Sunday, April 20, 2008

another series of SUNDAY

Sewaktu blog ini aku titip, baru mengjangkau tengah malam ke hari Isnin. Hari Ahad aku penuh dari pagi hingga malam sedangkan aku hanya merencana busy hingga tengahari sahaja, selepas itu mahu berehat tapi lain yang jadi.

Awal pagi aku dah kuar, uruskan lori untuk angkut barang-barang wat pelamin dari Teluk Bahang ke kedai aku, tu pun mintak tolong mak, Shazlie ngan Fir coz aku nak ke Kulim, ada sedikit rencana. Aku ajak Fallah temankan aku coz dia je yang tahu area sana pun.

Kat Kulim aku gi wat wax and polish keta pas tu aku nampak kedai keta satu lagik depan aku so aku lintas jalan gi beli cup tayar untuk keta aku yang dah hilang kat highway masa gi KL so keta aku nampak cantik balik la skang ni huhu, kat kedai tu gak aku 'terbekenan' ngan sport stereng kaler merah ngan itam, apalagi terus aku sambar, kat kedai tu je duit aku dah melayang beratus ratus tapi aku puas la gak!

Kat sana kitaorang sempat gi survey TV 29 inci, minggu depan aku nak turun sini lagik, nak beli untuk adiahkan kat ba aku yang suka nonton. Aku gi kedai binatang gak dalam pencarian kucing parsi. kat penang ada tapi mahal skit. Tapi aku dah wat booking kat uncle cina ni kat area Sungai Dua, ari Rabu cam tu ada stok anak kucing baru masuk. Tak sabar la plak. Nak taruk nama Danial, sodap ka?

Balik Penang singgah umah Iz jap, si Fallah nak download lagu lagu latest masuk dalam MP4 yang baru dia beli kemarin, best gak MP4 ni harga RM119 untuk 4Gb, orait per? Aku beli satu gak tapi tak xplore lagik, dah aku ni jenis lambat xplore, dulu Syafiq kalo dapat hp ke kamera ke dia la yang dulu dulu xplore, skarang tak tau la plak.

Ari ni penuh ngan citer citer menarik yang mungkin tak sesuai aku kongsi kat sini, cukup jadi catatan dalam diari idup aku, tentang perubahan kehidupan tentang sebuah perjalanan seorang insan lain yang pastinya bukan aku. Jauh di sudut hati aku mendoakan agar si dia tidak terus lena di dalam dunianya. Hmm sekali air bah, pantai turut berubah agaknya.

p/s : sering aku berdoa agar aku tidak terus lalai dalam dunia aku sendiri.

1 Comments:

Blogger Esah said...

salam, selamat berkenalan.. kalau nak tau breeder kucing kat area penang leh masuk forum ni.. http://www.kitten.com.my/ leh tau info pasal kucing.. kat situ leh tau breeder yg leh bagi certificate skali.. jgn tersalah beli kucing.. nnt wat rugi duit jer.. :)

9:18 AM  

Post a Comment

<< Home