Friday, November 09, 2007

makin ku tahu siapa aku ....

Jumaat. Penghulu segala hari hadir lagi. Seakan hari-hari kebelakangan ini tidak seperti dulu lagi, semalam hujan seharian, aku memandu tanpa arah melepasi sempadan, menelusuri negeri Jelapang Padi. Kawan baikku, Fazi ada sms awal pagi, katanya hujan, mungkin ada yang sedang bersedih hati. Aku tersenyum. Akulah orang itu hehehe waktu itu aku sedang menikmati sarapan di Butterworth. Hujan. Lebatnya sama seperti di dalam hati aku. Tiga ekor katak bermagnet membuatkan hati aku girang - 3 ekor RM5. Puas, dah lama aku tak beli sebarang koleksi katak. Perjalananku bersambung.

Hari ini tak seperti semalam, aku buang jauh-jauh segala gelodak di dalam hati. Mungkin benar aku kini dibenci, aku terima seadannya. Mungkin ada kesilapanku dan harapnya dia juga tidak lupa keegoannya, hmm kesilapanku keegoanmu. Siti....dia penggemar Siti Nurhaliza. Tiada apa yang sering aku doa skarang ini cuma aku harap Allah bukakan pintu untuknya dan juga untukku agar melihat kembali titik mula. Aku? Akan aku teruskan perjalanan ini. Tanpa sesiapa yang perlu aku percaya sepenuh hati. Tiada bezanya manusia, selain hati dan perasaan.

Tadi pagi aku dihubungi oleh seseorang yang satu ketika yang pernah hadir dalam hati aku. Masa tu aku bekerja di bank. Masa aku di Maybank tadi aku dapat SMS dari number yang aku tak kenal, berkali-kali reply dan meneka baru aku tahu gerangan siapa. Terbayang indah senyum berlesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Pantas aku hubungi dia - antara insan yang aku rindui. Dulunya tiada janji di dalam hati kami, mungkin kala itu aku terlalu malu untuk memulakan apa apa, begitu juga dia. Lama juga berbual. Katanya mahu ke Penang hujung bulan nanti, aku tunggu saat itu. Akhir perbualan tadi, dia sempat meluahkan rasa rindu, terdiam aku seketika. Adakah rindu ini harus dipercaya atas nama cinta? Hmm ntahlah, saat ini hati terasa terlalu kosong tanpa ada apa-apa erti.

Malam. Aku makan sate. Aku teringin nak makan bihun campur mee. Hmm bintang, dah lama aku tak mengadu!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home