Friday, December 07, 2007

bertanam tebu di pinggir bibir ....

Malam. Syukur kerana aku punya tempat di sini untuk meluahkan segala rasa yang ada di jiwa. Meronta dalam hati mahu berkongsi ketidakpuasan ini dengan mak tapi memikirkan kontra yang ada makanya aku pendamkan saja. Aku sudah terlalu dewasa untuk menempuhi kehidupan sebegini. Mungkin takdirnya aku harus menangis di atas kebahagiaan orang lain. Tak mengapa, bukan sekali bukan dua lagi detik sebegini merentasi dunia aku.

Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Kutempuhi dengan kesabaran
Kusedar kebesaranMu Tuhan

Saat ini aku makin mengenali siapa sebenarnya manusia. Sesekali aku jadi penat dan masih susah untuk mempercaya kenapa aku yang terpilih untuk semua ini? Mungkin belum cukup sempurna di mata insan lain agaknya. Kehilangan kali ini buatkan aku lebih membuka segala jiwa yang ada dalam diri ini. Pelbagai gelodak timbul dalam hati aku, haruskah aku terus menerima insan yang hadir dengan kata cinta atau mungkin juga sekadar menanam tebu di pinggir bibir?

Seharian hari ini aku luangkan masa untuk diri aku. Berjalan ke sana ke sini, melihat alam yang penuh palsu. Fikiran mula jadi buntu, seakan takut untuk menunggu hari esok, soalannya apa lagi selepas ini? Sedangkan aku sudah punya duniaku sendiri.

p/s: indah menyaksikan pasangan menonton wayang bila malam menjelang. Sepadan? Hmm ntah, mungkin cinta lama kembali di rasa.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home