Wednesday, May 31, 2006

berlalu sudah 6 purnama

Hari ini hari akhir untuk bulan Mei 2006. Aku masih di sini tiada sebarang perubahan, azam untuk bertukar kerjaya & memulakan pengajian belum menampakkan sebarang hasil. Hari terus bertambah dan aku makin kusut (biar hanya di dalam hati) Saban hari aku hanya bermain dengan diri aku sendiri, bertanya itu ini, mengharap segala yang aku inginkan menjadi nyata namun aku tahu ianya tak semudah yang aku sangka!

Aku sedar aku hanya manusia biasa yang hanya mampu berusaha dan memohon dariNya untuk melalui kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Mujurnya aku masih punya azam yang utuh biarpun ada kalanya aku bagaikan insan lumpuh tapi aku percaya semua ini berlaku punya musabab yang tersendiri.

Setengah tahun telah aku lalui, dalam tempoh itu terlalu banyak kejadian yang berlaku hinggakan ada ketikanya aku bertanya pada jiwa 'inikah dunia?'. Tiap hari aku pasti blajar tentang sesuatu yang baru. Aku juga banyak blajar dari membaca. Sebenarnya dunia blogging ni banyak mengenalkan aku dengan pelbagai jenis manusia yang punya pengalaman masing-masing. Aku jadi teruja dengan setiap pengalaman baru yang aku baca, sekurang-kurangnya ada yang mampu aku jadikan kekuatan untuk aku teruskan kehidupan.

Kebelakangan ini aku banyak belajar tentang sikap manusia. Kekadang aku serius nak ketawa bila melihat manusia yang sanggup berpura-pura semata-mata untuk menegakkan kebenaran diri padahal yang terbukti depan mata yang mereka ini sememangnya bersalah, satu lagi yang jenis memutarbelitkan kata-kata, akhirnya yang terjerat diri sendiri, kesian sangat!

Andai diberi kuasa, aku mahu menjadi manusia yang paling jujur, berkongsi segala apa yang ada di dalam jiwa namun bukan semua yang mampu aku suratkan di sini. Medan ini terlalu indah untuk aku, segala yang kusut aku leraikan di sini namun bukan semua yang aku beriskan di sini dapat dipandang positif, aku sedari tentang itu. Yang paling nyata, aku puas kerana di sini aku mampu meredakan segala kusut, sekurang-kurangnya sebahagian dari cara melepaskan tekanan.

Untuk semua yang barangkali 'tersinggah' di 'istana' ini, terima kasih kerana kalian sudi membaca segala apa yang tersirat di jiwa aku.

AISYE : will always love U.

Tuesday, May 23, 2006

PANGKOR ... percutian pulau




AHAD. Awal pagi aku move pegi umah Syafiq, sebelum tu sempat gi Pasar Teluk Bahang beli barang untuk mak masak pastu singgah kat Pasar Tanjung Tokong plak beli karipap sardin untuk Syafiq, kat Bagan Jermal aku isi minyak kat Shell. Sampai je kat umah, Makcik Ana dah siap masakkan nasi goreng, sodap sangat! Dalam kol 10.30 baru la move dari umah, drive tukar-tukar ngan Syafiq sampai la ke Lumut.

Hmm dah banyak yang berubah. Dulu kalau tak salah aku sampai sini tahun 1998 ngan Sany dan Shazli, itupun last minit punya plan! Tahun 2006 aku datang lagi tapi ngan Syafiq jer. Kitaorang beli tikat pergi-balik RM10 jer. Pastu tempah chalet kat sorang brader tu, stay kat Zek Pink Chalet dengan harga RM60 semalam. (aku nasihatkan korang yang nak bercuti, just surf basic info from net tapi tak yah la wat tempahan online, aku dah dua kali selamat. tempahan kat net cakap jer harga promotion tapi agak mahal berbanding kalau kita walk-in trus, untuk chalet yang budget cam ni la, dulu masa nak gi Melaka pun cam ni gak.)

Kejap je naik feri dah sampai Pulau Pangkor, kitaorang ambik teksi trus gi chalet, kena tambang RM10 untuk dua penumpang. Chalet Zek Pink ni ok jer, sesuai la dengan budget cam gitu, rekabentuk rumah Melayu, nak masuk umah naik tangga ke beranda. Mcm sewa hotel gak la, tv, penjerang air, katil queen, xtra bed ada siap dalam bilik, almari baju n make-up, bilik air besar sangat. Pendek kata memang ok lar! (tapi chalet kat sebelah ni lagi cantik hehehhe)

Petang tu kitaorang gi mandi laut! Hmm dah biasa ngan air laut tenang kat Batu Ferringhi tapi skarang ni kat Teluk Nipah air laut dia bergelora, ombak kuat plak tu tapi kitaorang mandi gak. Takut gak aku ombak cam gitu, tak ramai yang mandi. Masa nak gi pantai, kat depan chalet aku terkejut tengok burung Hornbill banyak kat atas pagar chalet tengah makan roti. Aku ingatkan kat Sarawak je ada burung ni hehehe nampak sangat ilmu aku masih cetek! Kata Mamat (budak jaga chalet) burung ni banyak, tiap ptg akan datang makan roti kat sini, ishk macam nak tangkap bawak balik Penang je aku rasa! Minat sangat kat paruh dua tingkat burung ni!

Malam kitaorang makan Nasi Putih, Sotong Goreng Tepung, Pari Bakar, Tomyam Campur, Sayur Kailan Ikan Masin! Fuh lega sampai nak jalan balik chalet pun tak laratz! Tp sedap btol makanan laut kat sini tambahan plak dengar ombak pukul pantai.

Esoknya kitaorang sewa motor sehari RM30, kalau kira jam sejam RM10. Aku isi minyak RM2 pusing pulau, kitaorang pegi Teluk Gedung tengok Batu Bersurat ngan Kota Belanda pastu terus gi Sungai Pinang tengok replika Tembok Besar Negeri Cina kat Tokong Fu Li Kong ngan gi kilang wat sate ikan! Yang bestnya kat kilang ni sebelum kita beli produk tu kita bleh rasa dulu, alangkah indahnya kehidupan! Hehehe....tapi aku nak pesan kat korang tak yah la beli produk ni kat kilang, bila aku ke Pekan Pangkor ada banyak kedai kat situ, barang sama tapi lagi murah siap bleh kasi free lagik kalau kita beli banyak, kat kilang tak dapat la cam tu!

Dah lama aku tak bawa motor, dulu masa Form 5 mak belikkan moto EX5, dah keja aku jual motor tu aku beli Jaguh warna kuning, last year aku jual Jaguh aku beli scooter untuk mak, sejak tu gak aku dah pakai keta Atos so secara tak langsung aku dah tak naik motor so bila pusing Pangkor ngan moto aku rasa cam teringat zaman dolu-dolu. Happening gak sesekali naik moto walaupun rasa kekok skit.

Petang tu kitaorang santai je kat beach sampai senja. Malam tu kuar makan kat area situ pastu lepak bilik je aku layan HBO Astro sampai tengah malam pastu tido!

Selasa. Kembali ke Penang dengan seribu kenangan. Yang pastinya segala yang aku lalui adalah terlalu indah untuk aku bayangkan. Masa atas feri tadi macam-macam perkara bermain kat fikiran aku ni, semuanya tentang kehidupan tapi aku masih mampu tersenyum. Sesekali bercuti cam ni dapat menenangkan jiwa!

Esok ada hari baru yang sedang menanti aku.

Friday, May 19, 2006

setenang air di kali

Jumaat. Tiada apa yang ingin aku catatkan di sini cuma skadar ingin menenangkan hati. Di sini segala kedukaan dapat aku pancarkan, segala yang mendukacitakan mampu berubah kepada keceriaan. Masa yang ada aku renungkan seketika perjalanan lalu yang telah aku tempuhi, seakan bersalah pada diri sendiri. Andai ada satu permintaan yang mampu aku perolehi dengan kuasa keajaiban, pastinya aku pohon untuk kembali pada usia 17. Di sanalah aku mengorak langkah mencipta diri aku sendiri. Namun aku tahu impian itu adalah angan-angan kosong yang tak mungkin aku perolehi. Bukan aku kesal dengan kehidupan yang aku punya sekarang ini namun aku mahu menjadi lebih baik dan baik, sekurang-kurangnya menjadi yang terbaik untuk diri aku sendiri. Aku kasihankan diri aku, selama ini aku telah banyak mengabaikan diri aku hanya kerana melihat insan-insan di sekeliling aku. Dan bila sampai pada satu tahap kehidupan lalu aku mula sedar bahawa aku telah tersasar jalan. Aku sendiri tidak mengetahui sebanyak mana usia aku yang tertinggal namun dengan baki inilah aku cuba memperbaiki segala keadaan, jauh dari dalam sudut hati aku berdoa akan ada masa yang secukup dan sebaiknya untuk aku melangkah sehingga aku tahu tanggungjawab yang tergalas ini langsai sudah.

Bukan mudah untuk mengisi segala kekosongan yang ada dalam jiwa tapi kita mampu berusaha andai itu yang kita mahukan. Kalau diingatkan kembali telah banyak masa yang kita biarkan kosong tak terisi, sayangnya detik yang kita biarkan begitu saja. Sebaik langkah, hargailah apa saja yang ada di dalam kehidupan ini, semuanya bererti, ianya tak diciptakan skadar memenuhi keinginan malah ianya adalah pelengkap kehidupan!

Yang pastinya hidup kita di dunia tidak bersendiri. Jika kekosongan yang kita rasakan, itu adalah khayalan. Kita sebenarnya punya ruang untuk menghayati segala yang terindah dalam kehidupan cuma kita yang menyekatnya tanpa kita sedari.

LELAKI TERINDAH ... masih di sini.

Wednesday, May 17, 2006

ujian

Semalam aku dah terima surat tawaran dari UiTM, aku apply untuk program Pengurusan Perniagaan, yang frust sangat bila aku ditawarkan tempat di Shah Alam sedangkan aku harap sangat dapat di Penang atau Arau. Hmm sedih btol lar! Ari ni aku kat umah jer, pikir dari semalam persoalan yang belum aku temui jawapan tu!

Tuesday, May 16, 2006

"rugi rasanya setiap hari hidup dalam kesedihan tapi itulah kehidupan, sedih dan tawa sentiasa ada di mana-mana. semua itu senantiasa mengekori kita. itulah juga yang mewarnai hidup kita. terkadang dalam hidup ini sering kali juga kita bertemu dengan sesuatu yang tidak mampu kita ungkai dan cari jawabannya biarpun sebagaimana keras berusaha, saya tidak mampu untuk menidakkannya dan kini saya menerima segala takdir dengan reda cuma kerana ada batasan ugama menyebabkan saya tidak berani melangkah jauh, siapapun dan bagaimana hinanya diri saya, saya tetap makluk Allah. terlalu kerdil kita ini sebenarnya."

aku baca berulangkali tiap baris kata itu, aku renung jauh ke dalam perasaan penulis itu. tanpa aku sedar aku mengeluh sendirian. aku juga dalam situasinya barangkali sedikit berbeza namun aku bersyukur kerana saat ini aku punya peneman hati yang senantiasa ada tapi dia mungkin kesunyian seorang diri melalui hari-harinya sendiri, siapa tahu? seberat mana sekalipun mata yang memandang tak terpikul beban di bahu insan yang diuji Tuhan.

ada ketika aku sendiri terasa bagai mahu lari jauh dari alam nyata tapi aku tiada arah sebenarnya. mungkin yang terdetik itu adalah pujukan syaitan durjana. aku sedar sejauh manapun aku pergi yang aku niatkan mahu lari dari segala masalah, ianya tetap akan ada!

hidup ini indah sebenarnya, pujuklah diri untuk kita warnakan sebaik mungkin dengan warna-warna yang kita miliki sendiri, moga akan terhasil satu lakaran yang bukan saja indah dalam hidup kita tapi untuk semua yang menumpang sementara di alam semesta ini, insyaAllah.

Sunday, May 14, 2006

begitu banyak cerita ... di Hari Ibu

14 Mei 2006, awal lagi aku dah keluar dari umah, sebelum tu aku sempat luangkan skit masa ngan mak kat ruang tamu, kitaorang borak cam biasa pastu aku wish mak Slamat Hari Ibu, hadiah ngan kad kena rahsia la ek! Mungkin tak seberapa tapi aku tahu ianya ikhlas dari hati aku dan aku harap mak aku hepi.

Kol 8.30 am aku kuar umah terus pegi umah Liza ngan Eton, menuju ke Bukit Bendera. Kelmarin dan hari ini aku kena incharged persembahan kebudayaan kat sana dari jam 12 tghari hingga 1 petang dan 3 petang hingga 4 petang tapi aku cover first session jer. Sebelum tu aku singgah umah Syafiq jumpa 'mak' aku yang kedua. Hmm seperti biasa sibuk je memanjang di dapur, aku sempat kasi adiah n wish je tak bleh nak borak lebih coz aku nak kejar masa. Untuk Liza ngan Eton aku kasi kad jer, walaupun dorang bukan mak aku hehehe tapi dorang la kawan baik aku yang dah jadi mak dan anak-anak dorang la yang buat aku rasa tua coz panggil aku 'uncle' hampeh btol rasanya!

Sampai kat sana, semua dancers gather nak naik train skali. Riuh rendah dibuatnya, dah jadi tabiat dorang cam tu tapi kekadang mengundang rasa tak senang hati la pulak di kalangan masyarakat sekeliling. Aku diam je wat dek, baik layan SMS! Cuaca panas la kat atas kemarin hujan tak stop sampai aku sakit kepala hingga malam. Show abis kol 1 pm aku turun bawah n pegi Sunshine kat Air Itam jap beli tshirt sehelai ngan coklat Cadbury! Adus sedap ni makan malam karang!

Aku sampai umah, aku nampak anak kucing yang kitaorang satu family tolong jaga kejap terlantar kat atas lantai. Dah seminggu kitaorang tolong belakan, dari saiz anak kucing tu usia dia lebih kurang seminggu jer, bulu dia cantik sangat warna kelabu, masa adik aku jumpa kat tepi jalan n bawak balik umah, anak kucing tu tak bermaya tak bleh bangun, terlentang jer, mata dia dah bengkak sangat. Mak pamkan susu guna bekas injection ke mulut dia tiap hari, dua hari pastu dia dah dah mula bangun n ada suara. Dia dah bleh jalan skit skit, tadi bila aku tengok dia nampak cam lemah sangat, mak cakap dia dah nak mati. Badan dia cam kejang tertarik-tarik. Aku suapkan air guna bekas injection tu, lidah dia terjelir-jelir, badan dah mula kejang, kaki dia cam tertarik tarik. Aku cakap dalam hati, Ya Allah Ya Tuhanku, tak sanggup aku tengok anak kucing tu, kalau dah ditakdirkan dia nak mati depan aku, percepatkanlah. Sesungguhnya aku dah tak sanggup lagi tengok keadaan tu. Aku letak dia semula atas meja, aku perhatikan badan dia, tetiba aku tengok dia cam kejang lagi kemudian diam terus. Aku perhatikan sedalamnya, nyatanya dia dah meninggalkan alam yang sementara ini. Al-Fatihah.

p/s : Aisye macam ada yang tak kena jer ari ini, kalau aku layan tentu akan jadi punca perselisihan jadi aku diamkan jer biarpun aku tak senang hati. Apalagi sayang?

Monday, May 01, 2006

APRIL yang berlalu

APRIL, bulan yang paling istimewa dalam hidupku ini berlalu juga. Tahun ini kali pertama aku meraikan sambutan ulangtahun aku dengan yang tersayang, indah saat itu tak akan hilang dari dari ingatan.

Sebenarnya bulan ini terlalu banyak menuntut kesabaran aku dalam kehidupan. Bulan ini tak aku sangka telah membuatkan aku hampir separuh gila dengan tekanan hidup. Mujur di sekeliling aku ini ada insan prihatin yang rupanya memerhatikan aku seadanya. Selain Aisye aku ada Eton ngan Liza yang banyak berkongsi rahsia tentang segala apa yang berlaku dalam hidupku. Hmm aku tak tahu kenapa aku mudah benar berkongsi dengan mereka, mungkin kerana mereka berdua dah ada keluarga, dah kenal benar pahit manis kehidupan masa susah masa senang. Dalam senyum aku rupanya mereka dapat membaca segala yang tersirat dan aku beralah mengakui segala kepahitan yang ada di dalam jiwa. Rupanya dalam kehidupan ini kita tidak mampu bongkak dengan kenyataan yang kita mampu hidup keseorangan tanpa teman. Selama ini aku kuatkan diri aku dengan kenyataan itu tapi barulah aku sedari yang ianya memakan diri.


APRIL istimewa kerana CD artis yang aku tunggu telah berada di genggaman. Aku jadikan hadiah untuk Aisye sempena ulangbulan kami yang ke 10. Aku suka sangat dengan semua lagu dalam album Transkripsi Siti Nurhaliza, banyak pembaharuan muzik yang dia bawakan, mungkin mahu seimbangkan untuk peminat Malaysia dan juga Indonesia. Yang pastinya aku berpuas hati dengan album Siti kali ini.

APRIL 2007....akan aku nantikan, andai panjang usia.