Tuesday, May 06, 2008

SUBHANALLAH…..

Jika aku mulakan hari aku pagi tadi dengan sebuah cerita yang mengancam nyawa aku, kali ini aku coretkan pula sebuah cerita yang paling pedih setakat hari ini sepanjang hidup aku.

Ntah di mana mahu aku mulakan segala cerita yang terlalu berbelit ini tapi kesimpulannya telah aku perolehi dan ada baiknya jika aku benamkan di dalam hati ini dan aku jadikan segalanya sebagai pengajaran dan peringatan.

Aku, manusia yang hina, aku akui adakalanya aku tersalah langkah namun aku terima sebagai hukum alam dan mungkin juga sebagai balasan buat aku sayangnya manusia lain angkuh dengan diri mereka sendiri. Sepedih-pedih perkataan dikeluarkan tanpa lagi melihat kenangan yang telah berlalu dan di penghujung perbalahan itu, aku lah puncanya. Alhamdulillah. Dengan rasa rendah diri aku menerima, sepenuh hati. Dengan harapan, cukup-cukuplah kerana masing-masing antara kita punya kehidupan yang perlu diteruskan. Apakah kita mahu melaluinya dengan segala perasaan yang terbuku di kalbu? Terlalu banyak salah tanggapan yang berpunca dari pemikiran sendiri, ruang yang terhad dilihat langsung diabaikan ruang sekeliling. Yang kelihatan hanyalah salah orang lain.

Aku sayangkan perhubungan dan persaudaraan yang terbina ini walaupun aku dituduh sengaja mencipta perasaan dan memainkan hati, tak mengapalah. Bukankah manusia mampu membuat pelbagai andaian dalam kehidupan? Jujurnya hanya aku dan penciptaKu yang tahu apa yang sedang aku alami, apa yang sedang aku tempuhi. Bilamana luahan rasa seikhlas mungkin di katakan aku ini hanya bijak berbicara di bibir, hinggakan mampu menipu semua manusia, bilamana aku disamakan dengan tupai yang akhirnya ke tanah dan mcm mcm lagi. Bila aku tenangkan jiwa dan raga ini, aku abaikan sahaja. Hari ini mungkin segala kealpaan ini berpunca dari aku, segala ego aku lontarkan ke tepi sekarang ini tapi jangan lupa roda alam ini berputar dan aku telah menempuhinya satu ketika dulu namun dari sudut yang berbeza.

Aku baru mandi, minum air mineral 1.5 liter sampai abis semuanya sedangkan aku tak dahaga dan tak lapar tapi inilah penawar aku setiap kali aku ada masalah. Sepanjang minggu ini bleh kata ada saja yang melanda idup aku. Sesungguhnya dugaan yang terlalu berat, terlalu berat untuk aku tapi aku mahu kuat, aku bukannya budak-budak usia 2-3 tahun lagi. Sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu siapa sebenarnya aku. Cukuplah dengan apa yang telah aku korbankan selama ini, cukuplah dengan segala yang aku curahkan. Ada lembaran baru dalam kehidupan yang perlu aku tempuhi untuk hari esok.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home