4th JUNE 2008 – SEBUAH CERITA BERSILAT LIDAH

Yang paling aku banyak jumpa adalah manusia hipokrit, fuh hebat orang jenis ini. Yang hanya nampak kesalahan dan kesilapan orang tapi diri sendiri, segala rahsia disimpan baik baik dalam poket. Dan dia nya tetap sempurna di mata semua insan. Amin. Aku tahu manusia jenis ini, punya gelodak rasa ingin diberi perhatian tapi sikit-sikit dah la kan. Aku tak pernah nak marah atau nak jauhkan diri sebaliknya aku simpati.
Seingat aku, golongan penari (aku ngan kengkawan aku la) selalu disalahtafsir tentang kehidupan kami. Segalanya yang negative. Aku akui mulut dorang ni memang berbisa tapi kebanyakkan yang aku kenal punya hati budi yang baik. Yang di luar sana plak, mulut manis cam tanam tebu je kat tepi bibir tapi maaf cakap la kan, hati? Hmm ntahlah macam mana nak aku ibaratkan.
Ringkasnya, aku susah nak percaya pada sesiapa dah. Bak kata orang Indonesia, golongan ini pandai ‘bersilat lidah’ hmm sakit hati ini hanya Allah yang tahu tapi mujurlah aku mampu membendung sebaik mungkin. Aku mahu melihat dan terus melihat sejauh mana segala lakonan dunia ini mampu bertahan. Aku pernah dikata ‘sepandai-pandai tupai melompat, ke tanah juga akhirnya’ dan aku akui tentang kata-kata itu dan aku sering ingatkan diri dan aku juga suka ingatkan orang lain tentang ‘dunia ini berputar, adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah’
p/s : jadilah manusia sejujurnya….
1 Comments:
There's a famous quote that says...
~ Be nice to people you meet on your way up.. Because you will meet the same people again on your way down ~
Cheer up!
Manusia yg hipokrit nie ada jer di mana-mana.
Like you said, yang mana orang yang buruk tue, buangkan jer dalam tong Sampah. hehe.. sesuai sangat!
Post a Comment
<< Home