Thursday, June 29, 2006

inikah jalan kehidupan?

Hari kebelakangan ini aku masih diuji tanpa henti. Kata seorang teman, ujian adalah cabaran kepada keimanan, mungkin juga. Sebenarnya dari hari ke hari aku masih mencari sebuah persamaan di dalam jiwa manusia. Kenapa aku dilahirkan dengan sifat terlalu mengambil berat pada sesuatu perkara dan juga kepada insan yang aku sayang sedangkan faktor yang aku punya ini bagai tidak berharga pada orang lain. Sesekali mengenangakan semua ni, hati jadi sedih sangat. Seolah-olah sifat aku ini lah yang bermasalah sebenarnya.

Aku lebih suka menyimpan segala apa yang aku rasa, aku bagaikan puas berkongsi dengan diri sendiri walaupun aku tahu bukan cara yang baik namun bilamana aku berkongsi segala rasa ini belum tentu orang dapat menerima dengan hati terbuka malam mengundang segala perbalahan. Jadi, bagaimana aku mahu melalui semua yang menyakitkan ini? Aku lebih pantas mendiamkan diri, menjadi diri aku yang azali.

Benarlah, tak semua yang mampu kita kongsi, ada baiknya segala keperitan itu kita diamkan saja di dalam hati, agar tidak timbul masalah yang lain pula. Aku harap aku akan terus tenang dengan caraku. Biar tersiksa jiwa dan raga, aku akan terus tabah pastinya!

Monday, June 26, 2006

setahun yang berlalu .....

dalam diam dah setahun aku lalui saat suka duka dengan Aisye, pantas benar masa berlalu. aku sendiri tidak menyangka yang telah jauh aku jalani segala cerita ini, bagaikan sepuluh tahun semua telah kami kongsi, dari detik perkenalan hingga kini saat bersatunya sebuah hati. hari ini, 26-6-2006 telah terpahat sebuah kenangan yang tak mungkin aku lupakan. aku suratkan segala kandungan sekeping kad ucapan darinya yang mengundang bunga di jiwa.

15 REASON WHY I LOVE YOU

1. You're sweet like candy
2. You're cute, gorgeous and 'manja'
3. You always there for me when I need U
4. You know what I like to eat
5. You always fulfill whatever I wish
6. You can accept my 'otak gila-gila'
7. You always hug me when I cold
8. You always comfort me when I'm worry
9. You know my favourite
10. You see the best of me
11. You always hear my singing!
12. You like watching movie with me
13. You bring happiness in my life
14. You always cheer me up
15. We're meant to be .....

sayangnya, Aisye tak berapa sihat malam tadi. aku pun lari mood skit tgk dia mcm ada menda yang mengganggu tak macam slalu, kitaorang watching movie RV (best gaks), gi makan and aku antar Aisye balik. hmm...tak seperti yang aku harapkan. tak perlah, mungkin ada hari lain yang boleh cover semua ni balik, teringat kata-kata Meer, kita selalu tak dapat apa yang kita mahukan! ada benarnya Incik Meer!

setahun aku lalui ... sebuah cerita terindah musim ini.

Thursday, June 15, 2006

h a t i b e r b i s i k

Malam bertandang
Hati berbisik mengenang
Cerita derita yang daku pendam

Kata menguji
Cuba untuk kusudahi
Berulang airmata membasahi

Aku kini perlu berdiri
Walau hakikatnya
Pastikan melukai

Aku ingin
Semua rasai
Kerna pengakhirnya hidup
Ku sendiri

Oh Tuhan Kau berikan aku
Segala kekuatan
Meneruskan perjalanan


Sejak kebelakangan ini jiwa aku bagai tak tenteram, aku cuba gembirakan diri sebaik mungkin tapi seolah ada satu kuasa yang cuba masuk ke dalam jiwa aku. Aku ada terbaca satu blog tapi aku lupa blog apa tapi aku ingat kandungan blog tu tentang jiwa yang tenang ni senantiasa akan di goda syaitan agar jadi gundah, gelisah dan sebagainya. Hmm aku tahu siapa diri aku, selalu melalui apa juga situasi setenang mungkin dan cuba berfikir sebelum apa juga tindakan aku kerana aku ni jenis tetap pendirian pada sesatu tindakan. Tapi hidup aku ni selalu diuji. Aku hormati perasaan orang sekeliling aku terutama orang yang aku sayang, aku cuba, cuba, cuba dan tak pernah berhenti cuba untuk letakkan diri di tempat yang sempurna tapi ada saja yang jadi, ada saja yang muncul dalam hati. Aku tak minta lebih, tak minta masa, tak minta harta, yang aku minta, sebagaimana aku memahami sebuah perasaan orang lain, fahamilah aku juga seadanya. Kekadang aku jadi pelik, butakah hati manusia seperti ini, melihat tapi bukan dengan mata agaknya. Mereka mahu yang terbaik, yang sempurna, yang indah tapi mereka selalu lupa untuk menyumbangkan sesuatu atau menghargai semua yang mereka dapat itu.

Aku penat, penat sangat sangat nak teruskan perjalanan hidup ini. Biar aku luka berdarah di badan, aku sanggup lagi. Jangan aku luka di dalam hati aku kerana aku bukan jenis mudah memaafkan! Katalah apa saja tentang aku, fahamilah kalau sudi. Salahkan diri aku kalau itu yang perlu tapi hanya aku saja yang tahu dan lebih kenal siapa aku.

Jangan ganggu hati aku, aku merayu!

Tuesday, June 13, 2006

Jom Kenali PULAU MUTIARA !!!

ALHAMDULILLAH. Syukur sangat pada Allah, kali terakhir aku menjayakan Penang Food & Cultural Promotion, kalau tak salah aku pada tahun 2004 di Hotel Legend dan Pan Pacific. Bulan lalu Mr Teoh dari Penang Tourism call aku, tanya samada aku masih berminat untuk handle acara ini, jawapannya pasti YA! Kalau sebelum ini aku pergi atas tiket seorang pekerja untuk sebuah produksi tapi tahun ini (InsyaAllah) aku akan pergi sebagai pemilik produksi, aku dah punya produksi yang aku kongsi bersama Aisye sejak beberapa bulan lalu, Alhamdulillah event yang kami buat secara freelance ini mendapat kepercayaan penganjur. Aku melihat perkongsian ini secara positif, aku punya pengalaman dan dia punya ilmu untuk diterjemahkan. Mungkin buat masa ini dia masih tercari-cari di mana bidang penganjuran acara ini tapi aku yakin insan berilmu seperti dia dapat belajar dalam masa yang singkat!

Bulan lalu aku telah membentangkan kertas kerja program Penang Food & Cultural Promotion yang dijadualkan dari 12-23 Julai akan datang. Sepanjang tempoh nak dapatkan kelulusan, Tuhan je yang tahu macam mana rasa dalam hati. Akhirnya berkat doa usaha aku dan Aisye, kami telah mendapat kelulusan semalam. Maka hari ini bermulalah kerja-kerja yang seharusnya. Aku bercuti panjang dari segala bidang kerja aku untuk menumpukan sepenuhnya pada projek sulung ini. Produksi kami hanya mendapat seminggu pertama manakala seminggu berikutnya akan diserahkan kepada Badan Kesenian Negeri Pulau Pinang tapi aku cukup puas kerana seminggu pertama itu akan terkandung program Perasmian Rasmi yang bakal di hadiri oleh orang-orang kenamaan, bagi aku peluang emas ini tak boleh dilepaskan.

InsyaALLAH, kami akan berkampung di Pan Pacific KL bermula 12-17 Julai 2006 dengan membawa 12 Artis Budaya, 2 Krew Persembahan dan 2 MakeUp Artist. Program ini diadakan sebagai cara mempromosikan Pulau Pinang menerusi makanan dan kebudayaan. Persembahan akan diadakan selama 2 kali sehari untuk lunch dan dinner di coffee house hotel tersebut.

Menantikan hari-hari menjadi nyata membuatkan debaran di hati ini tak mampu berhenti dengupannya! Doakan kejayaan kami, dengan izin Allah.

Thursday, June 08, 2006

di sebalik cermin itu

di balik cermin itu
tinggal seorang lelaki
yang melihat bayangan tubuhnya sendiri

tegap dan tampan
bisa memikat dara pujaan
dan juga teruna di jalanan

dan bersuara dirinya
hatiku hanya satu
untuk yang sudi
untuk yang memahami

hari ini bukan semalam lagi
yang penuh dengan kecewa dan air mata

tapi
hari ini ada rasa bahagia
yang mahu ku kongsi dengan mereka
mereka yang sudi bertakhta

biar masa terus berjalan
biar tercipta lagi kenangan
yang ada itu kesempatan
selagi punya yang ingin lena di ingatan

ingin ku suarakan pada semesta
aku pasrah dengan setiap takdirNya
kerana aku tahu
perjalanan ini satu ketetapan
tapi itu bukan satu keputusan
kerana aku punya pengorbanan
selagi hayat di kandung badan

bisikku pada yang tahu
hari ini kita bersama
terima kasih kerana di sana
moga terus kita selamanya

secara tidak sengaja aku terjumpa puisi yang aku ciptakan di balik helaian buku nota harian. buku itu macam log book aku yang menemani aku sepanjang lebih kurang 40 hari di Jepun pada tahun 2000. tiba-tiba aku teringatkan kenangan pada satu malam semasa di sana aku tak boleh melelapkan mata. malam makin pekat, aku lepak di balkoni banglo tempat aku tinggal, aku duduk di muka pintu sambil tengok langit malam. akak wanie datang tegur napa aku masih belum tidur sedangkan dah pukul 2 pagi, menjelang jam 4 karang matahari dah mula bersinar. aku diam, aku pandang wajah akak wanie. aku tak tahu kenapa waktu itu hati aku terlalu cepat tersentuh. aku teringatkan si dia yang pernah datang dalam hidup aku. kali terakhir wajah kesayangan itu ada di depan mata pada tahun 1998 jadinya pada tahun 2000 dah dua tahun aku merinduinya. akak wanie bagaikan tahu apa yang ada dalam fikiran aku kerana dia juga mengetahui betapa kasihnya aku pada insan itu. aku peluk akak wanie, malam itu air mata aku tumpah di Awajishima. di sana juga aku nekad untuk belajar melupakan insan itu, aku mahu pulang ke Malaysia dengan diri aku yang baru. malam itu aku luahkan segala rasa yang ada pada akak wanie. tanpa kami sedari sang suria mula memancarkan serinya, aku ingat lagi akak wanie nyanyikan lagu malam tu untuk aku. hmm kenangan yang tak mungkin aku lupakan. sesungguhnya apa yang jadi itu kan satu suratan, aku perlu menerima segalanya. memangnya berat untuk diri kita lalui ujian kehidupan apatah lagi sebuah perpisahan, tahukah kita bertemu untuk berpisah sebenarnya!

2005 menemukan aku dengan Aisye, belum sampai setahun, mungkin masih baru tapi aku merasakan bagai telah lama kami bersama. cukuplah dengan segala kepahitan hidup selama ini, Aisye hadir bagai bawa cahaya untuk aku. kasihnya dapat aku rasakan walaupun kami sering berbalah atas perkara yang remeh temeh. cinta ini aku bawa dengan kedewasaan aku sendiri dalam menginjak usia. aku mahu melalui semua ini dengan penuh tenang dan lebih sederhana. anugerah ini tak akan aku sia-siakan, aku mahu menyayanginya yang menyayangi aku.

dia...yang pernah meninggalkan aku sedang cuba untuk kembali namun aku telah lama berikrar di bumi Jepun, tak akan ada lagi tempat di hati ini untuk dia. bukan kerana ego atau terlalu kecewa tapi hati ini terlalu berharga, aku hampir hilang maruah diri dan keluarga hanya berkorban untuk si dia, tak akan ada lagi perkara seperti itu ke kali yang berikutnya. aku simpati melihat dia yang bagai hilang arah dari hari ke hari tapi bukan niat aku untuk membalas derita. Tuhan itu Maha Kaya, Dia tahu apa yang telah aku rasakan selama ini, apa yang telah aku pendamkan jauh di sudut hati.

Aisye adalah hidup aku, dia bukan hanya hadir sebagai pengisi kekosongan tapi dia juga telah membawa makna dalam kehidupan aku. saat ini aku terlalu bahagia, tak terluah dengan kata-kata. hanya satu impianku, biarlah pertemuan ini punya akhirnya di hujung nyawa sahaja.

LELAKI TERINDAH

Wednesday, June 07, 2006

hanya aku yang tahu

Entah mengapa, aku bagaikan tidak tahu apa yang sedang melalui hidup aku, masuk je bulan June ni macam-macam yang jadi. Aisye banyak pujuk aku, katanya aku beruntung kerana dipilih Ilahi untuk menerima segala bentuk ujian Tuhan ini. Aku tahu tentang itu dan aku redha tapi jauh di sudut hati ini masih terfikir kenapa datangnya tanpa henti, bertalu-talu. Aku hembus nafas resah tapi cepat-cepat aku tarik semula. Aku tak mahu menyesali ketentuan hidup aku. Hanya aku yang tahu apa sebenarnya yang sedang aku lalui.

Bermula dengan masalah abang aku, sukar nak aku jelaskan di sini. Cukuplah sekadar aku nyatakan aku sendiri tidak memahami apa yang sedang berlaku antara abang aku dan keluarganya. Yang aku tahu ianya membuatkan seisi keluargaku resah.

Sebelum itu aku kehilangan handphone lama aku. HP tu aku sayang sangat sangat. Aku tak jual walaupun aku dah beli handphone baru. Dalam hp lama tu ada banyak saved message yang ada nilai sentimental. Kebetulan hari tu aku bawa dalam beg kemudian Aisye pinjam sehari coz nak transfer lagu, esoknya dia pulangkan. Aku simpan di dalam drawer bawah seat driver, petang tu 'kawan baik' aku nak pinjam keta, memang kawan baik! Aku tanpa syak wasangka kasi je Atos aku tu. Sminggu pastu aku teringat hp aku trus nak gi ambik tapi dah tak der so aku bukak diary, baca segala catatan, rujuk dengan Aisye gak, nyatanya hanya aku je yang guna keta aku dan juga 'kawan baik' aku tu. Hmmm sukarnya nak aku terangkan macam mana nak hadapi situation ni. Tak yah lah aku terangkan panjang lebar proses berikutnya tapi tanpa di sedari sejak ari tu dia banyak menjauhkan diri dari aku, kalau tak salah napa jauhkan diri. Aku sedih giler pikir pasal apa yang jadi, tak pernahkan dia lihat walaupun sebesar kuman apa yang telah aku kongsi dengan dia selama dia jadi kawan aku. Aku tahu dia punya masalah dalam keluarga tapi inikah jalan penyelesaian hingga terabai ikatan yang bukan lagi persahabatan tapi persaudaraan! Aku biarkan semua ini berlalu walaupun terlalu sukar untuk aku terima.

Semalam adik aku plak awal pagi lagi dah bagitau, motor skuter dia kena curi! Adusss...apalagi la plak! Dia tu baru je balik race kat Pasir Salak. Penyangak mana la yang rembat motor adik aku tu. Aku suruh je dia wat repot, sib baik ambik insuran kat tempat aku keja dulu - Pacific & Orient Insurance, bleh la aku tolong adjust cam ner karang.

Tadi aku pegi UNITAR Penang, dapatkan segala info untuk Degree In Business. Aku tak akan sambung di UiTM Shah Alam, jauh sangat. Aku harap tahun ni gak dapat sambung, dah penat sangat asyik tersangkut je bila nak sambung study.

Hidup ini kalau kita renungkan kembali terlalu singkat perjalanan kehidupan, pejam celik dah sehari berlalu. Kekadang tu aku risau sangat. Nasib baik aku ada Aisye, ada gak tempat nak aku kongsi segala rasa resah. Ada Fazi yg slalu antar SMS best best!

Aku penat melalui hari ini, moga esok ada cerita baru yang lebih ceria, InsyaAllah.