Tuesday, April 08, 2008

cerita lelaki ARIES .....



SERIUS TAPI ROMANTIS (romantis ke kaedahnyer?)

8th April 2008 - Hari ini hari ulang tahun kelahiran aku yang ke 21 hmmm katanya....hehehe tak der lah, tapi aku still 20-an gak (tak nak bagitau jugak tuh!) Smalam aku meraikan hari lahir aku di 7-Eleven Batu Ferringhi hmm dengar cam hebat jerk tapi sebenarnya aku sesorang jer smalam mencari ubat sakit gigi. Gigi aku dah dua hari sakit sebenarnya. Hmm tadik aku dah gi klinik gigi kat Balik Pulau tapi disuruhnya datang esok. esok pun sure dapat ubat belum lagik di cabut atau di tampal, tak per la esok je aku pegi.

Smalam aku dapat wish Birthday yang pertama dari Ayu, adik Iwan pastu Fallah kol, pastu Sal SMS, Fir, Akak Bunny, Saiful, FAzi, Sharifah, Iwan, Mathan, Syafiq kol pagi tadik tapi yang tak bestnya salah cakap umur aku la plak, Acan msg, Akak Shakila & Shahril. Terima Kasih banyak banyak kepada semua yang ingat pada aku, ini dah mencukupi. Xtra thanks to Fallah atas hadiah baju blazer warna krim, lawa sangat design, aku suka banget. Hmm bila nak pakai ek, cam glamour jerk! BTW, thanks so much.

Skang aku nak bercerita tentang Horoskop. Aku suka baca Horoskop tapi skarang ni yang paling aku suka Horoskop dalam Maskulin edisi 79, tentang LELAKI ARIES!

1. selalu membiarkan orang lain berjalan mendahuluinya namun di ayang akan sampai dahulu.

2. lelaki yang sangat berhati-hati.

3. baginya kehidupan ini perkara yang serius.

4. dia juga seorang yang romantis tapi hatinya pejal seperti besi.

5. jika ada masalah, dia jarang memperlihatkannya.

6. tidak suka masuk campur hal orang lain.

7. menghormati dan suka menziarahi orang tua.

8. pemalu dan degil.

9. seorang pemimpin yang baik.

10. workaholic.

11. sangat pentingkan apa yang orang lain fikir tentangnya.

12. tidak terburu-buru untuk berkahwin.

13. selalu menunaikan janjinya.

14. menganggap wanita sepatutnya duduk di rumah manjaga rumahtangga dan lelaki keluar mencari nafkah.

15. tidak suka wanita yang terlalu sosial. suka wanita yang ada ciri-ciri ibu mithali.

16. jika marah suka diam.

17. suka wanita yang baik hati, berbudi bahasa dan yang paling penting boleh bersama-sama keluarga lelaki aries.

Hmmm, bagi yang mengenali aku, mungkin mereka tahu segala persamaan horoskop ini dengan diri aku. Hari ini adalah satu hari baru dalam hidup aku, jika mampu aku mahu melupakan semua kisah duka yang ada dalam kehidupan aku tapi aku tahu ianya terlalu mustahil untuk di lakukan tapi aku mahu mencuba. Cukup-cukuplah dengan segala kepedihan yang aku tanggung selama ini. InsyaAllah ada lembaran baru dalam kehidupan yang mahu aku jelajah.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Hepi Burfday Mr Antisad..
I know how 'young' you are ek! ;p hehe.. But anyway let's just keep it a secret, shall we?
Still, you're one of the few people I know who's very young at heart. That's all that matters. Betol tak? Anyway, i wish you have a very happy and prosperous life always.
Remember! "Get rid of anything that is NOT useful, beautiful or joyful.

p/s : Sorry ek tak de hadiah nak kasi tahun nie. Sapa ka ge curi Hadiah Fazi beli la :p

10:48 AM  

Post a Comment

<< Home