Thursday, June 26, 2008

untuk ke sekian kalinya .....

23rd JUNE 2008 – TAK PERNAH BERUBAH

Aku berdiri di dalam putaran roda hidupku sebagai manusia yang senantiasa berada di tengah-tengah, ke kiri aku ke kanan juga aku tapi mungkin sudah tertulis suratan hidupku tentang manusia di keliling ini tidak pernah mahu menyelami apa yang aku rasa, beban yang aku pikul, yang mereka tahu hanya menikmati senyum tawa di bibir aku sedangkan di hati yang menanggung segala rasa ini, bagaimana?

Manusia tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dikurniakan padanya malahan seringkali melihat sesuatu yang terjadi itu atas kesalahan orang lain, menyedihkan sangat. Segalanya mereka yang betul, susah sangat nak membuang segala ego yang ada, payah sangat belajar dari pengalaman yang lalu. Kenapa mahu menjulang piala kemenangan sedangkan kejayaan itu bukan usaha sendiri tapi hanyalah kerana takdir yang menentukan. Hari ini kita mungkin bebal dengan sikap diri sendiri, berpegang utuh pada prinsip hidup yang ntah apa apa tapi esok mungkin sudah hilang segala kenikmatan yang ada itu, kan pernah aku bilang roda hidup ini berputar, makanya sedarlah diri, jadilah yang terbaik untuk diri sendiri dan lebih berharga adalah untuk orang lain. Untuk apa menyakiti sesama manusia andai di hujungnya kita yang berdosa.

Aku terpaksa membiarkan suatu keadaan ini berterusan kerana aku sudah puas menegur akan segala kekurangan, mengisi segala ruang kosong yang aku yakini jika aku biarkan akan rosaklah sebuah kehidupan. Yang aku harapkan adalah perubahan. Jangan lakukan ini untuk aku tapi sempurnakanlah untuk diri sendiri.

Seringkali aku berkorban untuk keadaan kerana aku yakini aku melakukan sesuatu yang di hujungnya nanti mereka akan tahu sebuah kebenaran. Ya Allah, bimbinglah aku dan mereka ke arah kesempurnaan. Sucikanlah hati aku dan mereka agar di jauhi segala prasangka yang terlalu hina, jauhkanlah Ya Allah. Jauhkanlah…..AMIN

Few quotes to shared with :


Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis )


Kalau kita membenci orang, orang akan membenci kita.


Hasad dengki menghilangkan keindahan, baik keindahan badan, keindahan jiwa ataupun keindahan akal. Bahkan keindahan wajah pun mampu dihilangkannya.


Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.


Walaupun hati rasa sedih, buat-buat gembira.
Walaupun hati rasa kecewa, buat-buat tiada apa.
Walaupun diri terasa luka, buat-buat tabah.Entah bila agaknya, kepura-puraan ini akan berakhir.



21st JUNE 2008 – SEBUAH CERITA YANG MASIH BELUM TAMAT


Hari ini kisah itu berulang lagi lagi, ada statement yang sama yang pernah dikatakan pada aku dan hari ini diulang semula. Aku di katakan ‘memang pandai berkata-kata’. Hmm terdiam aku seketika. Sebuah cerita yang sudah tamat dan masing-masing berjanji untuk melupakan sengketa, melupakan kisah hitam yang pernah ada tapi hanya kerana sedikit salah faham, aku dipersalahkan lagi. Hanya kerana aku membela diri, hanya kerana aku mempersoalkan apa yang terjadi, harga diri aku tercalar lagi.

Terfikir aku seketika, jika diri ini penuh dengan sifat negative, dan jika rasa itu yang bersarang di hati hingga diucapkan berkali-kali, kenapa masih menyayangi aku? Buanglah aku ini ke mana sekalipun, mungkin aku sesuai seorang diri, tak layak menyayangi dan disayangi. Sedih betul la jika berhadapan dengan manusia yang mendendam sebuah rasa dan melontarkan sesuatu yang tak sepatutnya berulang.

Di hujung cerita ini juga aku tetap insan yang bersalah, yang jahat dan memulakan segala sengketa tapi nampakkah mereka apa yang aku usahakan? Tahukah mereka yang aku menyedarkan semuanya tentang apa yang mereka lalui selama ini? Aku juga punya salah, punya jahat di dalam laluan idup yang tak sepatutnya tapi bilamana sesekali aku sedar kealpaan ini, salahkah aku untuk membimbing mereka keluar? Hmm tiada siapa yang membela aku sebenarnya. Aku rungkaikan segala permasalahan yang akhirnya aku sendiri disalahkan dan minta direnungkan apa yang jadi. Manusia mudah benar lupa.



20th JUNE 2008 – AKU MASIH DI SINI

Smalam Daniel SMS aku bertanyakan kenapa blog aku ni sepi jer. Hmm aku pun tak tahu nak jawab cam ner sedangkan banyak perkara jadik dalam idup aku. Satu persatu silih berganti. Ada perkara yang terjadi pada aku sebenarnya dan ada perkara yang tak pernah aku buat dalam idup, dah pun aku buat, takut gak tapi tak per bukan salah pun cuma kurang kena huhuhu….

Yang nyata aku tahu Fir ada tolong aku dan aku juga tahu Daniel ada tolong aku cuma dia kunci mulutnya serapat yang mungkin. Hmm malam tu aku sembang dengan Fir pasal Daniel, rasa terharu pun ada gak. Slalu masa susah aku payah skit nak kongsi dengan sesapa tapi kebetulan Fir ada dalam situasi ni dan dia usahakan tolong aku dan aku tak sangka Daniel pun sanggup tolong aku, Alhamdulillah. Aku rasa syukur sangat ada kawan yang cam ni dalam idup aku. Allah je la yang membalasnya.

Banyak lagi rentetan cerita dalam idup aku sebenarnya, antaranya aku jumpa semula dengan sepupu aku, Abang Remysham setelah kali akhir kitaorang jumpa tahun 1999. Dia dah berjaya dengan business dia skarang ni, punya isteri yang cantik, kereta mewah dan baru je beli building untuk operate business dengan Petronas. Hmm siapa sangka masa kecik kitaorang selalu main sama, aku ingat lagi masa aku mandi dalam sungai kat Kedah, itulah kali pertama aku kenal binatang yang namanya pacat, seram sejuk aku masa tu, dia la yang tolong buangkan pacat kat badan aku. Dulu dia selekeh sangat, masa kat sekolah menengah dia tu terkenal la coz ensem dari aku (tapi skarang pun dia ensem dari aku huhuhuhu) Hmm dia dah cukup segalanya dalam usia yang muda, syukurlah. Aku pun mahu ikut jejak dia berjaya dalam usia yang muda dan aku sedang berusaha, mungkin kejayaan itu miliknya di awal usia ini. Melihat dia hari ini aku rasa hepi gak la, mungkin dah rezeki yang tertulis.

Bout my Bridal business, aku tengah usaha untuk dapatkan koleksi pakaian pengantin yang latest tapi skarang ni modal tengah tergantung, banyak yang perlu digunakan. Sib baik ada Daniel yang tolong supply kan few set untuk aku jual pakej cuma pelamin aku ngan Fir set up sendiri la, semua pakej kitaorang set sendiri. Next week nak wat fotografi n tempah brochure for promotion n marketing.

Skarang ni aku dalam usaha untuk mendapatkan dana yang besar skit dari pihak MARA, InsyaAllah. Aku nak all out business aku ni. Mayb minggu depan aku nak gi bincang dengan pegawai MARA apa yang boleh dorang cover untuk aku. Aku nak make sure semua ni dalam perancangan yang teliti coz bukan bleh nak wat main-main. Tapi harapan aku besar la untuk semua ini jadik kenyataan. Doa-doakanlah k.



16th JUNE 2008 – SEBUAH KISAH KEHIDUPAN MANUSIA


Awal pagi ini ada sesuatu yang terjadi dalam hidup aku, tentang dua orang insan yang pernah hadir mengisi kekosongan idup aku, tentang perancangan mereka, tentang usaha mereka untuk ‘mengenali’ siapa aku.

Jauh di sudut hati terlalu payah untuk menerima apa yang jadi. Sedih di hati hanya Allah yang tahu. Hmm beginilah kehidupan. Manusia tak pernah puas. Yang sering dilihat adalah kealpaan insan lain bukannya diri sendiri. Hari ini aku menjadi mangsa keadaan lagi tapi aku terima dengan segala keterbukaan.

Ya ALLAH, aku diam di sini menerima segala ujian dari Mu. AMIN

0 Comments:

Post a Comment

<< Home