Wednesday, May 28, 2008

28th MAY 2008 - ENTAH MENGAPA .....

Aku menulis dari Apartment 3418, Hotel Legend Kuala Lumpur. Dah 3 hari aku kat sini, dalam rencana mengacarakan persembahan sempena Pesta Promosi Makanan dan Kebudayaan Pulau Pinang selama seminggu. Di sini segalanya tersedia, dari penginapan makan minum dan keselesaan tapi aku bingung hati jauh meronta mengelamun ntah ke mana.

Ntah bagaimana aku nak fikir tentang hati hati mereka, bagaikan aku yang tersepit di tengah-tengah sedangkan aku dah berusaha yang terbaik. Seringnya di salah ertikan, di salah fahamkan hinggakan aku jadi bosan sesekali melayani semua karenah ini. Tapi semua ni banyak mengajar aku tentang kehidupan, bukan senang memahami dan mempercayai orang lain lagi selepas ini kerana aku sudah muak untuk menjadi mangsa keadaan. Sudah puas aku salahkan diri sendiri walaupun aku sedar itu tak sepatutnya tapi apa lagi yang mampu aku lakukan? Letih sungguh fikiran aku melayani semua ni. Tapi aku tak pernah kesal kerana aku tahu nawaitu aku yang bersarang di dalam hati. Tentang pandangan salah orang pada aku, sejujurnya aku letak ke tepi. Satu hari nanti biarlah mereka tentukan sendiri apa sebenarnya. Cuma terkilan juga lah di hati tapi apakan daya. Mungkin aku tak punya kuasa untuk membuatkan orang faham situasi aku, mungkin aku tak mampu mencipta satu keadaan yang boleh meyakinkan orang pada aku.

Bagus juga aku di sini kerana dalam situasi begini aku jauh membawa diri. Sesekali aku berfikir, memujuk diri, mengharapkan segalanya akan berakhir tak lama lagi. Aku mahu berfikir jauh ke hadapan, tentang diri aku tentang masa depan aku.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home