Saturday, December 22, 2007

hikayat mimpi sang putera ...

MIMPI. sebagaimana yang aku janjikan, dan kini aku ceritakan tentang mimpi yang menjadi igauan. aku tak tahu napa sejak kecil mimpi selalu jadi teman malam aku dan kebanyakan mimpi selalu bawa petanda untuk aku baik dalam kehidupan aku mahupun orang yang dekat dengan aku. dulu masa ada couple aku selalu mimpi dia jalan bergandingan ngan orang lain dan hari ini mimpi itu jadi kenyataan. dulu aku slalu bagitau dia tapi dia cakap aku merepek dan dia sedih coz aku selalu mimpi dia cam tu tapi skang? hmmm....

Ok la, ini mimpi aku ..... korang ada hak mentafsir sebagai mainan tidur atau apa apa je lah (aku seram)

suasana di dalam satu perkampungan yang dikelilingi hutan tebal, ramai sangat manusia berurusan ke sana ke sini, semuanya sibuk dengan kegiatan masing-masing. tiba-tiba langit jadi gelap, guruh dan kilat sambung menyambung, keadaan yang tenang tadi jadi hiruk-pikuk, semua orang melarikan diri lintang-pukang termasuk aku. lama jugak keadaan tak terkawal macam tu. tiba-tiba langit jadi cerah semula, semua manusia bercakap-cakap bingung apa yang jadi, masing-masing tidak ada jawapan. jauh di sudut hujung kampung aku lihat mcm ada kilat yang datang dari langit terus ke tanah, besar dan bercahaya. tiba-tiba keadaan kembali huru-hara, semua jadi kelam-kabut. manusia bergelimpangan di tanah termasuk aku.

aku sedar kembali, dan kini hanya kain putih menyelimuti badan, ramai juga yang ada dengan aku dalam bilik yang putih bercahaya tu. aku tanya, kat mana aku skarang ni. ada satu suara yang ntah datang dari mana berkata, aku kini sedang menantikan giliran untuk dimandikan, disucikan untuk bertemu dengan Pencipta aku! Pandangan aku tiba-tiba menjadi kabur, aku merayu menyatakan aku belum bersedia, terlalu banyak dosa yang aku lakukan slama ni, bukan hanya aku, manusia lain dalam bilik tu semua menangis minta dipulangkan ke masa hidup untuk melakukan suruhanNya. Tapi kata suara itu semuanya sudah terlewat kecuali aku saja. aku berjalan dalam hutan seorang diri, di kiri kanan jalan aku lihat banyak kubur binatang, bilamana aku sentuh kubur binatang itu, binatang seperti kucing dan burung kembali hidup. aku teruskan jalan aku.

tiba-tiba aku tersedar dari mimpi panjang itu. peluh jangan cakap la, basah satu badan cam mandi. aku terus tak bleh tido. mimpi yang datang beberapa hari sebelum Aidil Adha ini benar-benar kuat dalam ingatan aku. aku renungkan sejenak cerita di sebalik mimpi ini. dalam hidup aku, inilah kali kedua aku bermimpi sesuatu yang berkaitan alam seterusnya. dulu aku pernah bermimpi 3 malam berturut-turut.

mungkin aku dipilih untuk disedarkan tentang masa lalu yang aku lalui dan kini aku perlu sedar diri jalan mana yang harus aku pilih untuk kehidupan akan datang. adakah aku mahu 'bahagia' di dunia ini sedangkan ianya bukanlah selamanya atau aku mahu 'aman' di dunia yang seterusnya kerana dunia itulah yang kekal selamanya.

bagi korang yang membaca blog aku, kita renungkan sama sama apa yang kita cari dan apa yang sedang kita tempuhi, mati tak menunggu kita, entah esok entah lusa, wallahualam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home