yang tak pernah I perolehi dari mana mana insan yang I anggap sahabat. Dalam usia U yang masih muda I tak sangka rupanya pengalaman telah mematangkan diri U. Dan I tak malu untuk mengambil setiap teguran dan nasihat U sebagai panduan untuk I.


Banyak kali gak U tanya bila nak jumpa U. Tapi kita sibuk, baru ni U ajak tengok wayang, I cakap lain kali. Bukan tak sudi, kebetulan event tengah banyak. I pun nak jumpa U sebenarnya, banyak yang nak dibualkan, nak tumpang pengalaman U dalam dunia perniagaan, dunia yang kita kongsi bersama.


Tadi I cakap ngan mak I pasal U, mak terkejut sangat. Hmm air mata I bergenang lagi depan mak. Syah, waktu ni I tak tahu nak buat apa. Sebenarnya I banyak kerja nak buat ni, pagi tadi I baru je dapat tawaran kertas kerja untuk road tour Penang Tourism ke Melaka, KL, Johor dan Singapura. Tapi I tak boleh nak mula, bukan nak ingat bukan bukan tentang keadaan U skarang ni tapi hati I tak tenang.


Syah, banyak yang nak I kongsi dengan U. Hanya pada Allah yang I harapkan sekarang. Suratan ini dah tetap untuk U. I harap sangat akan ada 1 hari nanti I masih berpeluang bercakap dengan U lagi. Suara dan semangat U masih terngiang-ngiang di fikiran I.


Ya Allah Ya TuhanKu, Kau telah temukan aku dengan seorang insan yang sederhana, yang datangnya membawa senyuman tapi aku pohon padaMu, janganlah senyuman itu hanya untuk sementara ini. Insan seperti dia telah membuatkan aku bangun dari lumpuh semalam. PadaMu aku bermohon……


Syah, I tahu I yakin U akan kembali (seperti dulu).


Assalammualaikum.



PENANG IDOL (sepertima gelaran U untuk I)

Aidil Adha .... sebuah pengorbanan

Assalammualaikum (buat semua yang tahu menilai kasih sayang)
Hari ini hari raya, hmm tapi kena keja lak ni, tapi tak per aaa sekurang kurangnya hati aku tak sunyi, jap lagi nak pegi semayang, mak sibuk masak dari smalam ngan awal pagi tadi, ba dah ke masjid bising bising suruh aku cepat, adik adik aku pun tengah sibuk kat bawah, anak anak aku? Hmm maksud aku anak anak kucing aku yang 5 ekor tu pun sibuk gaks! Asik gaduh je tiap waktu - tapi dorang la penghibur hati.
Dah lama tak menulis kat sini rasanya, ishkk napa la aku tinggalkan blog ni sedangkan banyak yang nak aku kongsi bersama, menulis di sini bagai meluahkan perasaan kepada semua orang di dunia hehehe ntah orang baca ke tak tapi tak per janji aku puas.
Hujung bulan ni aku nak melancong lagi ... sebenarnya baru je balik dari Genting tapi rasa macam tak puas, melancong ni membuka mata sebenarnya. Macam macam ragam manusia dapat dilihat tapi kali ni nak ke Cameron la .. (rindunya saat-saat ngan awak, saya tahu ianya tak mungkin berulang, dalam hati saya masih ada awak, ntah sampai bila tapi saya yakin awak ada)
Ok lah...nak gi solat ni!
SELAMAT HARI RAYA