Friday, December 07, 2007

ntah mengapa .....

Aku fikirkan aku sedang melewati masa tenang aku, tanpa sebarang masalah yang ada. Bulan kebelakangan ini aku sibuk dengan urusan hidup aku tanpa mengganggu sesiapa, tanpa mempedulikan manusia-manusia yang sibuk mencipta cerita, mencari ruang untuk mempersalahkan aku dengan apa yang jadi. Di fikiran aku skarang, dah terlalu banyak masa yang aku simbahkan pada orang lain dan skarang aku mahu menumpukan masa untuk diri aku sendiri, tanpa mengganggu sesiapa tapi hari ini aku betul-betul rasa terganggu!

Ada cerita yang ditimbulkan seolah aku lah manusia yang paling bersalah, paling punya emosi, aku juga yang menjauhkan diri, aku juga yang mengelak dari kenyataan. Malah aku juga punya teman sehingga mahu melupakan hubungan yang telah lama diwujudkan. Pedih sungguh aku membaca baris-baris ayat dalam SMS, terasa sedih sangat-sangat sedangkan aku tak mampu bercerita situasi yang maha benar jadinya aku diamkan saja. Biarlah mereka saja yang tahu, biarlah rasa kepuasan dan kemenangan itu milik mereka.

Hajat di hati petang tadi mahu melelapkan mata kerana seminggu kebelakangan ini aku sibuk benar travel ke sana ke sini, banyak urusan yang mahu disiapkan menjelang akhir tahun tapi aku tak mampu berehat juga tadi. Sibuk pula aku memikirkan apa objektifnya, apa mahunya, apa kehendaknya sedangkan aku tak pernah ada rasa mahu mempersoalkan apa yang telah terjadi. Aku diminta untuk mengunci segala perasaan, menutup mulut dari terus berkata-kata makanya aku turutkan.

Aku tahu orang itu sedang asyik di lamun cinta, asyik berbahagia. Aku kenal siapa dia, aku juga kenal temanya.Dan aku minta hidup aku juga tidak diganggu sebagaimana permintaannya pada aku. Biar aku sendiri, biar aku dengan jalan hidup aku. Skarang aku dilihat oleh pihak lain sebagai seorang yang emosinya terlebih, keras hati, dan sebagainya dan aku yakini segala cerita dibuka dan sebelah lagi diselindungkan. Tak mengapalah, hari pembalasan akan tetap ada. Bingung aku untuk terus memikirkan semua ini.

Hari ini aku mungkin jatuh lagi dengan segala 'luahan rasa' tapi aku mahu diam sahaja. Lagipun aku mahu menghormati pandangan dan nasihat yang diberikan pada aku. Biarlah apa saja tanggapan pada aku, yang paling penting aku tahu diri aku sendiri dan apa yang sedang berlaku.

Kadangkala kita terlalu cepat lupa, hari ini kita menyakiti hati orang lain, esok lusa kesannya mungkin pada kita malah lebih hebat lagi. Kebahagiaan itu tak mungkin kekal lama tambahan pula jika kita sedar di mana landasan hidup kita yang sebenarnya, renung-renungkan!

p/s : Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tunjukkanlah segala kebenaran.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Z,
Memang mudah untuk manusia meluahkan kata-kata tajam tanpa berfikir terlebih dahulu. Apa yang menyedihkan lagi bila mereka tidak peduli akan perasaan kita. It's sad to know that these people don't realise that their words actually hurt us deeply... or worse still they just pretend not to care.
Bersabar la Z bila berdepan dengan orang macam nie. U know you're strong enough to kick these people's a** so you go for it :p

Lantak kat diaorang. Just don't think about them much and do what you do best in life. :o)

10:26 AM  

Post a Comment

<< Home